CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6380|Reply: 64

[Politik] Update: MIC cakap MB Kedah ANGKUH dan cari publisiti MURAHAN, tak pernah ada MB

  [Copy link]
Post time 3-12-2020 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 3-12-2020 09:56 AM

MIC patut diharamkan jika hasut rakyat langgar undang-undang, kata MB Kedah
Predeep Nambiar -December 3, 2020 7:45 AM



ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, MIC patut diharamkan jika ia menghasut rakyat melanggar undang-undang, susulan perobohan sebuah kuil Hindu di sini dan ketegangan antara parti itu dan kerajaan negeri pimpinan PAS.

Kelmarin, Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah, yang dikatakan berusia lebih 50 tahun. Minggu lalu, seorang pemimpin MIC mengadu tiada peruntukan dari negeri itu untuk kuil Hindu dalam belanjawan tahun depan.

“Adakah MIC ditubuhkan sebagai parti politik untuk menghasut orang ramai melanggar undang-undang? Kalau ya, ia patut diharamkan di negara ini.

“Saya ingin memberi peringatan kepada pemimpin-pemimpin MIC di Kedah atau di mana pun, jangan celupar, jangan jadi hero berdasarkan populariti,” kata Sanusi dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, tempat ibadat, seperti kuil, hanya boleh dibina selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Katanya, jika masjid boleh dibina berdasarkan undang-undang dan keputusan teliti dibuat majlis agama Islam negeri, dengan mengambil kira jumlah penganut di sekitarnya, penganut agama lain juga perlu mematuhi undang-undang dalam pembinaan tempat ibadat mereka.

“Kenapa penganut agama lain, saya tak khususkan dekat siapa-siapa, dia boleh bina rumah ibadat di mana saja dia rasa nak bina? Kalau dibina di tanah lapang, dia melanggar undang-undang.

“Mereka (MIC) tidak boleh bertindak menjadi pemimpin untuk mencari populariti. Kalau orang yang hidup dalam politik berdasarkan populariti, ikut saja apa kehendak orang ramai, melanggar undang-undang atau tidak, orang itu sebenarnya tak patut jadi pemimpin.

“Pemimpin ialah orang yang boleh membimbing orang ramai,” kata Sanusi merujuk parti komponen Barisan Nasional itu.

“Saya ingin memberi nasihat kepada MIC bahawa kita terbabit dalam politik ini melalui sebuah parti. Parti kita ada perlembagaan dan ia diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Kalau ada aktiviti parti yang melanggar undang-undang yang mencetuskan ketidaktenteraman, parti itu tidak patut diluluskan dan patut diharamkan.”

Hubungan antara PAS dan MIC Kedah menjadi tegang baru-baru ini selepas Ketuanya di negeri itu, S Ananthan meminta BN “mengkaji semula” kerjasamanya dengan parti Islam itu.

Ia selepas Ananthan mendakwa tiada peruntukan untuk tempat ibadat bukan Islam dalam Belanjawan Kedah 2021 yang dibentangkan Sanusi baru-baru ini.

Malaysiakini dalam laporan minggu lalu memetik beliau yang mendakwa kerajaan negeri pimpinan PAS itu, antara lain, tidak memberi peruntukan kepada BN Kedah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2020 11:31 AM | Show all posts
[youtube]cAbiiqFjlkU[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 11:37 AM | Show all posts
Saksikan komentar netizen berbilang kaum mengecam MB Kedah...


