CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6754|Reply: 73

[Tempatan] Kesan Besar Jika Keluar Simpanan KWSP, Kata Perancang Kewangan - FMT

  [Copy link]
Post time 30-11-2020 10:10 AM | Show all posts |Read mode


Robin Augustin

PETALING JAYA: Rakyat yang mengeluarkan wang daripada akaun persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menghadapi kesan daripada tindakan itu, menurut perancang kewangan berlesen, Robert Foo.

Beliau berkata, kesan jangka panjang daripada pengeluaran itu tidak akan memanfaatkan pencarum, terutamanya jika KWSP menjual asetnya untuk menyediakan berbilion-ringgit bagi pengeluaran.

Awal bulan ini, kerajaan mengumumkan pencarum KWSP dibenar mengeluarkan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1, yang mengandungi simpanan persaraan, mulai tahun depan.

Foo berkata, idea membenarkan pencarum mengeluarkan wang titik peluh mereka untuk berdepan masa sukar “cela pada dasarnya”. Sebaliknya, kerajaan sepatutnya membantu rakyat.

Katanya, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan operasi, seperti memotong gaji menteri dalam Kabinet “yang besar itu” dan ahli Parlimen, atau peruntukan buat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), selain menyalurkan wang untuk program bantuan.

Cukai keuntungan modal boleh dikenakan ke atas golongan kaya-raya, walaupun kadar cukai itu kecil.

“Sekarang kita membenarkan orang miskin, yang sudah bergelut membuat keputusan buruk untuk mereka dalam jangka panjang,” katanya sambil mendakwa kerajaan “sangat tidak bertanggungjawab” dengan membenarkan rakyat mengorbankan simpanan persaraan mereka.

“Kita tahu ramai yang mempunyai masalah menguruskan wang mereka,” katanya yang mengendalikan MyFP Services Sdn Bhd.

Berdasarkan pengalamannya, Foo berkata, ramai sebenarnya tidak tahu jumlah simpanan mereka dan berbelanja tanpa rancangan. Hanya selepas mereka tiada pendapatan lagi, mereka mula menyedari berapa banyak atau sedikit wang yang tinggal untuk persaraan.

“Masa itu, ia sudah terlambat,” katanya.

Tahun lalu, The Edge melaporkan statistik KWSP menunjukkan 2/3 ahli KWSP yang berusia 54 tahun mempunyai simpanan persaraan kurang daripada RM50,000, sementara 50% pencarum berusia 55 tahun ke atas menghabiskan simpanan mereka dalam 5 tahun.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju.  Kerajaan lah yg sepatutnya support rakyat saat2.genting seperti ini. Keluarkan duit EPF (iaitu duit pencarum sendiri) has nothing to do with the Gomen punya help.  Kerajaan dah tolong gomen servant terlalu banyak...... sekarang kami nak Kerajaan tolong kami pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 10:30 AM | Show all posts
kalau sepanjang hidup,
memang tak pernah berdisiplin manage duit,
dapat duit selepuk masa pencen pun,
akan habis jugok  

gunakan masa masih ada income ni utk belajor jadi disiplin.
live below your means.


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 10:33 AM | Show all posts
Edited by Meiizu at 30-11-2020 10:34 AM
batu kikir replied at 30-11-2020 10:22 AM
Setuju.  Kerajaan lah yg sepatutnya support rakyat saat2.genting seperti ini. Keluarkan duit EPF (ia ...

setuju sgt bab ni ...masa tgh kaya takde plak dgr govmnt annoounce nak deposit rm100 sorang kpd smua pencarum epf. bukan bagi kat tangan ..letak dlm fund epf tu , tak penah dgr pun.
kluarkan simpanan tu bukannya incentive, tu memang duit pencarum
kitta nak time ni govmnt bantu private sector staff plak

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 30-11-2020 10:33 AM
setuju sgt bab ni ...masa tgh kaya takde plak dgr govmnt annoounce nak deposit rm100 sorang kpd sm ...

