CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miftahuljamilah

Akhir zaman .. misteri sebuah perjalanan

   Close [Copy link]
Post time 30-11-2020 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pertai at 30-11-2020 11:41 PM

Maaf ada sapa2 faham x maksud dr mimpi puan Masitah. Yg katanya kita kene ikut dibelakang/jemaah dia. Kalau x silap dr mimpi dia maksudkn dia yg akan lead ramai bermula dr skrg hgga ke titian sirat kan. Jd bila sampai masanya mcmana kita nak cari atau kumpul sama2 dgn dia? Konpius sikit kt situ. Atau adakah seperti yg auncle AhKwan selalu pesan.. Luruskn hati kita ingat Allah dan Nabi sepenuh hati sampai ketika Allah akan pandu kita ditempat yg sepatutnya.. Gitu ke uols.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
bluecathaze replied at 30-11-2020 10:00 PM
tu lah tu.. ramai jugak yang mimpi banjir.. di kalangan kawan terdekat saya je dah 2 orang..

Saya pun ada mimpi banjir dlm bln ni. Rasa mcm kt janda baik. Tapi tak tau cemana boleh tau tmpt tu janda baik . Air banjir membuak2 naik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:42 PM | Show all posts
Edited by brego at 30-11-2020 11:44 PM
bluecathaze replied at 30-11-2020 09:10 PM
Watak2 akhir zaman

1. IM - permuda dari Jawa

golongan Asoib dari Timur - pasukan perang IM

wali Abdal
wali Nujabak

mungkin @Ah_Kwan boleh explain,
i tahu setakat ni sajer.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2020 11:59 PM | Show all posts
Pasukan Imam Mahdi

Pasukan Imam Mahdi ini ada beberapa golongan. Secara ringkasnya pasukan Imam Mahdi ini dibahagikan menurut kategori-kategori yang telah Allah SWT sendiri tentukan. Mereka adalah:

Para Asoib. Mereka ini adalah golongan dari Timur yang berjumlah 16 ribu orang. Mereka ini adalah golongan yang menyamai para sahabat dari segi amalan agamanya yang zahir, tetapi tidak dari segi taraf dan kedudukan pada sisi Allah. Mereka ini adalah dari kalangan orang-orang yang telah mencapai taraf saleh dan merupakan generasi contoh untuk manusia akhir zaman, khasnya yang hidup pada zaman Imam Mahdi memerintah. Mereka ini insya-Allah dimudahkan jalan untuk masuk ke dalam syurga seperti yang dijanjikan. Dalam peperangan menentang musuh Islam, mereka ini adalah orang-orang yang sentiasa taat dan berperang dengan bersungguh-sungguh. Mereka sangat menjaga dosa-dosa mereka dan masyarakat seluruhnya.

Para Ikhwan. Ikhwan ini berjumlah 314 orang dan di antaranya ada kaum wanita. Mereka inilah orang-orang kanan Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim, sentiasa membantu Imam Mahdi dalam setiap urusan pentadbirannya di seluruh dunia. Mereka inilah yang akan memenuhkan dunia ini, seolah-olah mereka itu memenuhkan setiap ruang dunia ini sehingga dirasakan tiada lagi ruang yang kosong di atas dunia ini melainkan semuanya telah dipenuhi oleh mereka. Para Ikhwan ini sendiri ada beberapa tingkatan lagi, bermula dari yang paling umum sehinggalah kepada yang paling tinggi tarafnya pada sisi Allah.

Rasul-rasul dahulu. Antara rasul berkenaan adalah Nabi Isa AS yang akan turun dari langit lalu membantu Imam Mahdi membunuh Dajjal dan memerangi bangsa Yahudi. Juga Nabi Ilyas AS yang masih hidup di atas dunia ini. Khidir AS yang masih hidup itu juga akan turut keluar dan membantu Imam Mahdi.

Ashabul Kahfi. Mereka adalah sekumpulan pemuda beriman yang berusaha menyelamatkan iman mereka lalu tertidur di dalam sebuah gua. Mereka akan keluar dari dalam gua mereka lalu membantu Imam Mahdi memerintah dunia ini dan turut sama memerangi musuh-musuh Islam.

