View: 2255|Reply: 19
|
[Tempatan]
Terengganu semakin CASH, abam bomba sado meranduk banjir dengan tabah
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat pada pagi hari ini dengan 2,629 orang daripada 735 keluarga kini ditempatkan di 73 pusat pemindahan sementara (PPS).
Ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding yang dicatatkan pada 11 malam tadi dengan 1,817 orang daripada 503 keluarga ditempatkan di 49 PPS.
Sehingga 7 pagi hari ini, semua daerah menunjukkan pertambahan jumlah mangsa menerusi gelombang ketiga banjir yang bermula kelmarin.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, daerah Marang masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 748 orang daripada 197 keluarga dipindahkan ke sembilan PPS.
Menurutnya, ia menunjukkan pertambahan berbanding hanya 681 mangsa membabitkan 181 keluarga ditempatkan di tujuh PPS pada malam tadi.
"Jumlah mangsa banjir di Setiu juga meningkat apabila 523 orang daripada 140 keluarga dipindahkan ke 22 PPS.
"Di Besut pula, sebanyak 17 PPS dibuka bagi menempatkan 463 mangsa daripada 155 keluarga ketika ini.
"Seramai 284 mangsa daripada 79 keluarga turut dipindahkan di lima PPS di Kuala Terengganu, manakala 211 mangsa daripada 53 keluarga di Kuala Nerus ditempatkan di enam PPS," katanya.
Che Adam berkata, 10 PPS dibuka di Dungun bagi menempatkan 262 mangsa daripada 70 keluarga berbanding hanya tiga PPS membabitkan 60 mangsa daripada 19 keluarga pada malam tadi.
Katanya, seramai 122 mangsa daripada 38 keluarga pula ditempatkan di tiga PPS di Kemaman, manakala Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa terendah dengan satu PPS dibuka bagi menempatkan tiga keluarga membabitkan 16 mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 8:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
org tengah dilanda musibah...bukan patut doa..kot yer pun xtahan sgt mencabul..diam jer xblh..bukan sma benda boleh di cash kan |
|
|
|
|
|
|
|
CASH kot kata.. pehal ko cakap camtu..??? Septut nya ko doa yg baik2 lah .hishh hisss ..utk mana2 negeri yg dilanda musibah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 4-12-2020 09:40 AM
Mana sado????
sado la tu untuk mata acik mod |
|
|
|
|
|
|
|
iols masuk benang sebab word "sado" |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 4-12-2020 09:40 AM
Mana sado????
Ha'ah, baru nak tanya yg sama jugak.
Jangan la beri harapan pelesu kpd iols |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk sana memang setiap kali musim tengkujuh dah bersedia hadap banjir, kerajaan pun sama siap siaga. Cuma beza teruk ke tak je setiap tahun.
Tak macam Klang Valley ni, bila-bila masa tak kira musim atau cuaca semasa, tiba-tiba boleh hujan lebat hingga boleh banjir teruk jalan jammed etc.
|
|
|
|
|
|
|
|
misssakura replied at 4-12-2020 10:08 AM
sado la tu untuk mata acik mod
Lain macam taste acik mod ni |
|
|
|
|
|
|
|
antikorokprovok replied at 4-12-2020 10:24 AM
Ha'ah, baru nak tanya yg sama jugak.
Jangan la beri harapan pelesu kpd iols
Kalau sado macam ni pun ok. Karang nak pergi restoran sebelah balai bomba ni depan ni je la. Boleh look around. Depan sikit ada balai polis...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorokprovok at 4-12-2020 10:47 AM
Kurex replied at 4-12-2020 09:40 AM
Mana sado????
Kurex, yang ni kot kak mod maksudkan. Abam bomba yang tengah tu angkat mesin basuh mokcik
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sempena hari Jumaat yang mulia ni, bawak bawak ler ubah pangai tu.
Jangan asyik duk CASHkan orang yang ditimpa musibah ye kakamod yang dihormati |
|
|
|
|
|
|
|
Dah musim tengkujuh pastinya akan banjir tambah pulak ada air pasang besar mana tak tambah teruk jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
ocho replied at 4-12-2020 10:14 AM
iols masuk benang sebab word "sado"
Kannnn...iols rasa tertipooooo. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kelapaparut at 4-12-2020 11:50 AM
ape dose rakyat trganu kne cash..undi party pas ke |
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku gigih balik ganu hari ni
nak main banjir kata nyeeee |
|
|
|
|
|
|
|
setiap kali banjir, komen cerdik selalu ada
nak kata duk zaman 80an, dh tahun 2020 |
|
|
|
|
|
|
|
cik_sssara replied at 4-12-2020 10:32 AM
Penduduk sana memang setiap kali musim tengkujuh dah bersedia hadap banjir, kerajaan pun sama siap s ...
Tabah betul depa ya....
Dah tau tiap tahun banjir tetap kekal di situ... Huhuhu kagum la kalau yg tetap stay tu generasi 2 or 3 dan seterusnya... |
|
|
|
|
|
|
|
cik_sssara replied at 4-12-2020 09:32 AM
Penduduk sana memang setiap kali musim tengkujuh dah bersedia hadap banjir, kerajaan pun sama siap s ...
Tiap tahun benda sama. Tiap tahun memasing dan kerajaan negeri dan pusat berhabis duit sebab ni. Tak boleh ke cari jalan penyelesaian once and for all? |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 4-12-2020 09:37 AM
Kalau sado macam ni pun ok. Karang nak pergi restoran sebelah balai bomba ni depan ni je la. Bol ...
Alamakkkkkk camni sado? Lariiiikkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|