CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10606|Reply: 120

[Tempatan] Sudah Lama Tak Mencarum, Suri Rumah Layak Keluar KWSP Akaun 1

  [Copy link]
Post time 3-12-2020 02:23 AM | Show all posts |Read mode
Kredit : Berita Harian


KUALA LUMPUR – Individu yang sudah lama tidak mencarum dan suri rumah antara ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak membuat pengeluaran i-Sinar di bawah Kategori 1.


Turut termasuk dalam kategori tersebut ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, hilang pekerjaan atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kriteria bagi Kategori 1 adalah:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan; kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP dan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2021 bagi Kementerian Kewangan mengumumkan kira-kira 8 juta ahli KWSP layak mengeluarkan caruman Akaun 1 di bawah program i-Sinar.

Kemudahan pengeluaran bertujuan membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 itu melibatkan peruntukan sebanyak RM70 bilion.




Sumber – MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullillah...insyaAllah ada rezeki nanti...

kena komen banyak2 cover balik tacang kena potong tadi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.... Semoga dipermudahkan... Jngan disusah2kan... Anak nak Naik sekolah nie.. belanja nak guna bnyak
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 06:54 AM | Show all posts
kalau keluarkan pas tu sibuk beratur
di kedai emas baik takyah..

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampaknya syarat adalah seperti asal..  
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:33 AM | Show all posts
white_musk replied at 3-12-2020 07:16 AM
Nampaknya syarat adalah seperti asal..

syarat apa, sis? bayaran secara one-off atau berperingkat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2020 08:59 AM | Show all posts
dapatla cover mana yang perlu nanti.

manfaat peluang yang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:09 AM | Show all posts
aku dok fikir yg menteri2 lain yg tepuk2 meja kat parliment masa tengku zafrul announce tu mesti terpinga2 skrg sbb last2 bersyarat2 plak...

hahahah dr hr tu dok fikir....mesti dorg x dgr bebetul or x jelas...kikiki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 09:10 AM | Show all posts
Katakan ahli yg tak mencarum 2 tahun , tp menten ja pendapatan. Boleh dpt jugalah sbb kwsp just tgk data tak ada carum 2 tahun. Tak perlu tunjuk bukti pengurangan pendapatan sepanjang pkp. kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:14 AM | Show all posts
nak hak sendiri pun tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:14 AM | Show all posts
aku kan kdg2 tak paham gak netizen ni kenapa nak merungut sgt bile kwsp letak syarat? usahala skit, ye tu mmg duit diorg sbb potong gaji, tapi caruman majikan pun ade jugak dlm tu. kwsp ni satu bentuk simpanan yg bagus pg pendpt aku sbb susah nk keluarkan. asb, tabung haji pun ramai dok korek2 jugak
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai la laki2 pujuk bini kuarkan tp jgn plak korang nk yg rembat duit tu buat beli motor baru lah ps5 la bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 3-12-2020 09:10 AM
Katakan ahli yg tak mencarum 2 tahun , tp menten ja pendapatan. Boleh dpt jugalah sbb kwsp just tgk  ...

Kalau dalam sistem epf dah 2 bulan x mencarum (kategori 1) boleh apply tanpa surat sokongan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:48 AM | Show all posts
borrow replied at 3-12-2020 09:10 AM
Katakan ahli yg tak mencarum 2 tahun , tp menten ja pendapatan. Boleh dpt jugalah sbb kwsp just tgk  ...

Kaannn... ada je yg berenti kerja, buat bisness sendiri dan tak mencarum.  ada kemungkinan tak kwsp akan check thru akaun bank dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:48 AM | Show all posts
borrow replied at 3-12-2020 09:10 AM
Katakan ahli yg tak mencarum 2 tahun , tp menten ja pendapatan. Boleh dpt jugalah sbb kwsp just tgk  ...

saya keje sendiri. dh setahun lebih x carum epf. ambik gaji je.

ada peluang. he he ps5 otw
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:49 AM | Show all posts
azalia72 replied at 3-12-2020 09:48 AM
Kaannn... ada je yg berenti kerja, buat bisness sendiri dan tak mencarum.  ada kemungkinan tak kws ...

tak. sbb kwsp dh bgtau itu direct case. 21hb 12 dh blh apply thru online. alhamdulillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 09:50 AM | Show all posts
annehuda replied at 3-12-2020 09:14 AM
aku kan kdg2 tak paham gak netizen ni kenapa nak merungut sgt bile kwsp letak syarat? usahala skit,  ...

betul tu. apa2 benda pun semua ada syarat2. mana ada benda hentam keromo je.

nak solat pun ada syarat2 dia.

moron sgt diorg tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
50-50 nk keluarkan ke taknak. Lps berenti keje n focus business online, mmg dah tak mencarum. Baru ingat nk start mencarum blk next yr. Skrg mcm tersaiko plak nk keluarkan duit kwsp
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 3-12-2020 11:58 AM
50-50 nk keluarkan ke taknak. Lps berenti keje n focus business online, mmg dah tak mencarum. Baru i ...

Aku pun dalam dilema. Dah x keja 4 tahun. X ada apa2 masalah kewangan lagi . Terfikir2 kalau keluarkan bila masa nak mencarum semula sampai dapat amount tu. tapi terasa best jugak dapat duit banyak2 macam2 boleh buat. Aku dah lama
Plan nak tukar status kwsp tu tapi tak buat2. Kene fikir sehabis baik dulu sampai 21hb ni macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
saya termasuk golongan isinar ni la. tp perlu x keluarkan? pada sesiapa yg mempunyai keperluan yg mendesak, boleh la keluarkan. tp i rasa utk yg x brapa terdesak, x perlu la keluarkan sbb ni jaminan hari tua. sistem kwsp ni bagus. ada dua akaun dah siap2 pikirkan utk masandepan ni pendapat peribadi i la. cuma boleh x tahun depan kerajaan kena pikirkan cara utk kurngkan kos utk permulaan persekolahan utk anak2 ni. dari segi uniform skolah boleh longgarkan, x perlu beli baju kokurikulum , baju sukan, pakai je yg mana ada, dari kasut pun sama. yuran pibg dll yg x penting boleh waived dulu. kantin pun suh buat yg siap packed dgn harga rendah n terkawal, kurangkan penggunaan kertas utk memo, surat dll. guna digital shj. kertas tu lebihkan utk aktiviti pelajar. ibu bapa yg berkemampuan boleh bg sumbagan pada sekolah dan boleh buat pengecualian cukai utk bg mereka satu motivasi utk menyumbang. sama juga utk institusi yg lain. filing system tukar pada digital sume. takyah nk photostat2 sgt. makluman letak dlm group whatsapp juga. kene byk2 fikir nak tolak apa yg tak perlu. sop sume kene revise balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.082829 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list