View: 8382|Reply: 94
|
[Dunia]
Bayi dilahirkan dengan menggunakan embrio yang dibekukan sejak lebih 27 tahun la
[Copy link]
|
|
Nashville: Bayi berusia sebulan di Tennessee, Molly Everette Gibson mencipta sejarah selepas selamat dilahirkan dengan menggunakan embrio yang dibekukan sejak lebih 27 tahun lalu.
Portal Good Morning America (GMA) melaporkan Molly dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram (kg), hasil embrio dibekukan daripada penderma yang kemudian dipindahkan ke rahim ibunya pada 10 Februari lalu.
Bayi itu kini menjadi anak kepada suami isteri, Tina dan Benjamin Gibson.
Menurut kakitangan penyelidikan di Perpustakaan Perubatan Preston Universiti Tennessee, Amerika Syarikat (AS), embrio itu adalah yang paling lama dibekukan.
Justeru, kelahiran Molly memadam rekod terdahulu yang dipegang oleh kakak kepada bayi itu, Emma Wren Gibson yang dilahirkan dengan kaedah sama, pada 2017.
Embrio Emma dibekukan selama lebih 24 tahun bersama embrio adiknya yang menjadikan mereka sebenarnya 'adik-beradik genetik.'
"Ketika Tina dan Benjamin kembali untuk menjalani pemindahan embrio, saya gembira kerana masih ada embrio daripada penderma sama yang mendermakan embrio Emma.
"Ini jelas menunjukkan teknologi yang digunakan bertahun-tahun yang lalu dapat memelihara embrio itu untuk tempoh jangka panjang," kata Pengarah dan Ahli Embriologi Makmal Pusat Pendermaan Embrio Kebangsaan (NECD), Carol Sommerfelt. - Agensi |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Huru hara keturunan manusia. Pangkat anak menjadi ibu kepada bayi yg sebenarnya bertaraf ibu/makcik. Kalau embryo disimpan lebih 50 tahun........ pangkat cucu menjadi ibu kepada anak yg sebenarnya pangkat atok/nenek kepada siibu tadi. Woooh.... pening. Lineage manusia dah huru hara |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau satu hari nanti teknologi lg maju, bolih buat embryo dari DNA manusia.......contoh ambil DNA Genghis Khan dan dicantumkan dengan DNA Cleopatra.......dan dikandung ibu tumpang zaman kita sekarang........ ini lagi kalut. |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 3-12-2020 08:15 AM
Kalau satu hari nanti teknologi lg maju, bolih buat embryo dari DNA manusia.......contoh ambil DNA ...
Boleh dh buat proposal phd tajuk ni |
|
|
|
|
|
|
|
Silakan. Saya orang finance. |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 3-12-2020 08:10 AM
Huru hara keturunan manusia. Pangkat anak menjadi ibu kepada bayi yg sebenarnya bertaraf ibu/makcik ...
mksudnya dua2 bdk ini mmg adik beradik asal lah kan sbb embrio sama?
dan bukan ank dari benih suami isteri ni kan?
perempuan ini cuma jd ibu tumpang je kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by batu kikir at 3-12-2020 08:49 AM
b_n_c replied at 3-12-2020 08:44 AM
mksudnya dua2 bdk ini mmg adik beradik asal lah kan sbb embrio sama?
dan bukan ank dari benih s ...
Ya perempuan itu ibu tumpang. Tapi embro yg dikandung tu sebenarnya dah tua 20plus years something. Beza umur antara embryo dan ibutumpang cuma dua tahun je |
|
|
|
|
|
|
|
b_n_c replied at 3-12-2020 08:44 AM
mksudnya dua2 bdk ini mmg adik beradik asal lah kan sbb embrio sama?
dan bukan ank dari benih s ...
Kalau ikut artikel ye dah...dan kakak molly iaitu emma juga anak tumpang pasangan yg sama... |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 3-12-2020 08:47 AM
Ya perempuan itu ibu tumpang. Tapi embro yg dikandung tu sebenarnya dah tua 20plus years someth ...
ok...
tp kes camni kan, embrio dh tua, tp baru keluar jd budak dikira bdk tu tua ke tak?
tak.lah kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pulak rupa si kakak iras dgn ibubapa tumpang |
|
|
|
|
|
|
|
Kecelaruan keturunan dan genetik
Klau ada penyakit pelik2 nak cari siapa ahli keluarga sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
Bdk2 ni jadi lab rat la kan.
Teringat 'three identical strangers' kat netflix. |
|
|
|
|
|
|
|
Scary pulak baca...bila teknologi melebihi semua. |
|
|
|
|
|
|
|
thn 2020 ni penatlah para mufti bersidang. covid melanda kena buat keputusan larang dtg masjid, ubah formation makmum, larang budaya silaturrahim (bersalam & berkunjung), haruskan vaksin. baru nak rehat dah kena fikir pasal bayi yg diproses tak spt yg dinyatakan Quran |
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal..nanti ade plak embrio firaun la hitler untuk dilahirkan semula..yihhh takut lak bila mikior benda alah ni..yg tina tu dah xde embrio ke smpai nk amik org lain punya?sbab tu la Islam amat pentingkan nasab tapi kapior ni buat main2 lak sampai kecelaruan keturunan
|
|
|
|
|
|
|
|
ikut cara islam, tak akan huru hara keturunan manusia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikutkan molly (27thn) tu kakak kepada emma (24thn). Sekarang dah terbalik, emma kakak kepada molly. |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman replied at 3-12-2020 10:46 AM
ikut cara islam, tak akan huru hara keturunan manusia.
Tapi huru hara dari segi sains apabila anak luar nikah boleh dinikahi bapak kandung sendiri kerana bukan nasab. |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 perkembangan budak tu normal tak |
|
|
|
|
|
|
| |
|