Para Wali Allah. Maksudnya adalah para wali Allah yang umum. Ada di antara wali Allah itu yang masih hidup dan ada pula di kalangan mereka ini yang telah meninggal dunia. Namun semuanya akan turut membantu Imam Mahdi dalam setiap urusan yang beliau memerlukan pertolongan mereka. Hal ini sebenarnya tidak susah dipercayai dan diketahui kerana orang yang memahami hakikat kejadian insan pasti tidak akan menolak adanya para wali yang telah meninggal dunia bangkit membantu orang yang masih hidup. Hal yang demikian tidaklah sukar bagi Allah untuk menjadikannya. Selain itu, ada juga wali ghaib yang pada masa pemerintahan Imam Mahdi semuanya menzahirkan diri ke tengah-tengah masyarakat dan membantu masyarakat Islam untuk mendekati Allah.

Wali-wali Abdal. Mereka sudah disebutkan oleh beberapa buah hadis dan asar bahawa mereka akan membantu Imam Mahdi, berbaiat kepada Imam Mahdi di Masjidil Haram dan berperang bersama-sama dengan Imam Mahdi. Jumlah mereka ini berbeza-beza menurut keperluan dan masa. Ada kalanya ramai dan ada kalanya sedikit pula. Namun, setiap kali salah seorang daripada mereka mati, maka Allah akan melantik seorang wali lain untuk menggantikan tempatnya sebagai Wali Abdal. Ada juga disebutkan bahawa jumlah Wali Abdal lelaki adalah sama banyak dengan bilangan Wali Abdal yang perempuan. Dan tempat mereka adalah di Syam.

Wali Nujabak. Mereka adalah golongan yang berada di  Mesir dan akan segera mendatangi Imam Mahdi sebaik-baik sahaja Imam Mahdi muncul di Makkah. Mereka ini akan turut membantu Imam Mahdi dalam setiap urusan yang beliau memerlukan pertolongan mereka. Keberadaan mereka dalam masyarakat sangatlah didambakan oleh seluruh umat Islam, terutamanya yang tinggal di merata-rata benua Afrika.

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
pertai replied at 30-11-2020 11:40 PM
Maaf ada sapa2 faham x maksud dr mimpi puan Masitah. Yg katanya kita kene ikut dibelakang/jemaah dia ...

Doa mohon pd Allah kita nak ikut IM.. bukan ikut akak tu.. niat kena betul..

Lepas tu kena luruskan hati.. kembali pada Allah dan Rasul dan seterusnya Allah akan bimbing.. itu lah yg sy paham.. dan itulah yg ustaz2 ajar dr video2 yg sy dengar.. Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 30-11-2020 11:59 PM
Pasukan Imam Mahdi

Pasukan Imam Mahdi ini ada beberapa golongan. Secara ringkasnya pasukan Imam M ...

Thanks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2020 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
novlin replied at 30-11-2020 10:03 PM
@gue
@zarasofia
@chocochocochoo

Tq @novlin .... wah ada rumah baru
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Check in selaku silent reader
Follow rapat thread TT ni
Terima kasih TT buka thread ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2020 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
bluecathaze replied at 1-12-2020 12:04 AM
Doa mohon pd Allah kita nak ikut IM.. bukan ikut akak tu.. niat kena betul..

Lepas tu kena luru ...

Ye betul.. Sepatutnya kita doa agar dpt bersama2 dalam jemaah IM.. Salah ayat soklan saya kat atas tu. Ty u betulkan.  Mmg dok ulang2 dgr lg video puan Masitah tu.. Macam2 rasa ada dh ni. Semoga kita semua dpt istiqamah dan dpt sama2 berada dijalan yg benar lurus menuju Allah.. Aameennn...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lavendernovella at 1-12-2020 02:03 AM

Teringat kawan fb , ada sorang nama dia miftahul jamilah, dia cikgu.

Apapun artikel menarik utk didalami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella replied at 1-12-2020 02:02 AM
Teringat kawan fb , ada sorang nama dia miftahul jamilah, dia cikgu.

Apapun artikel menarik utk  ...

hi lavender lama tak nampak kat fb.. jumpa kat sini ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 30-11-2020 11:59 PM
Pasukan Imam Mahdi

Pasukan Imam Mahdi ini ada beberapa golongan. Secara ringkasnya pasukan Imam M ...

tq atas maklumat ni .. dapat kongsi dengan semua kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
bluecathaze replied at 1-12-2020 12:04 AM
Doa mohon pd Allah kita nak ikut IM.. bukan ikut akak tu.. niat kena betul..

