CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: PristineOne

Weouls ada bao bao keluarga pahlawan

[Copy link]
Post time 4-12-2020 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
woww..tak sangka ada benang mcmni utk family members ATM / PDRM..Tengkiuuu pokchik Pristine..

sy dari dalam perut mak lagi dh hidup dlm kem..ikut ayah berpindah randah..ini apa yg sy ingat laa..

83-85 : sy lahir dan duduk Taiping. Time tu kecik lg..tak tau unit ape..72 KOD kut..kitaorg duduk di rumah flat yg tepi Bukit Larut tu.

85-89: Batu Kentomen & DSP

89-91 : 72 KOD Taiping..time ni sy kena tinggal kt kampung sb mak kene pergi kursus kt Maktab Guru Ulu Kinta..Ayah pulak pegi operasi di Gerik.

91-93 : 8 KOB Desa Pahlawan

93-98 : Kitaorg balik semula ke DSP

98-2001 : 91 DPO/COD Batu Kentomen

Ayah dulu last rank Mejar..Mak cerita lepas saya lahir thn 83 tu, ayah naik pangkat dari Kapten ke Mejar..

Saya mmg teringin nak sambung legasi untuk berkhidmat dlm ATM..tapi itu laa..beliau sedaya upaya tak bagi sy masuk AFAT kt PD tu untuk sambung pengajian ke Tingkatan 4 dan 5... Kena masuk sekolah teknik.

lepas SPM bila sy apply utk ke Cadet School  KD Pelandok Lumut..beliau ckp " pikir elok2...kalo dah takda kerja sgt dlm dunia ni, baru ayah benarkan masuk Tentera".

Lepas tu..Dlm family besar kitaorg termasuk la sdara mara..ada 2-3 org lagi yg berkhidmat dlm ATM.

- Ayah punya adik..pencen koperal RAMD
- Sepupu ayah (walaupun beza umur 5 tahun dari sy) : Colonel (Masih berkhidmat)
-Sepupu ayah lg sorg : pencen 2 bintang

Agak2 kalo nk masuk wataniah / PSSTLDM lepas ke..umur sy pon lg berapa tahun je nk masuk 40 ni haaa..huhuhuhu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2021 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah pak mertua dulu ialah polis darurat. Beberapa tahun je bertugassebelum tamat service. Sampai la ni gambar arwah masih ada di rumah Mak tu.

Abang ipar akak pencen Darat dgn Para. Last rank dia Kopral kalau x silap akak. Dia  memang dok Kem Terendak saja sampai la pencen. Tahun 1988, dia di Namibia under PBB selama setahun. Sampai la ni masih dok area Terendak.

Anak dia pula sorang warden penjara dgn pangkat Inspector dan sorang lagi kastam.

Arwah Pakcik akak dulu Mejar (B) dgn Darat. Pernah bertugas di Kuching, Kem Terendak, Pulada Ulu Tiram, dan Sungai Besi. Pernah setahun di Indonesia . Dia pernah training di Sandhurst dulu. Sebelum tu, dia juga Putera di RMC.  Dia bahagian operasi@tempur. Memang dia selalu masuk hutan untuk operasi dan train askar2 atau putera  juga seingat akak. Dulu akak selalu ke rumah dia di Kuarters Pegawai Kem Sg Besi. Dok rumah tepi bukit laluan anggota dan budak RMC masa training. Akak suka pi swimming pool situ. Kadang2 bila pakcik akak ada tu, akak ikut dia pi training anggota tinju juga. Tapi paling akak kagum bila dia pakai baju istiadat utk function di Mess atau mana2. Dia dpt offer utk tambah tempoh berkhidmat tp dia tolak sebab bosan dah dgn keadaan.

Pakcik lagi sorang yg merupakan bestfriend kepada arwah pun Mejar (B) juga. Dia dulu jaga payroll.  Last sekali dia di Mindef. Pernah bertugas di Kemboja selama setahun dan di Somalia under PBB. Juga di Kuching sama arwah juga dulu sebelum duduk Mindef sampai pencen.

