View: 5678|Reply: 17
|
Cerita-ceriti samping Bam Askar
[Copy link]
|
|
Jangan di ingat bahawa seorang askar tu sentiasa regimental dan keras perangai.
Askar juga adalah golongan yg mempunyai banyak cerita samping manusia.. Tak lah rigid sentiasa.
*Cerita 1*
Pegawai Askar juga bukan sekadar pegawai tentera yang asik memerintah jer kerja nya. Juga bukan takat combatan. Pegawai Askar juga ladang kala berfungsi sebagai tukang pinang atau ketua rombongan peminangan ...
Kisah terjadi 15 tahun dulu..kawan Pokchik masa tu berpangkat kapten..dia dan kompeni batalion dia kena operasi di Sibu , Sarawak. Ops sempadan. Batalion dia berpengkalan di Bentong, Pahang.
Dalam masa 3 bulan ops tu, rupanya ada sorang anggota dia berpangkat koperal dah sangkut ngan minah sarawak keturunan melayu melanau. Lagi 2 minggu nak balik ke Semenanjung..koperal tu dah gelisah diamuk cinta...Disebabkan bimbang takut terlepas, koperal tu dgn beraninya jumpa pegawai dia ( kawan pokcik) dan nyatakan hasrat nak masuk meminang minah sarawak tu dan pohon pegawai dia untuk jadik ketua peminangan.
Anak buah punya pasal kawan Pokchik pun setuju la jadik tukang pinang setelah koperal dia kasik tao rancangan untuk pinang dulu bertunang bila balik semenanjung baru buat permohonan untuk berkahwin mengikut peraturan tentera.
Pendek cerita, pergi la kawan Pokcik tu diiringi dgn sarjan mejar rejimen dan 3-4 anggota yg lain. Hantaran dibeli di pekan berdekatan antara nya buah buahan yg digubah...kain ela dan lawaknya ration tin makanan askar sebagai salah satu hantaran...hahaha.. Cincin belah rotan juga ada..dibeli di satu satunya kedai emas yg terdapat di pekan tu ( pekan berdekatan dgn Bandar Sibu).
Pada hari peminangan....gempar la jua kampung melanau tu - sebab ada 2 landrover masuk kampung siap dgn askar pakai loreng. Depa bantai pakai loreng ja masuk meminang
Kawan Pokcik yg pegawai tu yg jadi tukang pinang bidan terjun bantai la cakap apa yg patut semasa meminang....syukur peminangan diterima dgn janji dalam 6 bulan akan dilangsungkan perkahwinan.
Ujung yg Pochik tao...koperal tu selamat berkahwin selepas balik ke semenanjung dan uruskan proses untuk kahwin...dalam masa 6 bulan..mohon cuti kahwin dan ke Sarawak langsungkan perkahwinan.
Kawan Pokchik pulak yg jadi tukang pinang tu...dalam masa merungut layan permintaan anggota sendiri tapi hargai pengalaman tu bila dah berumur dan diminta oleh kaum keluarga untuk jadi Tukang pinang oleh anak anak saudara..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KIM.K at 1-12-2020 03:03 PM
Iols walaupun dah lama tak pakai loreng ngan tak lagi associated dgn ATM, tapi iols hargai sangat
Dapat tauliah agong ni kita junjung tau, pantang orang disrespect my status sekalipun polis
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah jodoh.. sorang semenanjung sorang sarawak. Kerja askar/kawin askar ni kena sedai la berpindah randah sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Pokcik.. Apa maksud perkataan ni regimental?
Kelakar kwn pokcik tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-12-2020 03:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sarah82 replied at 1-12-2020 03:10 PM
Pokcik.. Apa maksud perkataan ni regimental?
Kelakar kwn pokcik tu.
Regimental tu macam sikap...jenis personaliti atau karekter, sama ada secara individu atau berpasukan.
Macam mana ya...
Ahh...contoh ayat cenggini ..
" aku tak suka la CO sekarang...rejimental sangat! Duty guard kena pakai helmet tak boleh jungle hat...kat mes kalao isnin masa dinner kena pakai smart lengan panjang ngan tie... CO dulu aku suka....rilex ja dia"
Atau.... " boleh difahami kenapa jeneral bintang 1 dgn flait sarjan sama sama kat hangar tenguk heli kena servis sebab airforce tak regimental sangat macam askar melayu"
Sara dapat fahami dak? |
|
|
|
|
|
|
|
PristineOne replied at 1-12-2020 03:18 PM
Regimental tu macam sikap...jenis personaliti atau karekter, sama ada secara individu atau berpasu ...
