CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7384|Reply: 58

Ada ke remaja purba minat K-pop? Award MAMA ahad ni tau!

[Copy link]
Post time 3-12-2020 09:07 PM | Show all posts |Read mode


Saja lah nak share story ni sebab kita pun minat k-pop ni wak, Sumber Harian Metro

     

MENJADI acara pengiktirafan paling dinanti di dunia, Mnet Asian Music Awards (MAMA) bakal kembali dilangsungkan secara maya pada Ahad ini. Tentu sekali, pencinta muzik K-Pop tidak mahu melepaskan peluang menonton artis-artis kegemaran mereka.
Yang pasti, ia masih dianjurkan secara meriah meskipun cuma artis terbabit sahaja akan hadir tanpa penonton. Menampilkan pengacara Song Joong Ki, kemunculan aktor itu juga pasti antara dinantikan.

Bagaimanapun, selain nama besar seperti BTS, GOT7, IZ*ONE, MAMAMOO, MONSTA X, NCT, SEVENTEEN, TOMORROW X TOGETHER, TREASURE dan TWICE tampil buat persembahan, ia bakal dihangatkan dengan beberapa artis meningkat naik.
Tidak dinafikan, MAMA sentiasa mencetuskan keterujaan ramai untuk menontonnya dengan senarai penghibur yang hebat. Mencantumkan kumpulan lelaki dan wanita serta pendatang baharu, itulah menjadi kelebihan acara ini setiap tahun.
Untuk tahun ini, OH MY GIRL antara pendatang baharu yang bakal beraksi. Kumpulan itu berjaya meledak menerusi lagu Nonstop yang begitu cemerlang dalam carta-carta muzik dengan konsep musim panas.
Bulan ini menjadi bulan paling sibuk buat THE BOYZ juga, apabila menyambut ulang tahun ketiga penubuhan mereka. Kumpulan itu bakal melancarkan lagu Krismas berjudul Christmassy di samping tampil pada acara itu nanti.
STRAY KIDS yang baru-baru ini mendapat pengiktirafan di 2020 Asia Artist Awards juga tidak ketinggalan menghiburkan penonton. Cukup menawan dengan corak muzik yang sangat kreatif, kumpulan itu menjadi antara paling dinantikan.
Kumpulan (G)I-DLE yang menjadi kumpulan wanita paling fenomena sekarang dijangka bakal meledakkan pentas dengan persembahan bertenaga mereka. Bukan sekadar penuh karisma, kemahiran menakluk pentas kumpulan itu sememangnya bukan calang-calang.
Demikian juga kumpulan ATEEZ bakal kembali beraksi sekali lagi di pentas berpestij itu. Selepas meninggalkan impak pada persembahan tahun lalu, penonton pastinya mahu melihat lagi aksi mereka yang mampu membuatkan ramai ternganga.
Tidak terkecuali kumpulan semakin mencipta nama, CRAVITY. Kian meraih perhatian peminat seluruh dunia, ini adalah kemunculan pertama mereka beraksi di acara anugerah. Rata-rata pengikut mereka sudah tidak sabar melihat aksi sulung kumpulan itu.
ENHPYEN pula memberi kejutan kepada peminat mereka, apabila bakal menyertai barisan penghibur di pentas MAMA tahun ini pada tarikh sama mereka diperkenalkan. Ditubuhkan daripada rancangan I-LAND, ini masa untuk mereka tonjolkan identiti serta corak muzik kepada dunia.
Bagi peminat di Malaysia, siaran langsung MAMA 2020 bakal ditayangkan menerusi platform muzik JOOX bermula jam 5 petang pada Ahad ini. Ini adalah tahun kelima berturut-turut ia ditayangkan di platform terbabit.
Penyiarannya pasti memberikan pengalaman berbeza kali ini kerana peningkatan penggunaan teknologi AI yang lebih canggih dan juga terdapat terjemahan sari kata secara serentak di JOOX dibawakan teknologi terbabit.
Ia bagi memastikan peminat tidak terlambat menonton babak serta persembahan paling penting artis K-Pop kegemaran mereka. Selain itu, penonton juga dapat menikmati anugerah berprestij itu tanpa halangan bahasa.
Tahun ini menyaksikan berlaku peningkatan memberangsangkan daripada jumlah undian peminat seluruh dunia dan melebihi undian sebelumnya untuk acara itu. Tempoh pengundian masih berlangsung sehingga 5 Disember ini.
Paling dinantikan, pastinya siapa bakal membawa pulang trofi keramat Artis Terbaik Tahun 2020 serta Anugerah Pilihan Peminat Seluruh Dunia. Begitu juga bagi kategori utama Lagu Terbaik dan Album Terbaik.

