View: 1181|Reply: 6
|
[Tempatan]
Impak Covid-19. Lebih 109 hotel ditutup tahun ini
[Copy link]
|
|
109 hotel ditutup tahun ini dengan kerugian RM100 bilion
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONDecember 4, 2020 9:00 pm 0
Sebanyak 109 hotel dilaporkan ditutup tahun ini dan telah menghentikan operasinya susulan pandemik Covid-19.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac), menerusi jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar Varatharaju Naidu.
Dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Sivakumar telah bertanya tentang kesan krisis ekonomi Covid-19 terhadap sektor pelancongan, khususnya jumlah hotel yang terpaksa ditutup.
“Dari bulan Mac hingga Oktober 2020, 77 syarikat yang terdiri dari hotel dan hotel peranginan, motel, hotel pangsapuri, chalet, rumah rehat / rumah tumpangan, unit penginapan dan sarapan pagi, asrama, homestay, dan penginapan jangka pendek lainnya telah berhenti beroperasi.
“Sementara itu, 32 syarikat dihentikan secara sukarela atau melalui badan kehakiman,” kata Motac.
Kementerian juga menganggarkan kerugian dalam industri pelancongan bernilai RM100 bilion kerana kekurangan pelancong. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hotel apa yang tutup? akak lihat semua hotel elok segar sihat. Propah sahaja wartawan ini |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 5-12-2020 11:41 AM
Hotel apa yang tutup? akak lihat semua hotel elok segar sihat. Propah sahaja wartawan ini
Hotel cap ayam pung masih gah juga
Oyo pung elok je..
Now hotels kan banyak.buat servis kat luar..kebanyakannya food delivery |
|
|
|
|
|
|
|
aah kan.... hotel mana yang tutup...
cer listkan... |
|
|
|
|
|
|
|
byk juga yg tutup antaranya especially tempat tumpuan pelancong asing holiday inn, mercure, penang. berjaya, tioman. hotel kat jb 13 bakal tutup. tu yg iolls tau la sebab iolls ada pergi area situ tgk dah tutup
|
|
|
|
|
|
|
|
Dorg shut down senyap2..antaranya Sheraton ..kawan kaka chep kat hotel inform hal ni. Dorg pon now keje 2weeks cuti lg 2weeks..gaji pon kira half je dpt. Hmm |
|
|
|
|
|
|
|
rugi 100 billion ni sampai bangkrapkah. banyak tu.. kira satu hotel lebih dari satu billion harganya.. mahal bebenor hotelnya .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|