CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: I.am.PH

[Politik] Update: MIC cakap MB Kedah ANGKUH dan cari publisiti MURAHAN, tak pernah ada MB

  [Copy link]
 Author| Post time 3-12-2020 05:54 PM | Show all posts
Kuil roboh: Pemimpin MIC sifatkan MB Kedah ‘angkuh’, cari publisiti murahan
Adam Abu Bakar -December 3, 2020 5:28 PM



ALOR SETAR: Naib Presiden MIC, T Mohan, menyelar Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, sebagai angkuh dan mencari publisiti murahan, sekali gus memanaskan lagi isu perobohan sebuah kuil Hindu.

“Sekiranya kuil itu dibina di tempat haram, sebagai seorang ketua kerajaan di negeri, dia kena uruskan tempat sesuai. Itu baru pemimpin yang baik dan bijak,” kata Mohan kepada FMT.

“Macam ini, saya tengok, dia cuma mencari publisiti, cuba hendak menjadi hero dalam kalangan masyarakat Islam.

“Seolah-olah bila dia cakap macam itu, semua orang Islam akan sokong dia. Itu yang saya lihat. Saya tidak pernah tengok perangai MB macam ini,” kata beliau.

Semalam, Sanusi membidas pimpinan MIC Kedah kerana membantah perobohan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah, berusia lebih 50 tahun.

Beliau menyarankan MIC diharam jika ia menghasut rakyat dan memberi amaran kepada parti komponen Barisan Nasional itu “jangan celupar, jangan jadi hero berdasarkan populariti”.

Kritikan Sanusi yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu mengundang respon tegas daripada kepimpinan MIC pusat.

“Dia (Sanusi) kena belajar dengan Tok Guru Nik Aziz (Nik Mat). Di Kelantan, kuil dijaga oleh kerajaan PAS.

“Saya tidak pernah tengok MB (Kedah) seperti ini, Dia kata hendak haramkan MIC. Adakah dia menteri dalam negeri?” kata Mohan.

“Takkanlah disebabkan satu-satu isu yang berlaku, bila wakil MIC bersuara, dia (Sanusi) suruh haramkan. Dia siapa?” tambah beliau.

Mohan berkata Sanusi tidak patut keterlaluan dalam menangani kes-kes yang melibatkan rumah ibadat bukan Islam.

“Al-Quran juga mengatakan bahawa jika seseorang itu pemimpin, dia bukan sahaja pemimpin untuk agama Islam sahaja, tetapi kena jaga pelbagai agama lain. Itulah baru dinamakan pemimpin,” kata beliau.

“Ini, bila ditegur, (Sanusi) terus jadi macam ini. Pernah ke kita (MIC) persoalkan mengenai surau di mana-mana tempat? Ada juga yang dibuat di tempat haram, tempat yang tidak ada kelulusan, tetapi kita hormati. Ia tempat di mana orang sembahyang, disebabkan itu kita hormat,” kata beliau.

Mohan berkata dengan menyerang MIC, Sanusi hanya mendedahkan diri sebagai pemimpin “tidak matang”.

“Untuk menjadi MB, perlu ada kelayakan tertentu, tetapi dia ini memang tidak layak. Jika MIC tidak berjuang, siapa lagi yang hendak berjuang untuk masyarakat India?

“Dia ingat dia MB, sudah jadi besar. Sedangkan raja-raja di negara kita juga hormat agama lain,” tambah Mohan.

Sanusi sebelum ini berkata tempat ibadat, seperti kuil, hanya boleh dibina selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Katanya, jika masjid boleh dibina berdasarkan undang-undang dan keputusan teliti dibuat majlis agama Islam negeri, dengan mengambil kira jumlah penganut di sekitarnya, penganut agama lain juga perlu mematuhi undang-undang dalam pembinaan tempat ibadat mereka.

