CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29342|Reply: 270

[Jenayah] Bekas penyelidik maut, diserang perompak - Update: 4 didakwa bunuh Dr. Wan Hassa

  [Copy link]
Post time 29-11-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by antikorokprovok at 15-12-2020 01:35 PM

KES
Oleh Ilah Hafiz Azizillah
November 29, 2020 @ 9:06am

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas diserang perompak di sebuah kediaman di Bangsar, di sini pagi ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga bekas penyelidik dipercayai mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian, selepas rumahnya diceroboh sebelum waktu Subuh tadi.

Difahamkan ahli keluarga yang lain turut cedera dalam kejadian itu.

Salah seorang ahli keluarga yang dihubungi BH, sebentar tadi mengesahkan kejadian itu namun beliau enggan mengulas lanjut.

BH difahamkan, ketika ini jenazah mangsa berada di Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat, manakala ahli keluarga lain juga di hospital sama untuk dirawat.

Sementara itu usaha wartawan menghubungi polis ketika ini masih belum mendapat maklumat lanjut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2020 11:05 AM | Show all posts
Kes bunuh bekas penyelidik: Rompakan ketika bekalan elektrik terputus
Oleh Ilah Hafiz Aziz
November 29, 2020 @ 9:53am
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Kejadian pembunuhan seorang bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bergelar doktor, pagi tadi dipercayai dilakukan sekurang-kurangnya dua orang lelaki.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata perompak memecah masuk kediaman itu ketika kawasan perumahan berkenaan terputus bekalan elektrik, kira-kira jam 3 pagi tadi.

"Ketika kejadian, mangsa bersama isterinya di dalam rumah dan berdasarkan maklumat awal, dua lelaki bersenjata tajam memecah masuk kediaman itu," katanya ketika dihubungi wartawan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa maut setelah cedera ditetak di bahagian leher dan badan, manakala isterinya cedera akibat ditetak di bahagian tangan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya cedera parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

"Polis kini sedang giat memburu suspek yang bertanggungjawab dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, BH difahamkan, mangsa yang kini ahli perniagaan adalah bekas penyelidik MARDI dan sudah lama pencen malah beliau sebelum ini juga aktif menulis buku.

BH sebelum ini melaporkan seorang bekas penyelidik bergelar doktor maut selepas diserang perompak di sebuah kediaman di Bangsar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2020 11:57 PM | Show all posts
Lepas tetak pesara MARDI, suspek rompak rumah jurutera

29 Nov 2020
MUHAMMAD AFHAM RAMLI

KUALA LUMPUR - Penjenayah yang merompak dan menetak pesara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr Wan Hassan Wan Embong hingga maut dilaporkan turut bertindak memecah masuk sebuah banglo di Taman Tiara Titiwangsa di sini dua jam kemudian.

Kediaman tiga tingkat milik seorang jurutera itu dipecah masuk pada jam 5.15 pagi hari ini ketika mangsa serta ahli keluarganya sedang tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan mendapati dua lelaki bertindak mengetuk pintu bilik mangsa dan ahli keluarga yang lain sebelum mengugut akan mencederakan mereka sekiranya melawan.

"Mangsa bersama 12 ahli keluarganya serta pembantu rumah diikat pada bahagian tangan menggunakan kabel telefon sebelum disumbat kain dalam mulut.

“Suspek yang bersenjatakan parang dan tukul besi kemudian telah menyelongkar semua bilik sebelum melarikan barang kemas, televisyen, komputer riba, telefon bimbit serta wang tunai RM3,500," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, dua suspek terbabit dipercayai melarikan diri bersama seorang lagi suspek yang berada di luar rumah.

Katanya, siasatan awal pasukan forensik polis mendapati suspek masuk dan keluar melalui cermin tingkap di sebelah kiri rumah berikutan terdapat kesan umpilan pada cermin tersebut.

"Kita turut menemui lapan kesan cap cari di lokasi kejadian," katanya.

Selain itu, katanya, pemeriksaan di sekitar tempat kejadian menjumpai dompet dan dokumen milik mangsa yang disamun dan bunuh di Jalan Mambu, Bangsar.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan tiga suspek terbabit. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Hari ini, Sinar Harian melaporkan Wan Hassan, 71, yang merupakan bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Mardi maut ditetak perompak dalam kejadian di rumahnya di Bukit Bandaraya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi tadi, rumah dihuni mangsa dan bersama isteri berusia 70 tahun dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2020 12:00 AM | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 30-11-2020 12:05 AM

Penjenayah tetak Dr Wan Hassan diberkas

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my



Kuala Lumpur: Suspek yang menyamun dan menetak bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, sudah ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid ketika dihubungi mengesahkan penahanan mereka.


