CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4381|Reply: 68

[Tempatan] Najib dakwa bicara kes SRC tak adil

[Copy link]
Post time 2-12-2020 11:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 2-12-2020 11:43 PM

Rayuan Najib bagi membatalkan sabitan bersalah dalam kes SRC


Najib dakwa bicara kes SRC tak adil

Diterbitkan Hari ini 5:45 pm

Dikemaskini Hari ini 5:50 pm

Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa dia dinafikan mendapat perbicaraan yang adil dalam kes SRC International melibatkan dana RM42 juta.
Perkara itu dinyatakan dalam Petisyen Rayuan berhubung sabitan bersalah atas satu tuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga tuduhan pengubahan wang haram.
Pada 28 Julai, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan sabitan bersalah terhadap Najib atas semua tujuh tuduhan tersebut, dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap tertuduh.
Namun, mahkamah yang sama membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan tertuduh di Mahkamah Rayuan.




Peguam Najib dari firma guaman Tetuan Shafee & Co mengemukakan Petisyen Rayuan bertarikh 19 Okt, yang mengandungi 307 alasan.
Menurut salinan Petisyen Rayuan, Najib mendakwa dinafi mendapat perbicaraan yang adil kerana kekhilafan dilakukan Nazlan selaku hakim dan tindakan pihak pendakwaan.
“Secara keseluruhan, perayu (Najib) berhujah bahawa kesalahan oleh hakim Mahkamah Tinggi dan tindakan pihak pendakwaan yang telah menolak hak perayu di bawah Perlembagaan Persekutuan, menyebabkan ketidakadilan serius terhadap perayu ketika dia gagal mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama, ” menurut kertas kausa.



Najib mendakwa Nazlan terkhilaf dalam undang-undang dan fakta, di antaranya menolak pendapat pihak pembelaan bahawa ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jhow atau Jho Low telah memperdaya tertuduh berhubung pemindahan berjuta-juta ringgit ke akaun banknya (Najib).
"Yang arif Hakim Mahkamah Tinggi telah melakukan khilaf dan / atau undang-undang ketika menolak pembelaan perayu bahawa Jho Low telah menipu beliau (Najib)," dakwa perayu.
Najib mendakwa Nazlan telah melakukan khilaf dan / atau undang-undang ketika menolak pendapat pembelaan mengenai sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi ke dalam akaun bank perayu.
"Yang arif hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam fakta dan / atau undang-undang ketika menolak pembelaan perayu mengenai sumbangan dari (Raja Arab Saudi) Raja Abdullah," dakwa Najib.
Najib mendakwa halim terkhilaf ketika membuat keputusan bahawa bekas perdana menteri itu tahu mengenai pemindahan dana SRC sebanyak RM42 juta ke akaun (Najib).
Najib mendakwa Nazlan terkhilaf pada fakta dan / atau undang-undang ketika menyimpulkan pendapat pihak pembelaan tersebut secara tidak tepat, dan tidak memberikan gambaran menyeluruh mengenai pendirian dan pertikaian oleh pihak pembelaan.
Najib juga mendakwa bahawa pertukaran hakim yang mengadili kes SRC secara tiba-tiba, daripada Mohd Sofian Abdul Razak kepada Nazlan pada tahun 2018, dilakukan tanpa sebab munasabah.
"Dalam petisyen ini, perayu mencabar perubahan hakim secara tiba-tiba kerana tidak ada unsur itikad baik dan antara lain, ia memberikan gambaran tentang campur tangan pihak atasan badan kehakiman,”kata Najib.
Pada 27 Julai 2018, dilaporkan bahawa Nazlan ditugaskan mengadili kes SRC daripada Mohd Sofian.
Ketika dihubungi hari ini, peguam bela Najib, Harvinderjit Singh mengesahkan Petisyen Rayuan berkenaan mempunyai sejumlah 307 alasan serta tarikh dokumen pada 19 Okt.
Pada 1 Okt lalu, Pendaftar Mahkamah Rayuan menetapkan 12 hari bermula 15 Feb untuk mendengar rayuan Najib bagi membatalkan sabitan bersalah dalam kes SRC yang membawa hukuman penjara dan denda.