“Kenapa penganut agama lain, saya tak khususkan dekat siapa-siapa, dia boleh bina rumah ibadat di mana saja dia rasa nak bina? Kalau dibina di tanah lapang, dia melanggar undang-undang.

“Mereka (MIC) tidak boleh bertindak menjadi pemimpin untuk mencari populariti. Kalau orang yang hidup dalam politik berdasarkan populariti, ikut saja apa kehendak orang ramai, melanggar undang-undang atau tidak, orang itu sebenarnya tak patut jadi pemimpin,” ujar beliau pada sidang media semalam.

Hubungan antara PAS dan MIC Kedah menjadi tegang baru-baru ini selepas ketuanya di negeri itu, S Ananthan, meminta BN “mengkaji semula” kerjasamanya dengan parti Islam itu.

Ia selepas Ananthan mendakwa tiada peruntukan untuk tempat ibadat bukan Islam dalam Belanjawan Kedah 2021 yang dibentangkan Sanusi baru-baru ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2020 05:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 3-12-2020 11:51 AM
betul la ape die cakap tu.  dah nama pun tanah kerajaan. masjid2 kalau nk bina atas tanah kerajaan p ...

Tindakan MB Kedah ni btol....harap ini jadi titik tolak mengawal pembinaan rumah ibadat mana2 agama secara haram...

Tp mudah ke nk mohon kelulusan bina rumah ibadat selain masjid kat msia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 3-12-2020 12:57 PM


Mentang mentanglah umat islam dapat allocation berbillion belanja federal n jabatan agama islam.

Duit tax boleh tolak zakat yang bayar pada majlis agama islam sehingga 100%.

Setiap projek perumahan dan sebagainya wajib sediakan tanah wakaf etc utk aktiviti keislaman. Boleh lah sembang macam ni. Umat islam je bersistem kononnya.

Penganut agama lain caca marba. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Pas berjaya dlm PRU akan datang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Point dia betul, tapi penyampaiannya berbaur provokasi.
In a way, selayaknyalah dilahar sebegitu.
Tapi ambil Kira kedudukan dan jawatannya, tak sesuai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2020 07:15 PM | Show all posts
Roboh kuil: MIC kecewa tindakan MB Kedah
2020-12-03



TIMBALAN Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menyatakan kekecewaan terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung tindakan merobohkan kuil Hindu di negeri berkenaan.

Menerusi kenyataan, Menteri Sumber Manusia itu berkata, Sanusi telah memungkiri janji yang dibuat kepada beliau serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique pada Julai lalu.

“Semasa perbincangan pada 26 Julai lalu, Menteri Besar Kedah berjanji untuk memaklumkan kepada Datuk Halimah dan saya terlebih dahulu sekiranya ada kuil yang akan dirobohkan.

“Jaminan itu bukan sahaja untuk kuil Hindu tetapi untuk semua tempat beribadat di Kedah. Namun, saya terkejut apabila beliau memungkiri janji dan merobohkan kuil di negeri itu, baru-baru ini,” katanya menerusi kenyataan.

Saravanan berkata tindakan Sanusi itu dikhuatiri akan mengurangkan sokongan masyarakat India pada masa akan datang yang beranggapan mereka ditipu.

“Menteri Besar Kedah seharusnya menjelaskan mengapa kuil itu dirobohkan tiba-tiba tanpa perbincangan. Ini juga adalah penyalahgunaan kuasa.

“Saya menggesa Menteri Besar untuk menjelaskan pendiriannya mengenai kuil dan tempat ibadat di Kedah. MIC juga ingin meminta penjelasan PAS Pusat mengenai isu ini,” katanya. -Malaysiapost

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2020 07:15 PM | Show all posts
Habislah Sanusi...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Betula tu sanusi..jgn kena pijak dgn geng ni...semua tempat nak pacak...nak bina masjid pon mintak kebenaran pbt,majlis agama islam kerajaan negeri..kena cek berapa penduduk....jarak dgn masjid terdekat....ni ko pacak je kat tanah gomen..bila dah kena roboh mula la play victim
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 3-12-2020 07:15 PM
Habislah Sanusi...