Maksudnya tegas gitu?
Tenguk tu tengok ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Hihihi terkekek2 sy sendirian layan cerita askar ni..
Hiburan petang sungguh.
Nak lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
pokcik.. nak tumpang tanya la alang2 benang cerita ceriti bam askar... ada tak possibility bam askar hilang tanpa pesanan & kabar berita seolah2 lenyap dari muka bumi selama 2 minggu disebabkan tugasan |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah pakcik saya pun pernah pinangkan anak orang untuk orang bawahan dia di Perlis.
Masa tu arwah pakcik saya Kapten dalam KJLDJD. Memang rombongan tu ala kadar sahaja sebab tak ada perempuan pun yang terlibat. Yang penting ada cincin belah rotan buat tanda. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-12-2020 02:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
NekNgah replied at 2-12-2020 10:47 AM
Arwah pakcik saya pun pernah pinangkan anak orang untuk orang bawahan dia di Perlis.
Masa tu arwa ...
Ya Ngah....ramai pegawai atau anggota kanan yg ada pengalaman jadik tukang meminang bagi anggota sepasukan. Esprit de Corps gitu...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-12-2020 02:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
missBlackDahlia replied at 2-12-2020 09:21 AM
pokcik.. nak tumpang tanya la alang2 benang cerita ceriti bam askar... ada tak possibility bam askar ...
Ada possibility sis....tapi possibility yang kecil... Bagi anggota2 dari Risik...Komando...Para atau pasukan infantri ( risik gempur), ada peratusan mereka akan ilang kejap tanpa berita...seminggu la...dua minggu ka...sebulan ka..
Kehilangan itu adalah disebabkan mereka ada tugas / misi sulit yg perlu dilakukan. Tapi jarang jarang sekali mereka akan hilang begitu sahaja.
Nanti Pokchik sambung - bab ada askar yang terus hilang semasa zaman perang gerila dgn pengganas komunis tahun 70an sehingga tahun 1989 semasa komunis menyerah kalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah Ngah bekas Para. Rasanya kita tahu aje dia nak pergi operasi cuma tak tahu detail macam lokasi, tujuan, etc. Semua top secret. Ayah memang pesan jangan sebut apa-apa pasal ayah keluar operasi, kalau orang tanya hanya jawab ayah on duty dalam kem.
Sebab sebelum pergi, mesti dia akan berkemas barang keperluan di rumah.
Ada operasi tak perlu berkemas pun, dia balik malam macam biasa tapi pakai baju biasa, ada baju kalis peluru, pistol & peluru, ada ski mask. Emak ada tanya buat apa semua ni. Ayah jawab ada operasi dalam bandar. Detail memang tak adalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
seronok baca kisah2 gini..arwah bapa kita askar simpanan jer..byk gambar kenangan arwah ms pg kursus kat malaya dulu2..kita suka tgk dan rindu kat arwah bapa kita..up lg pakcik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak de cite sangat pasal askar. Cuma teringat dulu kelig sambut birthday sheols. Lokasi kat banglo lama kat jalan ampang. Mcm kuarters banglo lama. Iols tak ingat sangat sebab masa tu malam. Kawan2 iols duk karaoke tapi iols tak minat. Pastu ada orang ketuk pintu. Diorang kata jangan bising sangat sebab diorang nak meeting. Ada pakcik2 askar guna bilik sebelah meeting majlis kahwin anak. Iols ni jenis malas nak mingle around. Ada sorang atok askar ni macam nak berborak tapi iols acuh tak acuh. Ada askar sorang ni pulak bawak girls. 4 orang. Muka pun bbnu. Kawan iols bising dia kata berbulu mata tengok deyols duk merenyam. Pastu normah damanhuri datang bawa anak dia nama adik. Hot jugak sheols walau dah nenek. Duk berbasa basi dengan sheols. Tanya asal mana semua tu. Pastu sheols tanya dah tengok filem Jogho ke? Iols tak pernah tengok. Sibuk dengan kerja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-12-2020 05:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
* Cerita 2*
Semasa kejadian banjir besar di Kelantan pada hujung tahun 2014.
