CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4000|Reply: 27

[Tempatan] Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong:Hanipa 'sejuk' kata beliau lemas denga

[Copy link]
Post time 28-11-2020 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
AHLI Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin tidak mahu dirinya digelar sebagai wira hanya kerana semata-mata menjadi salah seorang daripada 13 ahli Parlimen yang menyokong agar undi belah bahagi dilakukan terhadap Belanjawan 2021 semalam.

Ahli Parlimen Amanah itu berkata, beliau tidak layak dipanggil sebagai wira dan lemas dengan gelaran ‘hero’ yang diberikan kepada beliau.

Ramai orang mula berkata bahawa 13 MP yang bangun adalah hero. Mungkin 12 yang lain layak dipanggil hero kot. YB PH yang tak bangun tidak semestinya mereka takut atau tak layak dipanggil hero. Di dalam Parlimen, lazimnya sistem party’s whip dipakai.

“Saya tak rasa yang saya layak dipanggil hero walau sekecil zarrah. Malahan saya rimas dengan gelaran tu,” kata Mohamad Hanipa.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu antara 13 ahli Parlimen yang bangun untuk menyokong cadangan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar agar dilakukan undi belah bahagi terhadap Belanjawan 2021.

Bagaimanapun Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menolak cadangan tersebut kerana tidak mendapat sokongan maksimum 15 ahli Parlimen.

Pada hari semalam saya masuk ke dewan dengan hanya satu tujuan- nak mengundi tolak bajet gomen tebuk atap yang khianat. Mungkin juga itu niat rakan rakan MP PH yang lain. Wallahu ‘alam.

“Bila rakan baik saya- YB Pokok Sena – bangun minta belah bahagian, saya terdengar ada suara dari sebelah MP gomen tebuk atap yang menjerit lebih kurang begini “jika berani bangunlah sokong YB Pokok Sena!

“Masa tu saya benar-benar geram dan marah mendengar cabaran tersebut. Saya bermonolog” kamu ingat saya takut macam kamu semua ke para pengkhianat! Lalu, saya bangun berdiri menyokong YB Pokok Sena!” cerita Mohamad Hanipa.

Sementara itu Hanipa berkata, beliau turut menerima kemarahan daripada penyokong pembangkang berikutan kecewa dengan peristiwa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat ketika sesi pengundian Belanjawan 2021 semalam.

Ya, benar anda semua berhak marah dan kecewa.Anda tidak salah untuk marah dan kecewa.Kami boleh hargai kemarahan dan kekecewaan yang teramat itu. Rest assured , you are not wrong to have that feeling.

“Sebagai salah seorang pemimpin PH, saya sendiri juga menerima kecaman pedas dari isteri dan anak-anak saya sendiri sebaik sahaja sampai di rumah.Berpesta mereka kritik dengan pedas.

“Saya tak marah dan hanya boleh senyum dan ketawa dalam duka. Saya tahu mereka amat kecewa kerana saya juga kecewa.Bayangkan tahap kemarahan mereka jika suami atau bapa mereka tidak termasuk dalam 13 MP yang bangun itu?” kata Mohamad Hanipa.

Namun baginya, peristiwa semalam mungkin memberi gambaran pembangkang telah tewas dalam pertempuran namun mereka akan menang dalam peperangan.

“Kta mungkin telah kalah dalam pertempuran buat masa ini, tetapi insya Allah kita dan rakyat akan memenangkan perang!” tegas Mohamad Hanipa.-SM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2020 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Hero tahi kucing
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 04:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang gini pun ada..alahai
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Mampu baca beberapa perenggan saja terus
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
BN dapat apa yg mereka nak. PH? Awat korang tak berdiri?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Perasannya... Nampak benar tak fikir rakyat lansung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2020 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawak antarabangsa ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 11:20 AM | Show all posts
hero apa dia ni
nmpk mcm sejenis ikut2 orang je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2020 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal janggut dia uduh sangat? Cukur tinggal bawah dagu hahhah.. macam mask kecik letak bawah dagu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Yakin nya kamu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat aku rs aku asyik tertukar hanipa n mahfuz?bayangan memasing agaknya dua ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa takmo diri pasei takut derhaka Agung

Tenguk tu pas lulus..Agung dok puji depa haaa

Najib u turn last minit..nuo juboq tau najib pusing dia pun pusing..kabo kat pkr n dap jangan bantah

Ada yg dah diri pastu duduk balik!!!

Tapi klo nuo juboq bangunnnn..ghaser ramai bangun..pe pe nuo yg kene

Tapi sb Agung dah sound..tuuu batu sapi dah darurat aaaa kecut ler depa

Klo bajet gagal..kompemmmmm Agung declare darurat..satu mesia..tadak kerajaan kecuali yg Agung lantik..dia bleh pangey Tun n suh jadi PM interim n suh Tun urus..sb Tun ada polohan taun pengalaman..nuo tu newbie nk jd PM..tokleh

Nnti Tun akan lantik sapa dia mau..kabinet darurat..say 6 bulan or till covid reda n buat GE15

Ini yg depa takmo..mps sme..tu Agung sound awai cara baik ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Geliii.....

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hero tahik dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bkn hero, tp heroin
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rajawali at 28-11-2020 04:54 PM

Nampak bodo je aku nampak..hero celah kangkang apanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
HERO SUPERMARKET.......Ada la......
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pandai si hanipa ni tutup kemaluan sendiri... konon tindakan dia tu hero... hahah... pathetic..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2020 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 28-11-2020 05:13 PM
HERO SUPERMARKET.......Ada la......


Hero alam megah shah alam ada kes covid
Eh tetibaaaaa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.344708 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list