Tak ramai yang berminat dengan topik macam ni kan.. aku kalau nak cari member borak pasal benda ni memang payah nak jumpa.. alhamdulillah, nasib baik la ada forum ni..
Saya geram sgt kat sistem sekolah.
Dulu cikgu cerita kisah pahlawan melayu dlm sejarah.
ustazah cerita kisah nabi dalam kelas agama.
tapi dua cerita tu tak bergabung..
Jadi, kita rasa cerita ini mcm dongeng dan berada dlm dunia yg terpisah.
Bila dah maju mcm sekarang, baru la kita nampak kat mana kesinambunagnnya.
Nak kongsi la baru-baru ni beli satu buku tentang tafsir surah Al-Fatihah.. tadabbur surah Al-Fatihah.. baru masuk bab 1 tadabbur tentang ayat pertama BASMALAH, aku dah kerut-kerut dahi sel-sel otak cuba untuk bersambung agar aku faham.. ayat BASMALAH tu pun sendiri sudah menyimpan 1001 rahsia.. SubhanALLAH.. belum lagi tadabbur 30 juzuk surah-surah dalam AL-QURAN.. alam yang seluas luas alam ni pun mesti tersimpan macam-macam rahsia kan.. Allahu A'lam.
Pasukan Imam Mahdi ini ada beberapa golongan. Secara ringkasnya pasukan Imam M ...
keh keh keh
wa tiada komen...
sebab ini belum musim IM..
kepala perang bak kata kak masitah itu adalah PBT..
yang akan memimpin sejuta orang dari sini..dan yang tinggal cuma 10 ribu orang sahaja...
diatas lagi punya cerita..wa puchitau...
tapi bab al kahfi tadi wa doubt sikit la ceritanya...
memang betul wali wali Allah yang dah mati pun akan turun sama atas izin Allah...
kalau ashabul kahfi pun dalam golongan yang sama dengan wali wali Allah, wa ok dengan ceerita tu..
kalau bukan..dah kenapa nak bawa 7 orang jer nak turun...
dah la bukan ahlul perang merka2 ni..cuma mereka yang ditidurkan lama sahaja...
cerita dalam surah al kahfi adalah sebagai teladan dan pengajaran..bukan untuk diagungkan 7 orang itu..
Post time 1-12-2020 06:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ah_Kwan replied at 1-12-2020 04:59 PM
keh keh keh
lagu ni cerita nak balik ke alam baqo dan kekal..
Semboyan apo ahkwan? Semboyan suh get ready ke? Da tgk tiga2 bideo akak mashitah tu. Tunjuk kt kwn kene persoal mcm2 plak. Cite la sikit klu2 maksud mimpi tu. So ade jgk idea kami ni nak tempuh yg mendatang ni.
memang payah nak jumpa,
1 dalam 100 pun belum tentu,
subjek gini banyak kenalan dari online jer,
tahu nickname tapi tak tahu nama dan rupa sebenar, hehe
yang tulis kisah dajjal secara details ni,
yang aku kenal, dari buku penulis mesir,
muhammad isa dawud.
siap di ceritakan zaman bila dia lahir, parents nya siapa,
kisah hidup dia macam mana, dari awal lahir,
di jaga oleh malaikat, sampai di kurung masa kelahiran Nabi,
sampai dia keluar dari pulau, menjelajah dunia,
akhir nya bertemu Iblis, dan membuat perjanjian.
penulis ni orang syiah ker? penah baca buku dia tak?
mana tahu kisah details Dajjal ni dari hadis syiah, ada bukti?
macam kisah makhluk2 terdahulu sebelum Adam @ Pre-Adamite,
kisah Al-Hinn dan Al-Binn,
takde di ceritakan secara direct dalam Quran,
dan tiada dalam kitab hadis terkenal dari ulama mainstream,
TAPI ada jer dalam kitab hadis yang lain,
cuba public saja yang tak tahu, or malas nak amik tahu.
ni contoh kitab nya tentang Pre-Adamite, boleh cuba kaji sendiri.
Miskhat al-Masabih,
Tuhfah al Habib ‘Alaa Syarh al Khatiib,
Maniyyatul Mughni Anil Fatawa Sirajiyyah,
Ajwibah Az-Zurqani,
Hayatul Al-Hayawaan,
dan banyak lagi.
terima kasih atas makluman.
menarik info ni,
sy pernah dengar kisah masjid danau to uban dari penulis Merah Silu,
tapi sy tak pernah dengar teori tentang Nabi Isa akan turun di sini.
sy pun tak tahu yang keturunan Wali Songo berasal dari sini.
tentang 2 nama besar ni,
Syed Hussein Jamadil Kubra dan Shaikh Tanauddin,
ada tak madrasah perguruan di sana?
Orang Yang Hidup Pada Zaman Imam Mahdi Sangatlah Beruntung
Sabda Nabi SAW,
“Setiap umatku yang lahir pada kemudian akan diberikan pahala (sebanyak) 50 (kali pahala) orang sahabat.”
Hadis ini sebenarnya adalah merupakan penjelasan kepada ucapan yang dibuat oleh Imam Ibnu Sirin tadi. Di sini disebutkan pahala yang akan mereka terima, adalah 50 kali lebih banyak daripada apa yang diterima oleh para sahabat RA. Kenapa boleh terjadi yang demikian?
Mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya sedangkan mereka tidak pernah melihat Nabi SAW. Maka patutlah mereka mendapat lebih banyak pahala daripada Allah.
Mereka ditimpa kesusahan hanya semata-mata kerana mereka mempertahankan iman mereka itu tadi.
Mereka tetap berpegang teguh dengan keyakinan dan pendirian itu, dan iman mereka tidak pernah berganjak. Dari segi logiknya, mereka memang layak untuk menerima lebih banyak pahala.
Mereka terpaksa menanggung sendiri kesusahan dan kepayahan akibat mempertahankan iman, tanpa ada pembela yang akan membela mereka atau menyelamatkan mereka. Masing-masing terpaksa berjuang sendirian, menyelamatkan iman sendirian dan saling membela diri sendiri. Tidak ada rasul bersama-sama mereka. Rasul yang ada bersama mereka hanyalah ‘ajaran-ajaran’ yang jauh tertanam di dalam hati dan iman mereka yang teguh.
Mereka ibarat anak yatim, tiada ‘berbapa’. Jika para sahabat dahulu, ada Rasulullah SAW yang akan membela mereka, sedangkan umat akhir zaman ini tiada lagi Rasulullah SAW yang akan membela mereka, kerana Rasulullah SAW sudah lama wafat.
Pahala yang dimaksudkan di sini, bukanlah dengan erti mereka lebih afdhal daripada sahabat RA. Pahala yang dimaksudkan itu adalah semata-mata pahala, dan itu tidaklah menjadi suatu sebab untuk membolehkan mereka mengatasi para sahabat RA. Jika pahala dijadikan ukuran, umat zaman dahulu lebih layak mendapat pahala yang lebih banyak daripada kita pada hari ini, yang rata-ratanya berumur pendek dan lemah dari segi tenaganya.