Masa tu gelombang ke 2 banjir melanda Kelantan. Lagi besar banjir dari gelombang pertama 2-3 minggu sebelum itu.
Sampaikan MKN Negeri Kelantan dan pasukan askar yg berpengkalan di Kem Desa Pahlawan dan Kem Pengkalan Chepa terpaksa minta bantuan bekalan ration..bot dan anggota dari unit unit askar dari luar Kelantan.
Pada masa itu Pokcik dan unit berpengkalan di Melaka. Dan Pokcik serta satu pasukan kecil anggota ditugaskan ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.
Kami pun pergi la.... dan sektor kami adalah di dalam jajahan Gua Musang ... Kami datang dgn 3 truk 3 tan dan 6 biji bot tentera. Sampai ja kami awal pagi tu...terus ada wakil pejabat jajahan minta tolong...ada 2-3 kampung di ulu sikit belum dapat dipindahkan dan diberi bantuan makanan.
Kami pun mula la tugas menyelamat dan memindahkan mangsa mangsa banjir... Dgn 6 bijik bot tu...dekat 80 orang kami pindahkan dari rumah masing2 yg hampir tenggelam banjir sampai la ke tepi jalan yg ada satu bangunan wakaf. Dari tepi jalan tu Pusat pemindahan masih dalam jarak 7-8 kilometer lagik....tambah parah..jalan raya nak on the way ke Pusat Pemindahan tenggelam pulak....air makin tinggi.
Truk truk kami pun sangkut kat tepi jalan yg kami pindahkan orang2 kampung tu semua.
Hari dah makin petang...hujan lagi. Perut kami lapar....orang2 kampung pun lapar.
Nak ke Pusat Pemindahan....jalan lak tenggelam.
Sib baik dalam truk kami ada ration perang askar ( dalam setiap pek ration tu - ada beras, tin ayam kurma siap masak..teh..kopi...gula..susu pekat)... Ada dekat 30 pek ration dalam truk kami.
Lapar punya pasal....masa tu jugak Pokcik arahkan anggota Pokcik pasang poncho askar buat khemah...cari apa juga yg boleh dibakar buat kayu api...dan memasak la kami kat tepi jalan tu.
Periuk ...kuali kami pakai yg orang kampung punya ( mangsa banjir) diorang sempat bungkuih dgn kain batik periuk belanga dan pinggan sikit sebanyak dari dibiar hilang atau hanyut dibawa banjir.
Alhamdullilah....pek ration tu cukup utk 80 orang mangsa banjir bersekali dgn anggota Pokcik seramai 16 orang.
Jadik tukang masak bidan terjun kami.... dan macam kenduri pulak makan ramai ramai...
Menjelang isyak...dapat isyarat - jalan ke Pusat Pemindahan dah surut sikit dan truk askar 3 tan boleh lalu. Pokcik pun angkut semua naik truk yg 3 bijik tu...berhimpit ramai ramai...sampai anggota pokcik ada yg duduk atas kepala truk. Malam tu kami sampai Pusat Pemindahan.
Bila sampai....Pokcik dan anggota2 masih lapar lagik....Pokchik pun jenguk kat dapor medan ( dapor bergerak Angkatan Pertahanan Awam) ...Cheh !! Sedap sedap lauk diorang kat pusat ni rupanya..Ada lebihan kari sardin kentang...ada kobis goreng....ada lebihan ikan masin....ada sambal belacan..
Alamak....nasik pulak tadak....lauk lebihan banyak lagik..
...... sambung..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-12-2020 05:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
..... lauk lebihan ada ...nasik pulak tadak.. Tapi anggota2 Pokcik tak ilang akal....diorang selow selow ayat bodek mintak akak akak Rela yg bertugas kat dapur medan Pusat banjir tu masak kan nasik.
Hasil bodek anggota anggota Pokchik....Akak Rela bukan takat masak nasik putih....malahan siap buat telur dadar bawang lagi buat kami..
Erpp...kenyang weouls tengah malam tuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
PristineOne replied at 2-12-2020 05:38 PM
..... lauk lebihan ada ...nasik pulak tadak.. Tapi anggota2 Pokcik tak ilang akal....diorang selow ...
Gulai sardin sedap.. Yum2..esk nak kena masak gulai sardin la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|