CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1078|Reply: 1

[Dunia] Singapura kecewa PBB keluarkan ganja dari senarai narkotik berbahaya

[Copy link]
Post time 5-12-2020 12:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-12-2020 08:28 AM

Singapura kecewa PBB keluarkan ganja dari senarai narkotik berbahaya

Disember 4, 2020 @ 11:32am

Gambar fail menunjukkan tanaman ganja. - Foto AFP



SINGAPURA: Republik ini menentang keputusan Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin untuk mengeluarkan ganja untuk kegunaan perubatan dari senarai dadah berbahaya.

Undian menyaksikan 27 daripada 53 negara anggota Suruhanjaya Dadah Narkotik (CND) mengundi untuk menyokong keputusan PBB itu.
Singapura yang hanya menandatangani bagi mengiktiraf konvensyen kawalan dadah antarabangsa, tidak dikira sebagai anggota CND dengan hak mengundi.

Wakil Tetap Singapura ke PBB, Umej Bhatia, berkata wujud kekurangan bukti kukuh bagi menyokong syor CND, terutama mengenai keselamatan dan keberkesanan ganja serta bahan membabitkannya untuk tujuan perubatan.

Namun syor berkenaan masih diterima dan diluluskan walaupun banyak dipertikaikan dalam kalangan negara anggota CND.
"Ini juga secara jelas bercanggah dengan dasar Singapura mengenai dadah berbahaya," katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Dalam Negeri (MHA), dalam satu kenyataan, berkata Singapura kecewa dengan keputusan itu, sambil menambah tiada bukti kukuh untuk menyokong cadangan berkenaan.

Ganja dijadualkan di bawah Jadual IV Konvensyen Tunggal 1961 bagi Dadah Narkotik bersama heroin.
Singapura bersama 28 negara ahli lain mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa penerimaan syor itu tidak boleh dilihat sebagai sokongan kepada penggunaan ganja atau membawa kepada kelonggaran kawalannya.

"Penerimaan syor ini akan menghantar isyarat salah bahawa CND mempunyai pendirian yang lemah terhadap ganja, sekali gus menimbulkan persepsi salah dalam kalangan orang awam.

"Golongan muda terutamanya mungkin bertanggapan dadah itu sudah tidak lagi berbahaya berbanding sebelumnya, walaupun wujud bukti kukuh bahawa ia masih berbahaya," katanya.

Justeru, MHA itu menekankan Singapura tetap dengan pendirian tegas tidak sama sekali akan bertolak ansur terhadap penyalahgunaan dadah.
"Singapura akan terus melaksanakan undang-undang ketat membanteras penyeludupan, pemilikan, penggunaan dan import atau eksport dadah terlarang termasuk ganja, demi melindungi kesihatan dan kebajikan rakyat kami.

"Pada masa sama, kita akan terus membenarkan akses terkawal secara selamat bagi kegunaan ganja untuk perubatan berteraskan rangka kerja ditetapkan bagi pembekalan, rawatan dan pengeluaran dadah secara terkawal di Singapura," katanya.

Syor untuk mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik berbahaya pertama kali dibuat oleh WHO pada 2019 tetapi tidak mendapat sokongan yang mencukupi. - AGENSI.











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2020 12:30 AM | Show all posts
PBB mengeluarkan ganja dari senarai bahan narkotik

Disember 4, 2020 @ 10:13am

Gambar fail menunjukkan daun ganja yang dipamerkan pada majlis pembukaan kinik ganja di Bangkok selepas Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan ganja untuk kegunaan perubatan. - Foto AFP



VIENNA: Negara anggota agensi Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk menggugurkan status ganja daripada senarai kawalan ketat dadah narkotik.
Langkah itu selaras dengan cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk melakukan kajian terhadap penggunaan ganja dalam sektor perubatan.

Persidangan tahunan Suruhanjaya Dadah Narkotik memperoleh undian 27 menyokong berbanding 25 menolak pengguguran ganja daripada Jadual IV, Konvensyen Tunggal Dadah Narkotik 1961 iaitu peraturan global yang mengawal kawalan dadah.

Undian itu adalah berdasarkan cadangan WHO pada 2019 yang menakrifkan ganja sepatutnya dikawal bagi mencegah sebarang risiko kesan dadah itu dan pada masa sama, tidak menghalang akses serta kajian berkaitan kegunaan perubatan.


Dadah lain dalam Jadual IV itu termasuk heroin, fentanyl dan bahan candu yang dikategorikan sebagai berbahaya serta boleh menyebabkan kematian.


Mengikut penemuan WHO, ganja tidak mempunyai risiko kematian kerana berupaya mengurangkan kesakitan dan sawan.
Kenyataan PBB mengenai persidangan itu bagaimanapun tidak memperincikan negara mana yang menyokong atau menolak usul itu termasuk alasan undian yang disifatkan sengit.

Kata PBB lagi, pihak yang mengambil bahagian akan menyelaras tindakan kawalan khusus yang diperlukan dengan mengambil kira sifat berbahaya daripada ubat yang disenaraikan dalam Jadual IV. - AGENSI











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.644256 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list