Yang syoknya diaorg ni kawan baik dan berkahwin dgn adik2 Ibu akak sebab yg arwah kenalkan bestfriendnya kat adik kepada girlfriend dia masa tu. Sayangnya xde anak2 mereka yg meneruskan legasi tu.

Sepupu akak ada dua org pun Darat. Sorang tu yg akak ingat dia pernah di Sg Petani, Kem Terendak & di Johor tp x ingat kem mana. Sorang lagi kat Sg Besi & Mindef jadi cook.  

Abang ipar akak pun sama mcm Pakcik2 akak. Mejar (B) tapi dia dgn  JLJ. Dia ni pulak dikenalkan oleh pakcik akak juga. Pernah bertugas di Kuching, PD, Wardieburn & berpencen di Mindef juga. Dia juga bekas Putera. Abang dia pulak dgn TLDM. Lt. Kol. (B). Yg akak ingat dia pernah bertugas di France under project kapal selam. Selain tu pernah bertugas di Kuantan, Lumut, dan last di Mindef.

Suami sepupu juga dgn Navy.  Lt. Kol. (B). Pernah bertugas di Lumut , Kuantan & last di Mindef.Pernah bertugas di Scotland selama 3@4 tahun sekitar 1990-1995 gitu. Ingat sebab masa tu akak di Maktab. Skrg ni tgh sakit dan masih dlm pemulihan.

Gitu la darahyg ada..

Utk penutup,   Anak akak pula dpt panggilan utk pemilihan masuk RMC Isnin ni. Dia nampak mcm ke arah situ.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 4-12-2020 02:23 AM
woww..tak sangka ada benang mcmni utk family members ATM / PDRM..Tengkiuuu pokchik Pristine..

sy  ...

Kenapa ayah izwan cakap mcm tu ye?

Mind to share?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-4-2021 03:31 AM
Kenapa ayah izwan cakap mcm tu ye?

Mind to share?

Kalo setakat halangan fizikal dan kekuatan mental tu..no problem sisthur..

Tapi mungkin ada elemen-elemen lain yg buatkan arwah ayah ckp mcmtu..

Arwah ayah pesan lagi..Biarlah beliau yang terakhir dalam tentera..beliau taknak kami adik beradik jadi tentera lagi..kalo profession lain..ok katanya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 4-4-2021 09:53 AM
Kalo setakat halangan fizikal dan kekuatan mental tu..no problem sisthur..

Tapi mungkin ada ele ...

Yang lain2 tu la akak nak tahu. Kot kalau Ayah ada reveal, boleh la share dgn akak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-4-2021 10:42 AM
Yang lain2 tu la akak nak tahu. Kot kalau Ayah ada reveal, boleh la share dgn akak.

Alaa...mcm kita la jugakk...ada office politics mcmtuu...

standard la mana2 pekerjaan pon..ini apa yg sy tgk dan batman dgn driver dlm kem yg cerita laa..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-4-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 4-12-2020 02:23 AM
woww..tak sangka ada benang mcmni utk family members ATM / PDRM..Tengkiuuu pokchik Pristine..

sy  ...

Maknanya umor you pertengahan 30an...

Kalao berminat dan nak sambung legasi dna pahlawan keluarga tu..

Cuba apply Pasukan Simpanan Sukarela TLDM ( PSSTLDM ) .... sebabnya PSS TLDM ada 2 kategori pengambilan iaitu untuk pelaut ( lain lain pangkat dan satu lagi untuk Pegawai Kadet Kanan ( pegawai ) .... Dah umor 30 an ni elok terus amik pengambilan pegawai.

Kalao Rejimen Askar Wataniah pulak....walaopun pemohon ada ijazah waima ijazah master pun...tetap la kena masuk rekrut dan jadi prebet dulu....setelah 2 tahun minima baru lah dipertimbangkan jadi pegawai.  Melainkan anggota pasukan PALAPES di Universiti...ditauliah saja terus jadi pegawai ...muda muda pun dah pegawai.

