CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1256|Reply: 7

[Tempatan] Santan, hidangan spt mana dlm flight. Terima 385,000 order sepanjang PKPB

[Copy link]
Post time 4-12-2020 12:47 AM | Show all posts |Read mode
Santan catat pertumbuhan 80 peratus dalam tempoh PKPB
Bisnes HM 3 hrs ago


SANTAN jenama restoran pertama di dunia yang menawarkan hidangan dalam penerbangan di restoran, menyambut ulang tahun pertamanya dengan pencapaian membanggakan walaupun dilanda cabaran semasa.

Selepas menerima sijil pendaftaran francais rasmi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada bulan September, Santan telah menubuhkan lima cawangan francais baharu di Lembah Klang.

Cawangan itu tidak termasuk di Mid Valley dan Sunway Pyramid serta dua lagi cawangan yang akan dibuka sebelum akhir tahun 2020.

Santan juga telah menubuhkan tiga dapur satelit di Cheras, Shah Alam dan Seri Kembangan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Lembah Klang, terutama melalui perkhidmatan penghantaran.

Pengurus Besar Santan, Catherine Goh berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan pada November, Santan menyaksikan pertumbuhan perkhidmatan penghantarannya sehingga 80 peratus, berbanding 40 peratus ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac hingga Mei 2020.

"Santan juga telah menjual lebih 385,000 hidangan sepanjang tahun, termasuklah rangkaian sedia dimakan yang popular.

"Selain menyokong usahawan muda dengan menyediakan platform untuk memulakan karier mereka di dalam industri makanan dan minuman (F&B) melalui francais, Santan terus membantu komuniti setempat serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara melalui Kempen Beli Barangan Malaysia dengan pelancaran 'Santan Food' pada September - satu ruang khas bertempat di restorannya di Mid Valley Megamall untuk mempromosikan produk buatan Malaysia yang terbaik seperti makanan ringan, kopi serta teh buatan tempatan," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya yang berterusan, Santan turut menjenamakan semula T&Co kepada 'Santan Cafe' pada 26 Oktober.

Terletak di antara jambatan Mid Valley dan The Gardens, kafe ini menawarkan minuman yang popular di Malaysia dan Asean serta makanan ringan.

"Ini adalah tahun penuh cabaran tetapi membanggakan bagi kami semua di Santan. Kami telah berkembang dari satu restoran hingga kepada hampir sepuluh cawangan, menubuhkan dapur satelit dan memperkenalkan konsep baharu di samping terus menyokong komuniti setempat dengan mendapatkan bahan segar dan produk tempatan, serta menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai orang termasuklah bekas kakitangan sektor penerbangan.

"Kami juga terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui kerjasama berterusan dengan Food Aid Foundation," katanya.

Sempena ulang tahun pertama, Santan bekerjasama dengan jenama gaya hidup tempatan, Bingka untuk menghasilkan barangan cenderamata buatan tangan yang menampilkan tema 'Nasi Lemak Pak Nasser' yang ikonik.

Dihasilkan oleh komuniti tempatan termasuklah suri rumah, tukang jahit persendirian, dan pelajar, cenderamata eksklusif ini boleh didapati dalam talian di santan.com.my dan di semua tujuh cawangan restoran Santan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2020 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow.. Ni artikel tak kira iklan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 05:18 AM | Show all posts
Oh saya fikirkan melayu punya!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorokprovok at 4-12-2020 08:38 AM

Siapa kata nama Melayu tak standard? Ingatkan masakan Melayu tak dapat dikomersilkan kekdahnyerrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbakar rumah nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu -Karam Singh Walia-
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 09:55 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 4-12-2020 05:18 AM
Oh saya fikirkan melayu punya!

ejaan sebenar...

Sun Tan @ San Tan....


kot la...



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2020 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati2 akak ingat dolu, Nasi LMK Pak Nasser tu resepi Chep One.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah sedap food air asia....sapalah yg beli tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.073041 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list