|
Bakri yang menghadapi masalah penglihatan sejak lahir turut mendapat upah dengan menjadi pemuzik jalanan di sekitar ibu negara.
"Kebetulan memang mesin basuh rumah saya rosak. Mujur ada pihak yang memberi bantuan kepada keluarga saya.
"Pergerakan saya dibantu isteri setiap hari termasuk ketika mengurut pelanggan. Adalah pendapatan sikit-sikit kerana saya juga dibantu anak-anak.
"Memang waktu PKPB ini keluarga kami terjejas teruk ," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Setiap hari, isterinya yang cacat kedua-dua belah tangan menjadi pembantunya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Dia menerima bantuan daripada Pengasas Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Winner Emperor Group Datuk Seri Liow Soon Hee.
Seorang lagi penerima, Alias Mohd Ali, 57, berkata, dia berterima kasih atas bantuan diberikan kerana dia hanya mampu terlantar di atas katil akibat strok.
Hidupnya semakin bertambah derita apabila anaknya Ariza Diana, 34, disahkan menghidap kanser payu dara.
Menurutnya, bantuan yang diterimanya dapat mengurangkan beban ditanggung keluarga yang perlu menampung kos rawatan untuk dia dan anaknya itu.
Sementara itu, Soon Hee berkata, pihaknya menyumbangkan barangan keperluan asas kepada dua keluarga itu bagi meringankan beban ditanggung.
'Terima kasih, mesin basuh saya memang rosak'
#Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia
#Yayasan Winner Emperor Dunia
#Winner Dynasty Group
|
|