Kalao kita ada kelulusan dan dari awam..kalao nak join Askar Wataniah ..kena meningkat dari rekrut dulu.

Berbeza dengan PSS TLDM...mereka ada 2 kategori pengambilan... Ada ijazah boleh terus masuk kategori pegawai dan berpangkat Pegawai Kadet Kanan ( Midshipmen ) .. lepas tauliah dapat pangkat Leftenan Muda .

Teruskan lah hasrat tu....jangan tunggu... Nanti masuk 40an dah tak boleh masuk sebab umur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-4-2021 03:30 AM
Arwah pak mertua dulu ialah polis darurat. Beberapa tahun je bertugassebelum tamat service. Sampai l ...


DNA pahlawan turun ke anak Kak Leen dari Atok Atok saudara dia.

Lepaskan dia ke RMC....restu la langkah dia .  Insyallah dia akan berjaya dan berjasa pada keluarga dan negara.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 8-4-2021 01:22 PM
DNA pahlawan turun ke anak Kak Leen dari Atok Atok saudara dia.

Lepaskan dia ke RMC....restu  ...

Akak dok sebut, kalau tok sedara dia masih ada, memang tok sedara dia la yg paling happy sekali! Kelmarin toksedara yg bestfriend dgn arwah tu call. Dia happy sangat bila dpt tahu hal ni. Akak cakap, ni baru interview. Doakan la yg terbaik buat dia.

Sejak akak tinggalkan pagar Kem hari tu, akak dah redha kalau dia dapat. Pasti itu yg terbaik yg Allah dah aturkan buat dia. Memang dlm hati dah ada doa moga dia dapat capai apa yg dia hajatkan.
Thanks pokcik. Nanti keputusan Lembaga Akhir dah keluar 14hb ni, akak update tau!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 4-4-2021 11:13 AM
Alaa...mcm kita la jugakk...ada office politics mcmtuu...

standard la mana2 pekerjaan pon..ini  ...

Pasal office politics ni memang antara sebab arwah pakcik akak x nak sambung walau ditawarkan kontrak lagi masa tu. Dia kata dia dah letih. Hihihihihi

Skrg masih ada batman lagi ke? Batman2 pakcik2 akak dan abang ipar akak baik2 belaka. Muka redha aje. Dulu pernah pakcik akak tgh operasi dlm hutan dgn budak ATMA ke apa dan dia la yg bawa makcik akak pergi RESAT utk check baby atau sepupu2 akak demam ke apa. Ada juga bawa kitorng gi pasar Sg Besi kat luar tu sebab lauk dah habis. Memang sgt efficient batman tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2021 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Menjadi sebahagian dari keturunan keluarga yang pernah berkhidmat sebagai Tentera atau Polis adalah menjadi kebanggaan pada sesiapa ahli keluarga.

Moga kita kenangkan jasa Atuk ..Bapa atau ahli keluarga yang pernah menabur bakti mempertahan dan menjaga keselamatan negara...sama ada ketika era Perang Dunia ke 2...zaman pemerintahan British...waktu Darurat...waktu peperangan gerila dengan Parti Komunis Malaya sehinggalah pada masa kini.

Titipkan doa kepada perwira keluarga yang telah pergi meninggalkan kita.

Teruskan amalan yang baik dan semangat juang yang sedia ada dalam DNA kita...boleh diadaptasikan dalam perjuangan dalam kehidupan mencabar era wabak covid ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ex hubby veteran ATM..ank sepupu dan menantu sepupu, askar..
dua abg susuan polis.. seorg inspector sorang lg, ASP kot..
anak sedara polis..
anak sepupu ..polis..
menantu saudara, polis..
suami kpd sepupu, polis trafik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2021 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklahcuteII replied at 27-5-2021 02:08 AM
ex hubby veteran ATM..ank sepupu dan menantu sepupu, askar..
dua abg susuan polis.. seorg inspector ...