Menurutnya, mereka ditahan selepas usaha memburu suspek dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah kita percaya kes bunuh dan samun ini dapat diselesaikan.

"Maklumat lanjut akan dimaklumkan nanti," katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan Wan Hassan yang maut ditetak perompak dalam kejadian rompakan di Bukit Bandaraya, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, rumah dihuni mangsa dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2020 08:55 AM | Show all posts
10 suspek kes bunuh Dr Wan Hassan ditahan

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my



Kuala Lumpur: Seramai 10 individu yang disyaki terbabit dalam dua kes samun termasuk rumah bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, sudah ditahan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua suspek termasuk suspek utama itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan oleh sepasukan polis.

"Ya, ada tangkapan, setakat semalam, 10 orang termasuk suspek utama kes ini," katanya ringkas ketika ditanya pemberita, hari ini.

Satu sidang media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin mengenai kes dan tangkapan itu dijangka diadakan hari ini.

Harian Metro, malam tadi, melaporkan, suspek yang menyamun dan menetak Dr Wan Hassan sudah ditahan polis selepas beberapa jam melakukan jenayah terbabit.

Mereka ditahan selepas usaha memburu suspek dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2020 11:36 AM | Show all posts
Suspek kes rompak buang dompet mangsa bunuh di Titiwangsa

Oleh Safeek Affendy Razali
November 30, 2020 @ 11:20am
bhnews@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Kejayaan penangkapan suspek kes samun dan bunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr Wan Hassan Wan Embong, adalah berdasarkan tindakan suspek yang membuang dompet mangsa semasa melakukan kes samun kedua.

Suspek tiga lelaki warga tempatan itu dipercayai membuang bukti yang diambil daripada kediaman Dr Wan Hassan di Bukit Bandaraya, Bangsar selepas menyamun rumah kedua di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, pada jam 5.30 pagi semalam.

Suspek sama yang menaiki kereta Perodua Axia berwarna putih dipercayai memecah masuk rumah pertama di Bukit Bandaraya, sekitar jam 3.30 pagi sebelum berlaku pergelutan dengan Dr Wan Hassan, hingga menyebabkannya maut ditetak.

Suspek secara berkumpulan itu kemudian menyamun lagi sebuah kediaman banglo tiga tingkat yang didiami 10 ahli keluarga di Taman Tasik Titiwangsa.

Ketika melarikan diri selepas menyamun rumah kedua, suspek dilaporkan membuang dompet Dr Wan Hassan, di kawasan berhampiran.

Pemeriksaan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di lokasi kejadian Taman Tasik Titiwangsa, menemui kad pengenalan milik mangsa kejadian pertama.

Hasil tindakan pantas dan siasatan terperinci secara bersama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Brickfields, suspek ditahan jam 6 petang semalam di sebuah hotel residensi di sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-11-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 30-11-2020 11:29 PM

Bangsar tragedy: Wan Hassan laid to rest

By Nor Ain Mohamed Radhi
November 30, 2020 @ 2:06pm



KUALA LUMPUR: Former Malaysian Agricultural Research and Development Institute (Mardi) IT director Datuk Dr Wan Hassan Wan Embong was laid to rest at the Bukit Kiara Muslim Cemetery after Isya' prayers last night.

His nephew Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain when contacted today said his uncle's remains were brought from the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) after post-mortem to Masjid Saidina Abu Bakar in Bangsar for the funeral rites, including Yasin recital and funeral prayers.

"The remains were then taken to his house in Jalan Mambu, Bangsar for his wife to see him for the last time before he was laid to rest," he said.

Asked about the wife's condition, Wan Ahmad Fauzi said Sarifah Yusof, 70, was allowed to return home yesterday evening after receiving treatment for slash wounds to her shoulder at UMMC.

"She seemed composed and was able to tell us what happened when we visited her during the funeral yesterday," he said.

He added the couple's youngest child; Wan Amir, a doctor working in Australia, is expected to arrive today.

At about 3am yesterday, Wan Hassan and Sarifah were attacked in a home invasion at their double-storey house in Jalan Mambu.

It was reported that at least two men were believed to have broken into the home.

Wan Hassan was slashed on his neck and body and died at the scene while his wife suffered slash wounds to her shoulder.

It is learnt the suspects proceeded to rob a second house belonging to a 34-year-old engineer at Taman Tiara Titiwangsa some two hours later, the same morning.

Meanwhile, the police arrested 10 suspects allegedly involved in both cases.

Brickfields district police chief Assistant Commissioner Anuar Omar said all suspects, including the two main suspects, were arrested in a series of raids following the attack.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2020 12:46 AM | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 2-12-2020 12:50 AM

Suspek utama kes bunuh Dr Wan Hassan ditahan

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Selasa, 1 Disember 2020 @ 2:01 PM


HUZIR menunjukkan gambar suspek dalam buruan pihaknya susulan kes itu.FOTO Asyraf Hamzah.