Kan.  Ini asyik2 Gomen servant je yg dapat.  Rakyat lain gasak lu lah. Dah lah kerja tak semenggah dengan rasuah (from top tu bottom).... performance ke laut..... tu sebab bajet negara saya dah lama saya tak ambil pot....private sector yg dlm M40 and above will get nothing.  Yileks.  Gomen servant dalam keadaan tsk de duit masih dapat RM500. WTF
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 10:46 AM | Show all posts
Ada benar apa yang dikatanya.  Ramai yang ambil walau tak benar2 terdesak sangat pun tapi bagi alasan nak tunggu tua baru nak merasa duit epf takut tak merasa duit epf tu dah mati.  Bercakap macam dah tahu dapat email nak mati lagi sebulan ke hapa pada hal sihat je.  Dibuatnya umur masih panjang dah pencen duit epf pun dah tinggal kerak kerja swasta pencen pun tak da sendiri juga yang susah nanti.  Nak harap anak2 susah sikit ler kalau zaman sekarang ni, nak2 kalau mereka pun dah berumahtangga ada tanggungan terhadap keluarganya pula silap2 siap pakej mintak pinjam dengan mak pak lagi ada ler.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2020 10:47 AM | Show all posts
Meiizu replied at 30-11-2020 10:33 AM
setuju sgt bab ni ...masa tgh kaya takde plak dgr govmnt annoounce nak deposit rm100 sorang kpd sm ...

x faham lah kenapa ramai sangat yg sebok...
dah rakyat pilih nak ambik duit sendiri..bior lah...
dan yang katanya x cukup lepas bersara tu...
sapakah orang2nya....
share lah pengalaman. ..bagi rakyat sedar...
apa dorang buat bila epf x cukup?
jangan sembang je..
masing2 takut kalau EPF jual saham...nanti share merudum...
EPF kan byk pegang blue chip...
nanti bonus staff dorang ciput...
dlm pada x nak bagi kluar kwsp...
dorang hari2 sopping share top glove...
pencarum kau sia2kan...

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ai nak masuk kan 10 ribu( kalau dapat ke asb)..kalau dividen 5 sen.setahun dapat la rm458.33 kalau ikut kalkulator asb. sapa nak bagi kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 10:53 AM | Show all posts
monreyes replied at 30-11-2020 10:47 AM
x faham lah kenapa ramai sangat yg sebok...
dah rakyat pilih nak ambik duit sendiri..bior lah...
...

ada aku baca komen sape tah..siap tanya balik, "govmnt staff dpt duit gratuity tu advance guna duit epf ke?"
gelak guling aku baca
fund paling byk cash & consistent dah tentu epf la kann.
aku tau tu soalan menganjing je bukan nak tuduh

aku stuju ko ckp..pencarum disia-siakan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:08 AM | Show all posts
Meiizu replied at 30-11-2020 10:53 AM
ada aku baca komen sape tah..siap tanya balik, "govmnt staff dpt duit gratuity tu advance guna dui ...

last2 dari akaun yg disatukan...ha..ha...
dorang tu KWAP kan...
yg pangkat2 tinggi tu...
gratuity sekian...
pencen lebih kurang gaji T20...

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:27 AM | Show all posts
Meiizu replied at 30-11-2020 02:53 AM
ada aku baca komen sape tah..siap tanya balik, "govmnt staff dpt duit gratuity tu advance guna dui ...