Waa...kalao masa sekarang PKP ni...keluarga ciklah ni ramai frontliner.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2021 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 3-6-2021 02:49 AM
Waa...kalao masa sekarang PKP ni...keluarga ciklah ni ramai frontliner.

ada jg doktor dan misi..
tapi..kitapun..frontliner jg.. (x mo kalah tu..hehehe) .. kita buat yg terbaik semampu kita utk bantu pesakit2 dan frontliners sebenar...
kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ciklahcuteII replied at 8-6-2021 09:43 PM
ada jg doktor dan misi..
tapi..kitapun..frontliner jg.. (x mo kalah tu..hehehe) .. kita buat yg  ...

Dalam keadaan pandermik Covid 19 ni....situasinya tidak berbeza dengan perang dan pertempuran. Doktor dan petugas perubatan merupakan barisan hadapan dalam pertempuran hijab mata ini.

Malahan saya berpendapat... Ada kemungkinan virus seperti covid ini boleh dijadikan senjata biologi oleh mana mana negara untuk menyerang negara kuasa besar yg lain.

Tak payah dah menghantar armada kapal perang untuk menyerang negara yg dimusuhi...Tidak perlu melancarkan peluru berpandu balistik antara benua bagi kemusnahan besar besaran negara yg diserang..... Cukup dgn menghantar warga sendiri yg dijangkiti virus ( tanpa disedari oleh warga tersebut) ke negara yg hendak diserang.... Bila berjangkit dan menjadi pandermik...musnah sistem kesihatan dan ekonomi negara yg dimusuhi itu tanpa negara tersebut mengetahui negara mana yg menyerang mereka dalam senyap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2021 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Whoa.. baru perasan thread ni
Arwah tokwan polis..
Arwah abah pon polis.. meninggal sblm pencen.. msa hr polis.. diuruskan semua oleh polis.. otw ke kampungnya pon diiringi dgn pasukan trafik n land rover polis.. wlopon dlm sedih tetap rasa bangga (bkn riak tau)
Arwah abah pernah gari bang Non msa zaman dia dok merusuh kt u dulu.. haha.. sy belom lahir msa tu
Adik abah tudm.. pencen dh
Abg mak tudm.. pencen dh
Adik mak askar.. pencen dh
Abg2 ipar iol polis.. kaka ipar pon polis
Kezen kastam, askar
Yg kja jpj pon ada
Eh ramai la yg badan uniform
Sbb tu smgt patriotic sy agak tinggi
Sy membeso dlm berek..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ini jln2 tersesat ke bod ini

Arwah ayah TLDM , berhenti navy jadi kapten kapal private company..pernah naik kapal TLDM dan bersiar2 kerana acara Family Day ke apa..meols masih kecik

Arwah pakcik pun TLDM tapi tak sama kapal dgn arwah ayah..meninggal muda  dlm 39 tahun sebelum pencen

Abang sepupu meols  retired Brigadier gen Tentera

Suami kakak sepupu Mejar ke apa

Arwah atok belah ibu British Army

Gitulah yg meols tahu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Husband sis pilot tudm.. fighter pilot. susah tengok keja dia dulu2. Tambah kalau ada isu panas ke apa ke.. kalau tengah standby lagi la, usung la flying suit tu dalam keta ke sana ke sini.

Anak2 ada yang minat, nak ikot jejak langkah dia tapi dia cakap biar la dia sorang je askar. Kalau nak jadi pilot baik masuk flying school kat luar tu je. Susah & teruk latihan kalau askar nie.. dia risau anak2 dia tak dapat bertahan & tak kental.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:42 AM | Show all posts
arwah atok sebelah mak - bekas polis british. meninggal selepas pencen sebelum merdeka. Mak cerita la pernah duduk di kuarters & layanan kepada keluarga polis british sgtla terbaik.

bapa saudara - askar tentera darat - pencen awal & lepas tu masuk keje dengan port

diri sendiri - pernah bertunang dgn mejar TUDM, lepas tu kapel sekejap pulak dgn mejar TDM, ingatkan lepas tu nak sangkut TLDM rupanya tidak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065419 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list