Kenapa pulak? Kedah dah nak kaya tu ada jumpa mineral baru. Elok mic ikut aje mb kedah. Nanti kena tinggal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika cukup bukti, haramkan aje
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mb kedah dah bekepak sekarang. Kedah dah nak kaya jumpa mineral baru lagi mahal drpd emas bertriliyun katanya. Apahal nak layan tuntutan2 yg takda hala.  Itu penang punya pulau pun nanti kedah claim balik. Pampasan boleh bayar maa. Itu penang lrt pun kedah boleh kasi duit bikin takpayh loan..
Baik mic minoriti follow aje.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
MIC ni bekap india je

sama la dengan MCA ka DAP ka gerakan ka,
bekap cina je

tak macam UMNO, bekap semua orang tak kira bangsa
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by apam at 3-12-2020 08:52 PM
dizekni replied at 3-12-2020 08:18 PM
MIC ni bekap india je

sama la dengan MCA ka DAP ka gerakan ka,


Unfortunately, umno bekap semua kecuali melayu dan bumiputera sampai kaum lain kuat jadi monster tendang umno balik. Masa kalah mic/mca/gerakan buat apa kat umno?  Lepas umno kuat balik dgn MN...baru dorang nak kawan balik dgn umno kan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 3-12-2020 08:50 PM
Unfortunately, umno bekap semua kecuali melayu dan bumiputera sampai kaum lain kuat jadi monster ...

Tanpa undi 20 % melayu yang terpedaya dengan fitnah PH DAP

umno tak tumbang
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by apam at 3-12-2020 09:11 PM
dizekni replied at 3-12-2020 08:59 PM
Tanpa undi 20 % melayu yang terpedaya dengan fitnah PH DAP

umno tak tumbang


Kau jangan tengok 20% melayu yg tak sapot umno.
Pru2 dulu pun sama, ada ka 100% melayu sokong umno?
Yg 80% melayu/bumi sokong umno selama ni umno tak pedulik nak  jaga. Umno sebok nak jaga yg 100% non malay yg hari2 dok kutuk maki umno kan? Do the math  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 3-12-2020 09:10 PM
Kau jangan tengok 20% melayu yg tak sapot umno.
Pru2 dulu pun sama, ada ka 100% melayu sokong  ...


Sebab cina dengan india solid sokong PH DAP la

maka 20 peratus Melayu dah cukup bagi derang menang
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by apam at 3-12-2020 09:17 PM
dizekni replied at 3-12-2020 09:13 PM
Sebab cina dengan india solid sokong PH DAP la

maka 20 peratus Melayu dah cukup bagi derang m ...


Lantaklah cina/india nak sokong sapa pun. Yg 80% melayu(majoriti tu) dok sapot umno puloh tahun kenapa umno tak jaga betul2?persempadanan election pun umno ejas kasi dorang menang kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
apam replied at 3-12-2020 09:16 PM
Lantaklah cina/india nak sokong sapa pun. Yg 80% melayu(majoriti tu) dok sapot umno puloh tahun ke ...

Umno jaga, cuma undi Melayu berpecah
sebab PAS pun letak calon

Alhandulillah lepas zaman gelap 22 bulan,
baru la Melayu pas dengan umno insaf
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 3-12-2020 09:18 PM
Umno jaga, cuma undi Melayu berpecah
sebab PAS pun letak calon


Umno jaga melayu? Bukak mata luas2 tengok keliling. Adaka/wujudka mana2 negara dalam dunia ni kaum minoriti pegang hampir 100% ekonomi dan property? Sampai anak-anak melayu takda keja dan tak mampu beli rumah di tanahair sendiri? Itu baru satu aspek, fizikally boleh nampak. Belum benda lain lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071484 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list