Dikala rakyat dan pekerja sektor swasta bergelut nak keluarkan duit simpanan persaraaan


Staff kerajaan peringkat negeri pulak didedakkan dengan bonus


Tapi abam pun dah lama terpikir, duit gratuity pangkat besor2 tu amek dari mane ? Keh Keh  


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:34 AM | Show all posts
monreyes replied at 30-11-2020 10:47 AM
x faham lah kenapa ramai sangat yg sebok...
dah rakyat pilih nak ambik duit sendiri..bior lah...
...

sape perlukan duit tu boleh la kasi keluar..bnyk jugak org2 terjejas sikit sebanyak akibat kobid ni..klu dpt boleh la buat byr hutang adik-beradik,bayar tunggakan bil api air dsb..kalau diorang nak beli iphone pun ape boleh buat dh duit masing2..dh pencen nti pandai la diorang manage duit yg tinggal..yg penting rakyat dh x boleh salahkan kjaan masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:37 AM | Show all posts
monreyes replied at 30-11-2020 11:08 AM
last2 dari akaun yg disatukan...ha..ha...
dorang tu KWAP kan...
yg pangkat2 tinggi tu...

so your point better kluar ke x kluar?iollss serba salah nk kluarkan ke x sbab iollss xterkesan dek covid tapi xtau la masa2 mendatang nnti

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:15 PM | Show all posts
mamajawie replied at 30-11-2020 11:37 AM
so your point better kluar ke x kluar?iollss serba salah nk kluarkan ke x sbab iollss xterkesan de ...

boleh je sis...tambah2 simpanan kecemasan..




Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 12:18 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 30-11-2020 11:34 AM
sape perlukan duit tu boleh la kasi keluar..bnyk jugak org2 terjejas sikit sebanyak akibat kobid n ...

yg aku pernah jumpa kat sokabar...
kluar kwsp..kawen baru pompuan Indon...
habes licin...terpaksa keje balek jadi pak gad..
terpaksa lak bela anak kecik..
tu padan mukalah..sendiri punai gatal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 30-11-2020 10:47 AM
x faham lah kenapa ramai sangat yg sebok...
dah rakyat pilih nak ambik duit sendiri..bior lah...
...

Setuju sgt
Sebelum ni aku ada kata nak reserved komen pasal pengeluaran EPF tapi dari hari ke hari aku mcm dapatkan rasakan EPF cuba nak GAME rakyat & gomen pasal isu pengeluaran stelah aku baca di SOCMED luahan rakyat terutama depa yg sendiri buat pertanyaan kpd pegawai EPF yg mana jawapan yg di terima adalah samar2 seolah-ilah apa yg di bagitahu semasa pwmbentangan Belanjawan adalah tak selari dgn jawapan yg depa terima bila di aju kan kod pihak EPF
Buat UMN alang2 hangpa dah masuk sebelah kaki dlm isu EPF utk memperjuangkan hak rakyat better teruskan pwrjuangan ini seperti bak kata pepatah 'Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang'
Begitu juga dgn isu Moratorium supaya selari dgn Belanjawan yg di bentangkan supaya tidak ada kekeliruan yg timbul di kalangan rakyat
Rajin2 lahUMN & gomen baca di SOCMED rintihan rakyat seperti di Group Telegram, FB etc

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 01:44 PM | Show all posts
mamajawie replied at 30-11-2020 11:37 AM
so your point better kluar ke x kluar?iollss serba salah nk kluarkan ke x sbab iollss xterkesan de ...

Dapat ke keluarkan kalau tak terkesan? Kan katanya untuk yang terkesan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:49 PM | Show all posts
kuchenta_81 replied at 30-11-2020 01:44 PM
Dapat ke keluarkan kalau tak terkesan? Kan katanya untuk yang terkesan sahaja.

xpasti la plak..tpi mber2 dlm grup wsap memasing gelupur nk kluarkan duit kwsp pdhal masing2 elok je keje lagi tu

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:50 PM | Show all posts
monreyes replied at 30-11-2020 12:15 PM
boleh je sis...tambah2 simpanan kecemasan..

dengar citer bleh kluar one off rm4k n baki lagi rm6k kluarkan bulanan..iollss kalu diberi pilihan nk kuakn rm4k je n baki tu iollss xnak kuakan..btul ckp chuollss utk smpanan sbab tu plan nk alihkan duit msuk asb..

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 01:56 PM | Show all posts
Bagi aku setuju keluarkan untuk top up tabung kecemasan masing2.
Kalau yang perlu guna, gunalah ikut keperluan sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.431041 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list