Ala-ala ABP la kan, artis tanpa peminat, tak sabarnya ahad ni







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya apa dah jadi muka jenny blackpink
Salah surgery ke shocking nengoknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 09:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai minat kpoop ni wayyy before k-wave..dtg k-wave ai slow down da..sbb start dog jual sl*t and unsur s*x dalam lagu,ai stop ikut..still suka 2ne1,bigbang tp lagu2 lama dorg jela..lgpn fevret kumpulan dah byk disband..ai wai boder jelaa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
EXO takde ke?
Klau EXO xde bolayan jela jawabnya coz da tau sape yg akn bawak pulang daesang award
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 3-12-2020 09:42 PM
Nak tanya apa dah jadi muka jenny blackpink
Salah surgery ke shocking nengoknya

Gambar yg mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2020 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 3-12-2020 09:42 PM
Nak tanya apa dah jadi muka jenny blackpink
Salah surgery ke shocking nengoknya

Cubalah tepek gambar yg mana uols.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka Spice Girls.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2020 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols terminat lagu dynamite.. lagu je. Tak hengen aku minat jantan muka pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2020 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka westlife
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
X best la tgk award x dak fans jerit2..tau dah sapa nk dpt daesang tu..yg kaut award paling byk pun tau dah sapa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok je layan BTS, blackpink, exo..
Anak minat, mama dia pun layan je sama.
Lagu BTS so far mmg best2.
Fake love, Black Swan, Dynamite..mic drop
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku minat nsync, spice girl, bsb, kru, exist
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
10 thn dulu jela lyn. K drama je msh layan tp tgk juga kdrama yg x boring.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 3-12-2020 09:42 PM
Nak tanya apa dah jadi muka jenny blackpink
Salah surgery ke shocking nengoknya

Ari tu tengok muka jenny bergambar dengan yuna  kat minggu fashion di usa ke mana ntah, hodoh je nengok. Muka kepam cam baru bangun tido tak mandi. Rupanya gambor2 kat media ni banyak filter edit bagi cantik putih gebu. Aduii tertipu den ingat betul2 putih gebu kpop2 ni rupanya lebih kurang cam cina malaysia saja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 3-12-2020 11:34 PM
Iols terminat lagu dynamite.. lagu je. Tak hengen aku minat jantan muka pompuan

Betul2, aku pelik la dgn peminta kpop yang fangirl ni. Tang mana hensemnya si jimin, jhope namjoon semua tu. Muka cam tepung gomak ja bak kata arwah p.ramlee.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 4-12-2020 12:24 AM
Ok je layan BTS, blackpink, exo..
Anak minat, mama dia pun layan je sama.
Lagu BTS so far mmg best ...

ntah la aku suka lagu dna je. Yg lain tu biasa je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
3480 replied at 4-12-2020 12:48 AM
Aku minat nsync, spice girl, bsb, kru, exist

Haahhaha betul2, aku minat pelbagai barat melayu kpop semua aku bedallll
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Aespa tak buat persembahan ke, baru lagi kan, nampak cam meletup ja
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
klu ikut lagu kpop yg selalu main secara sendiri dlm kepala kaka adalah lagu wonder girl ke nama group tu tp dah xde
"nobody nobody but me
nobody nobody but me"
lirik tu cam rewind dlm otak

sbb kaka remaja purba mmg kaka x follow apa lg nk minat dan anak2 yg BBNU pun x minat kpop ni, diaorg lg layan lagu BBNU Malaysia
Dan si anak bujang yg sweet 17 tu lg suka dgr lagu2 band Malaysia era 80an dan 90an
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.079398 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list