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetuan Syafee ni bayar mahal tapi alasan2 tak solid langsung...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ok la Si JIbby ni lawan juga...jangan jadi mcm Guan Eng...naik2 tommy tomos jadi AG terus buang kes terowong alam bunian penang.

bila kena dakwa balik...hat dulu kutuk2 penyokong najib kutip derma utk jibby...sekali guan eng laki bini pun sama..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 01:43 AM | Show all posts
jibbon sembang je mcm kutuk mahkamah abah cow tak adil.
kat dewan parlimen hidung kene cucuk mcm lombu fidlot jugak.

tak melawan.
tak berkutik.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 10:55 AM | Show all posts
bangcak replied at 3-12-2020 01:43 AM
jibbon sembang je mcm kutuk mahkamah abah cow tak adil.
kat dewan parlimen hidung kene cucuk mcm l ...



Najib tak kutuk mahkamah, cuma membuat rayuan utk membatalkan sabit kesalahan keatasnya kerana mendakwa hakim yg dilantik secara tiba-tiba menukarkan hakim yg mengadili kesnya di zaman atok 22 bln didakwanya ada membuat kekhilafan dlm membuat keputusan.
Jadi biarlah mahkamah rayuan yg mengadili sama ada berlaku kekhilafan ataupun tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 3-12-2020 10:55 AM
Najib tak kutuk mahkamah, cuma membuat rayuan utk membatalkan sabit kesalahan keatasnya kerana ...

so, keputusan mahkamah abah cow betul ke tidak?

kalu tak betul nak buat apa rayu semakan semula.

i yakin mahkamah abah cow betul.
najib pon yakin mahkamah abah cow betul.

sbb tu heol rayu kurangkan hukuman.

tapi kat media sosial takkan la nak ngaku rayuan tu pasal pengurangan hukuman.
mesti la kena sembang kari ckp rayu semaka  semula.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2020 02:51 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 3-12-2020 02:53 PM
bangcak replied at 3-12-2020 01:03 PM
so, keputusan mahkamah abah cow betul ke tidak?

kalu tak betul nak buat apa rayu semakan semula ...



so, keputusan mahkamah abah cow betul ke tidak?
Najib dan Peguamnya kata tak betul, mendakwa hakim ada buat khilaf

kalu tak betul nak buat apa rayu semakan semula.
tak betullah maka perlu dibuat semakan semula di Mahkamah Rayuan yg diadili lebih ramai hakim.
Semakan keatas keputusan yg dibuat oleh seorang hakim di Mahkamah tinggi.

i yakin mahkamah abah cow betul.
najib pon yakin mahkamah abah cow betul.
Najib dah kata dengan yakin keputusan itu tak betul, 307 alasan dia bagi sebab2 tak betul utk dikemukakan di Mahkamah Rayuan.

sbb tu heol rayu kurangkan hukuman.
Ada ke dia kata, merayu untuk kurangkan hukuman.
Dia merayu utk batalkan sabitan kesalahan keatasnya dan dibebaskan dari sebarang hukuman bukan mengurangkan hukuman.

tapi kat media sosial takkan la nak ngaku rayuan tu pasal pengurangan hukuman.
mesti la kena sembang kari ckp rayu semaka  semula.
Apa pulak sembang kari, dah dinyatakan dimedia2 sosial, media perdana, Malaysiakini pun telah dia nyatakan tujuan rayuan dibuat.





Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 02:51 PM | Show all posts
Amende penjenayah najib ni menyalak? Tak sabar nk tgok manusia bongkak ni sumbat dlm jel. Moga hari tersebut menjadi hari ksyukuran buat seluruh rakyat yg mencintai keadilan sejagat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2020 02:55 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 3-12-2020 02:51 PM
Amende penjenayah najib ni menyalak? Tak sabar nk tgok manusia bongkak ni sumbat dlm jel. Moga hari  ...