Lepas tu kena luru ...

betul.. kita kena betulkan niat.. itu perjalanan Masitah.. kita masing2 menjadikan kisah mimpinya sebagai ibrah untuk diri kita.. Allah tu Maha Baik .. sentiasa beri kita peringatan dan bantu kita serta tak biarkan kita .. dihantar seseorang untuk bercerita.. di dalam kisah mimpinya itu mewakili kisah2 manusia di akhir zaman ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2020 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
miftahuljamilah replied at 30-11-2020 08:58 PM
selepas dgr video tu tetiba saya jumpa post tentang Pakistan.. adakah suratan atau kebetulan ...

Tempat ni jangkaan di mana emas berada ke? lcs tu apa ya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
lcs tu Laut China Selatan ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 30-11-2020 11:33 PM
thanks @miftahuljamilah kerna jemput rumah baru.
iols nak jemput @gue sekali,
lagi ramai, lagi m ...

menara putih tu yang saya ingat bukan di Damsyik tapi kat Menara Putih masjid Danau To Uban.. yg dibina oleh Sultan Brunei.. ada kaitan dengan  Negeri Kelantan telah menerima kedatangan dua orang Wali daripada keturunan Ahlul-bait iaitu Syed Hussein Jamadil Kubra dan Shaikh Tanauddin. Daripada keturunan inilah lahir Wali Songo (Wali 9) dan keturunan Nik/Wan di negeri Kelantan dan seluruh Asia tenggara.
tapi jangan haraplah nama ni di dalam buku sejarah kita.. sebab kedatangan Islam ditulis dari Melaka..telah diubah British
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2020 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar). Sudah menjadi takdir bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin (Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama 'Jiddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miftahuljamilah at 1-12-2020 08:23 AM

Anak sulong beliau, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo adalah anak buah (anak saudara) Cik Siti Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.

Salah seorang anak beliau, dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang. Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid yang cantik dan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini 'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik yang agak luas sayup mata memandang. Jadi ada pendapat dari cerita lisan bahawa di situlah menara putih Wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miftahuljamilah at 1-12-2020 12:58 PM

berbalik pula cerita masjid Kg Laut yg dinyatakan Ah_Kwan sebagai titik segi tiga (khatamun Nubuwwah) di Nusantara bermula Riwayat tradisional Kelantan menyebut bahawa sebelum sempat mendarat di Semenanjung Tanah Melayu, rombongan Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah menghadapi ujian yang besar dari Allah SWT yang mana kapal yang mereka naiki hampir karam di lautan. Dalam keadaan yang getir itu Sayyid Hussein telah memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya diselamatkan dan berikrar  akan mendirikan sebuah masjid jika terselamat dari bencana karam itu. Jadi setelah mendarat di Kg Laut, Tumpat maka di situlah didirikan sebuah masjid
Menurut cerita peristiwa ajaib itu ialah apabila datang kawanan ikan kekacang menutup lubang air pada kapal yg tlh berlubang manakala kawanan lain pula menolak kapal hingga ke daratan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
miftahuljamilah replied at 1-12-2020 08:20 AM
berbalik pula cerita masjid Kg Laut yg dinyatakan Ah_Kwan sebagai titik segi tiga (khatamun Nubuwwah ...

selepas itu ada lagi peristiwa ajaib, Belum pulih dari kejutan peristiwa yang hampir meragut nyawa rombongan Sayyid Hussein, tiba-tiba mereka dikejutkan sekali lagi dengan satu lagi pertolongan dari Allah SWT apabila muncul seekor tupai putih di hadapan Sayyid Hussein, lalu  berlari pantas ke arah serumpun pohon buluh betong tidak berapa jauh dari situ. Tupai putih itu terus memakan umbut pokok buluh betong itu sehingga kenyang sebelum beredar puas.

          Seperti kata pepatah orang tua-tua, 'pucuk dicita, ulam mendatang', kebetulan Sayyid Hussein dan saudaranya semua sedang kelaparan dan dahaga  yang bersangatan selepas mengalami ujian getir sebelumnya, maka berkeinginanlah mereka untuk mencuba apa yang dimakan oleh tupai putih itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.195532 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list