Kandha Vally Sungguh mengecewakan rakyat bukan Islam tiada hak menyuarakan ketidakadilan peruntukan. Kami juga mengikut undang undang negeri Kedah membayar pelbagai cukai kerajaan negeri . Tidak adil hasutan Dari MB Kedah untuk haramkan MIC
Albert Beh How could as MB cepat marah MIC Kedah minta haramkan. Sebagai pimimpin negeri kena sabar bukan cepat marah. Patut kena jelaskan sebab sebab atas tindakan reboh kuil tersebut. Tak boleh tunjuk sombong atau keras hati.
Jkeshenan Jk Mencerminkan diri dan semua pemimpin politik yang MENGHASUT kebencian memecah belahkan RAKYAT MALAYSIA habis habisan tidak menghormati UNDANG UNDANG MALAYSIA yang tamak berkuasa dgn tidak perikemanusian menipu merompak kekayaan Negara khasnya kepunyaan Rakan Melayu sendiri yang masih menyokong pemimpin tersebut yang berdosa dan di MEMERHATIKAN oleh Tuhan yg Maha berkuasa
Muniandi Dorasamy This is a simple example how minority are surpresed by a majority ruling government. Where us our Abah who cares for all Malaysians.
Ranjit Singh Pas has no right to infringe in other faith ! Why demolish the temple when it's already been there for the past 50 years ?!
Pas need to remember that MIC being the sole largest indian base party , definitely it's people will rely on the party to solve whatever issues arises . If Pas cannot govern a progressive state like kedah, perhaps should vacate and allow UMNO to take over !
Pas Muafakat Tipu !
Albert Lim This kind of mentality is definitely not fit to be in the government!
Mohd Suhaimi Mohd Hashim Saya hairan kenapa jawapan MB berbentuk konfrontasi....Tak boleh ke beri jawapan secara lebih rasional tanpa mencetus kontroversi sehingga mencetuskan perasaan tidak harmoni. Nampak Tak...Tak pasal2 dah jadi polimik perkauman
Jason YF To the PAS, you think you never instigate the people or brainwash people mind to hate? To the MIC, what dignity you still have staying in a coalition that only they can talk and you need to follow. That is why in our political landscape there cant be a dominant party because once they get the status they will turn cocky and eye look down on you. The more party with equal share of parliament seats is the best formula for Malaysia
Shem Yuen Kheong .... and you call yourself a MP representing rakyat of your state? Shame on you.
Dan banyak lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 11:41 AM | Show all posts
La... la... la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 11:49 AM | Show all posts
betul dh tu.

ingat Pas penakut ke mcm umno?

jangankan mic......mca pun Pas boleh sound terus.

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 11:51 AM | Show all posts
betul la ape die cakap tu.  dah nama pun tanah kerajaan. masjid2 kalau nk bina atas tanah kerajaan pun diorg mintak kebenaran pjbt tanah. ni pakai main pacak lepas tu claim dah 100 thn hhmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2020 12:04 PM | Show all posts
batusembilan replied at 3-12-2020 11:49 AM
betul dh tu.

ingat Pas penakut ke mcm umno?

terbaik ini lah pemimpin yg kita mahukan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 12:05 PM | Show all posts
annehuda replied at 3-12-2020 11:51 AM
betul la ape die cakap tu.  dah nama pun tanah kerajaan. masjid2 kalau nk bina atas tanah kerajaan p ...

kat tanah melayu je berlaku
kat negara lain jgn harap


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2020 12:50 PM | Show all posts
MB Kedah cari gaduh dengan parti komponen BN...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 12:57 PM | Show all posts
[youtube]kZIU1xZCyno[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 12:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 01:46 PM | Show all posts
Kita tunggu maklumbalas MIC...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 01:53 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 3-12-2020 11:37 AM
Saksikan komentar netizen berbilang kaum mengecam MB Kedah...

berbilang kaum apa. ummah kafir mcm ayam.ph je yg komen
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 01:56 PM | Show all posts
dah sah tak ikut peraturan. selayaknyalah kena roboh. Berani check mana2 masjid mesti  ada kelulusan proper dan kebanyakan atas tanah wakaf. Geng rentung ni asyik nak buat atas tanah free. Woi keluar duit la, sama lu tuhan pun mau berkira ke
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 02:31 PM | Show all posts
Laa gaduh dah ke? Baru berapa bulan dah gaduh kahkahkah! Ke nak suruh bala yg mimpi jmpa nabi tu tenangkan lobai2 ni? Apa kata walauncai @dino ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 02:36 PM | Show all posts
kalo tade duit mau bina kuil......sana sembahyang dalam rumah la. lagi mau bina atas tanah haram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 02:37 PM | Show all posts
Alaa ni acah2 je berani, nnti kena sound dgan abahcow terus lah kecut telur. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 02:59 PM | Show all posts
Nanti kena marah dengan MIC, baru ketaq lutut...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 05:19 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 3-12-2020 12:50 PM
MB Kedah cari gaduh dengan parti komponen BN...

ingat Pas takut ke? ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 3-12-2020 01:46 PM
Kita tunggu maklumbalas MIC...

Kasi hasut lagi. Hasut lagi......
Nanti bukak tred banyak untuk menghasut tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.724353 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list