Sama ada nak sumbat dlm jel ataupun dia dibebaskan dari sebarang hukuman, tunggu aje keputusan yg diadili oleh hakim2 di Mahkamah Rayuan.
Moga hari tersebut menjadi hari ksyukuran buat seluruh rakyat yg mencintai keadilan sejagat.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambat lg ke jibon nak masuk penjara ni?!! dah la ummah ibu pertiwi kena i-kencing dgn jibon..basah palerr.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 03:08 PM | Show all posts
MissYouSayang replied at 3-12-2020 03:00 PM
Lambat lg ke jibon nak masuk penjara ni?!! dah la ummah ibu pertiwi kena i-kencing dgn jibon..basah  ...



Lambat lg...tahun depan baru nak start bicara di Mahkamah Rayuan......itu pun kalau Mahkamah rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, tapi jika Mahkamah rayuan membatalkan  sabit kesalahannya. kau bolehlah ajak jibon minum2 kat kedai mamak....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 03:53 PM | Show all posts
so sapa yg salah??

abah cow

ke

najib??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 04:04 PM | Show all posts
bangcak replied at 3-12-2020 03:53 PM
so sapa yg salah??

abah cow

tunggu keputusan mahkamah rayuan....lepas tu baru tahu sapa yg salah atau sapa yg betul...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 04:14 PM | Show all posts
rashiman replied at 3-12-2020 04:04 PM
tunggu keputusan mahkamah rayuan....lepas tu baru tahu sapa yg salah atau sapa yg betul...

so kira jibbon betul
abah cow salah la kan?

dah tau abah cow salah, dok jd lombu dia lg dah kenapa??


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 04:19 PM | Show all posts
bangcak replied at 3-12-2020 04:14 PM
so kira jibbon betul
abah cow salah la kan?

tak tahu lagi siapa yg bersalah...tunggu keputusan Mahkamah Rayuan sama ada Najib bersalah ataupun tidak dan dibebaskan dari hukuman.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 04:44 PM | Show all posts
keputusan mahkamah rayuan opkos la
penjara 12 taon diturunkan jd 3 taon je.

so,
abah cow salah atau jibon salah?
macai compius tross

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2020 05:48 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 3-12-2020 05:50 PM
bangcak replied at 3-12-2020 04:44 PM
keputusan mahkamah rayuan opkos la
penjara 12 taon diturunkan jd 3 taon je.

itu keputusan mahkamah rimba kau...Yang Arif Tuan Bangcak jadi Hakim..... cukup2lah buat lawak bodoh...

kan dah cakap tadi...tunggu aje keputusan mahkamah rayuan samada rayuan najib utk membatalkan keputusan mahkamah tinggi berjaya atau tidak...tak ada compiusnya...sabar, tunggu dan lihat perbicaraan mahkamah rayuan nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib dah mcm Nuar.Jk keputusan Hakim memihak Paramus dikata ADIL.Sebaliknya dikata tak Adil .Piirah ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 07:12 PM | Show all posts
abcdotcom replied at 3-12-2020 06:05 PM
Najib dah mcm Nuar.Jk keputusan Hakim memihak Paramus dikata ADIL.Sebaliknya dikata tak Adil .Piirah ...

kann...
taw takpe.

keputusan mahkamah pon da mcm undian dewan.

time bahas mcm singa mengaumm menolak.
ujong2 ngaku salah gak.
cash! 12 taon noks.

takpe la, peringkat dasar da terima 12 taon.

kita fight dikurangkan kpd 3 taon kat mahkamah rayuan


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 3-12-2020 07:12 PM
kann...
taw takpe.


Mana boleh X Salah .DOJ kat USA dah hukum Salah n SITA  aset2 Jho Low .Malu la Malaysia kalau  hukum X Salah ......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.101701 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list