Kuala Lumpur: Suspek utama yang menetak mati bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr Wan Hassan Wan Embong, berjaya ditahan dalam tiga siri serbuan di Setapak dan Semenyih, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, selain suspek utama itu, dua lagi suspek turut ditahan dalam serbuan antara jam 3.30 pagi hingga jam 5 pagi di Jalan Genting Klang, Jalan Air Panas, Setapak dan Jalan Rinching, Semenyih.

"Soal siasat awal ke atas suspek berusia 23 tahun yang ditahan di Jalan Rinching, mendapati dia bertanggungjawab menetak mangsa dalam kejadian berkenaan.

"Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang masih bebas dikenali sebagai Sugu Thangarajoo berusia 27 tahun," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Huzir berkata, pihaknya percaya dapat menyelesaikan beberapa siri kes samun didalangi kumpulan itu di sekitar Lembah Klang, susulan penahanan semua suspek berkenaan.

"Semalam kita umumkan tangkapan terhadap 10 individu dan mereka juga masih ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes samun lain di sekitar Lembah Klang.

"Salah seorang individu yang ditahan awal pagi tadi adalah individu yang membantu suspek utama melarikan diri ke Semenyih," katanya.
Menurutnya, polis percaya ketika kejadian terdapat empat suspek yang melakukan samun di rumah mangsa dengan dua suspek di dalam rumah, manakala dua lagi menunggu di dalam kenderaan.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi kelmarin, rumah dihuni Dr Wan Hassan dan isteri, Sarifah Yusof, 70, di Bukit Bandaraya, Bangsar dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta wang menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala, isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2020 08:08 AM | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 4-12-2020 08:23 AM

Bunuh Dr Wan Hassan: Suspek terakhir ditahan
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menunjukkan wajah suspek yang dikehendaki pihak polis pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur


Kuala Lumpur: Polis mengesahkan sudah menahan suspek terakhir yang menyamun dan menetak bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong.

"Ya betul, suspek adalah suspek terakhir yang terbabit dalam kes ini," kata Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat terperinci penahanan itu bagi mengelak mengganggu siasatan.

Kelmarin, suspek utama yang menetak mati Dr Wan Hassan berjaya ditahan dalam tiga siri serbuan di Setapak dan Semenyih.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dilaporkan berkata, selain lelaki 23 tahun itu, dua lagi suspek turut ditahan dalam serbuan antara jam 3.30 pagi hingga jam 5 pagi di Jalan Genting Klang dan Jalan Air Panas di Setapak, di sini serta Jalan Rinching, Semenyih.

Huzir juga berkata, polis memburu seorang lagi suspek berkait kes berkenaan yang dikenali Sugu Thangarajoo, 27.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 15-12-2020 01:42 PM

4 didakwa bunuh Dr Wan Hassan
BERNAMA


EMPAT lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untu didakwa. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN


Kuala Lumpur: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr Wan Hassan Wan Embong dalam kejadian samun pada 29 November lalu di rumahnya.

Pengawal keselamatan, S. Vickeswaran, 22, penghantar surat P. Kogilan dan penganggur M. Ravindran masing-masing berumur 23 tahun serta juruelektrik, T. Sugu, 27, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Wan Hassan, 73, di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya di sini, antara 3.35 pagi dan 4 pagi, 29 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Wong menetapkan 9 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di sini, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan menggunakan parang dan tukul besi ke atas jurutera Mohd Muzaffar Zulkifli Martin, 33, membabitkan kerugian kira-kira RM38,000, pada hari sama (29 November).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Tiara Titiwangsa, Setapak di sini, antara 4.12 pagi dan 5.30 pagi, mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan tidak menawarkan jaminan dan Hakim Izralizam Sanusi memerintahkan kesemua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta menetapkan 9 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes.

Sejurus prosiding berakhir, ibu Sugu dilihat meraung di luar mahkamah sambil ditenangkan oleh isteri tertuduh dan beberapa orang awam.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa maut akibat ditetak dalam kejadian samun di rumahnya, manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera akibat ditetak dengan parang di tangan kanan.

