CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 0

[Dunia] 110 terbunuh dalam serangan militan di Nigeria

[Copy link]
Post time 1-12-2020 01:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-11-2020 09:11 AM

110 terbunuh dalam serangan militan di Nigeria[size=0.8]November 29, 2020 @ 11:10pm

Jenazah mangsa pembunuhan kejam oleh kumpulan militan dikebumikan di Zabarmari, kira-kira 20 kilometer dari Maiduguri, Nigeria. - Foto AFP



MAIDUGURI, NIGERIA: Angka kematian pekerja ladang di timur laut Nigeria akibat serangan kumpulan militan meningkat sekurang-kurangnya 110 orang, sekali gus dianggap serangan paling ganas terhadap orang awam tahun ini.

Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu, Edward Kallon, berkata serangan itu berlaku pada hari yang sama dengan pilihan raya tempatan yang tertangguh sejak sekian lama.

"Saya marah dan sangat terkejut dengan serangan mengerikan itu terhadap orang awam yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata militan di kampung-kampung berhampiran ibu negara Borno Maiduguri.
"Saya meminta pelaku tindakan keji dan tidak masuk akal ini dibawa ke pengadilan," katanya.


Sebilangan penduduk tempatan menyalahkan pejuang Boko Haram, tetapi penganalisis Institut Tony Blair, Bulama Bukarti menyatakan 'IS-affiliated Islamic State West Africa Province' (ISWAP) dilihat lebih aktif di kawasan itu.

"ISWAP adalah pelakunya," dalam ciapannya di Twitter.
Keganasan di perkampungan Koshobe dekat ibu negara Borno Maiduguri itu menyasarkan pekerja ladang di mana penyerang mengikat dan menyembelih leher mangsa.

Kallon berkata, penyerang yang bersenjata dengan motosikal itu juga menyasarkan komuniti lain di daerah itu.
"Komuniti desa di Borno State berdepan dengan kesulitan," katanya yang meminta perlindungan diberikan kepada penduduk selain berlaku krisis makanan di kawasan itu.

Sementara itu, Gabenor Borno, Babaganan Umara Zulum berkata, angka kematian meningkat selepas operasi pencarian dilakukan.
Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari turut mengecam serangan itu dan berkata seluruh negara itu terkesan dengan serangan tidak berperikemanusiaan itu.

Bulan lalu militan Boko Haram menyembelih 22 petani yang bekerja di ladang pengairan di Maiduguri dalam dua serangan berasingan.
Sekurang-kurangnya 36,000 orang terbunuh dalam konflik yang memaksa sekitar dua juta orang meninggalkan rumah mereka sejak 2009.
Keganasan itu juga merebak ke negara jiran iaitu Niger, Chad dan Cameroon yang mendorong gabungan tentera wilayah untuk memerangi militan. - AFP












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.068860 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list