Mangsa dipercayai cuba melawan dengan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk melalui tingkap bahagian dapur banglo dua tingkat itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga perompak ditembak mati....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi tadi baru baca kat group ada kes pecah masuk rumah kat Bangi.. semakin kerap pula kes mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita tinggal seorang ,perempuan...takut juga la..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:17 PM | Show all posts
Inilah yang dibimbangkan bila ramai dah hilang pekerjaan kehidupan dah makin mendesak kegiatan jenayah pun mula meningkat semula.  
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mcmana perompak masuk eh? dia pecah tingkap ke..sbb tgk rumah mcm ada grill..
gila la perompak..nak rompak..rompak je la..jgn bunuh org
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan lepas, rumah aku kena pecah masuk jg
Tp rumah tu kami xduduk lg
Bulan ni, sblh rumah tu pulak ada yg cuba umpil pintu
Apa nak jadi la

Best tgk lawn rumah mangsa ni
Nampak subur kebun dia
Harap isteri mangsa cepat sembuh dan bertabah
Semoga pembunuh cepat dicekup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2020 12:34 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 29-11-2020 12:17 PM
Inilah yang dibimbangkan bila ramai dah hilang pekerjaan kehidupan dah makin mendesak kegiatan jenay ...

memang akan berlaku . confirm. kes jenayah ekonomi berlaku teruk. lebih teruk dari 1998. macau scam atau apa2 investment i sharefans semua akan tumbuh cendawan orang terdesak cari duit
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:38 PM | Show all posts
edayildiz replied at 29-11-2020 12:19 PM
mcmana perompak masuk eh? dia pecah tingkap ke..sbb tgk rumah mcm ada grill..
gila la perompak..nak ...

ni macam kes rumah banglo pakcik aku.

rumah ada alarm, motion detector bagai.

perompak cut line, pecah pukul 3 pagi.

pakcik aku sedar2 pisau dah kat leher.
nasib dia tak apa2 kan bini dan anak2 dara dia.


rumah parent aku pun kena pecah, dia kumpil pintu sampai tercabut.

laci, almari, tilam semua habis di selongkar.

nangis nak kemas balik semua.


opis aku lagi ganas, perompak pecahkan dinding buat lubang.

satu malam je buat keje.

rupa2nya satu block tu dah pernah kena pecah sama.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Perompak celaka.. kot ye pon xpyahla bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 29-11-2020 12:38 PM
ni macam kes rumah banglo pakcik aku.

rumah ada alarm, motion detector bagai.

scarynya bila u citer bertapa advance nya ..dorg risau pulak kt parents kt kg..rumah weols byk pintu..mmg dlm pgr tp kg tu ramai bdk nakal..
smbung la kisah pakcik u tu mcmana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 29-11-2020 01:21 PM

Umur mangsa dan bini 71+70..
Perompak masuk dlm jam 2.30pagi tadi.. Bini arwah pun kena.. Meleleh darah byk gila kt tingkap masa jerit minta tlg..

Kaka nasihatkan utk yang dh berusia duduk sorg ke berdua ke.. Jgn simpan byk sgt benda berharga dlm rumah.. Pasang extra lock dan jgn lupa bc doa pelindung diri 3x pagi petang... Malang xberbau kan

Zaman Ekonomi tgh meleset ni org sanggup buat apa saja utk survived tmasukla membunuh.

Utk arwah mangsa tu kita kena banyak2 doa agar isteri die cpt sihat dan dia boleh bantu siasatan polis esp bab pengecaman. Sbb die saksi material skang ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:51 PM | Show all posts
Takziah pada keluarga. Trauma ntah bila akan hilang dari ingatan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mrompak je la knapa smpai nk mmbunuh. semoga dpt tngkap pnjnyah tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 29-11-2020 12:49 PM
Ni kes pakcik kawan kaka..
Perompak masuk dlm jam 2.30pagi tadi.. Bini arwah pun kena.. Meleleh da ...

Kalau rumah gah,kena ada simpan kat umah 1_2 k.perompak akn jadi ganas bila tiada benda yang boleh diambil dan mula nak membunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 29-11-2020 12:58 PM
Kalau rumah gah,kena ada simpan kat umah 1_2 k.perompak akn jadi ganas bila tiada benda yang boleh ...

Ada betulnya juga.

Kwsn ni melayu yg majoriti masing2 dh berumur
X ckup daya nk melawan..
pastu tgh xde letrik pula..
Tu yang ditetak kot..

Tp bangsar mmg byk btol kes.. Siapa dok keja area sana tahu laaa... So pls hati2...be more careful yach

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga...kesiannya...dh tua tua ada yg mati sebab covic keluarga xblh tgk.ni plk mati ditangan penjenayah..

Ni yg buat aku seram nk pi buat rmh dlm kampung konon nk privacy....skrg dok teres rs selamat je ada jiran. wlupun bdk2 kejiranan  ni byk memekak kdg yg memekak ni la byk menolong.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Catatan kronologi dari anak sedara allahyarham...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2020 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Warga emas duduk berdua. Biasa perompak dh lama aim.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.147545 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list