CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6553|Reply: 63

[Tempatan] Tiada lagi gangguan ketukan pintu misteri

[Copy link]
Post time 5-12-2020 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Tiada lagi gangguan ketukan pintu misteri
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 05 Disember 2020


SABAK BERNAM - Penduduk di Taman Air Manis di sini tidak lagi diganggu ketukan pintu tanpa salam sejak seminggu lalu.

Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, penduduk tidak lagi diselubungi misteri ketukan itu selepas pihaknya mengambil beberapa pendekatan kerohanian bagi mengurangkan kegelisahan dihadapi penduduk.

Menurutnya, antara pendekatan diambil termasuk menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin di surau taman terbabit.

"Kita juga menasihatkan semua penduduk beragama Islam di taman ini mengerjakan solat hajat dan bacaan Yasin di rumah masing-masing memandangkan tidak semua boleh datang ke surau disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Zulkifli berkata, selain aktiviti kerohanian, pihaknya terus meningkatkan pemantauan dan rondaan pada waktu malam hingga awal pagi di kawasan taman perumahan itu.

"Malah, kami amat berterima kasih kepada pihak polis yang menjalankan rondaan di taman perumahan ini selepas beberapa kejadian penduduk diganggu dengan bunyi ketukan misteri tanpa salam," katanya.

Katanya, sebanyak 11 kes gangguan bunyi ketukan pintu salam dilaporkan di taman itu sejak ia mula tular pada 18 November lalu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penduduk di beberapa kampung termasuk taman perumahan di daerah ini diselubungi misteri apabila mendakwa diganggu dengan bunyi pintu rumah mereka diketuk tanpa salam.

Gangguan misteri itu dipercayai mula mengganggu penduduk pada waktu malam hingga awal pagi membabitkan beberapa kampung antaranya Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah, Kampung Parit Baru, Tebuk Pulai dan Kampung Banting.

Beberapa taman perumahan turut diganggu antaranya Taman Air Manis, Taman Padu Permai, Kampung Nelayan dan Taman Yu.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2020 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantu pintu dah pindah Melaka pulak dah, lepas ni mesti lalu Johor dan Singapore
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 03:10 PM | Show all posts
dulu heboh dengan  peristiwa sejadah berdiri. 15 taon lepaih punya cerita kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi betulla sebab hantu eh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 5-12-2020 02:51 PM
Hantu pintu dah pindah Melaka pulak dah, lepas ni mesti lalu Johor dan Singapore

Moga beliau pi amerika lepas ni....haha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2020 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 5-12-2020 03:23 PM
Moga beliau pi amerika lepas ni....haha...

Hai mambang, kau main pintu ya mambang
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke sebab org belajar ilmu tak habis?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 5-12-2020 03:28 PM
Hai mambang, kau main pintu ya mambang

Moga hantu tu pi KL juga sebab orang KL x tidur sampai siang...ketuk pintu kelab mlm ke...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 03:39 PM | Show all posts
ni apa punya hantu takut dengan rukun tetangga
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 04:10 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 5-12-2020 03:31 PM
Betul ke sebab org belajar ilmu tak habis?

dia xbuat extend semester ke? buat sem 7?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 07:29 PM | Show all posts
noor2 replied at 5-12-2020 03:34 PM
Moga hantu tu pi KL juga sebab orang KL x tidur sampai siang...ketuk pintu kelab mlm ke...hehe

hantu xberani dgn org kota

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 5-12-2020 07:29 PM
hantu xberani dgn org kota

Tu yg pelik tu...beliau hanya ketuk pintu orang kampung...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 08:33 PM | Show all posts
Ada rumah yg pasang cctv kena ketuk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 5-12-2020 08:10 AM
dia xbuat extend semester ke? buat sem 7?

Tak sempat nk extend kot dah menemui sakaratul maut..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 5-12-2020 03:34 PM
Moga hantu tu pi KL juga sebab orang KL x tidur sampai siang...ketuk pintu kelab mlm ke...hehe

Hantu pintu tak kacau orang KL sebab orang KL bayar cukai pintu dan cukai petak
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-12-2020 08:33 PM
Ada rumah yg pasang cctv kena ketuk?

Sebab tu dia pi kt rumah org kg sebab Kebanyakan depan tkda cctv. Orang bandar banyak pasang cctv. Takut la hantu pun hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
domestobot replied at 5-12-2020 03:39 PM
ni apa punya hantu takut dengan rukun tetangga


Hantu memang pengecut sebenarnya cik Dome. Deols tak berani lawan ummah yang kuat semangat. Kena maki pun dah lari. Bebudak jantan di asrama sekolah akak pernah nampak pontianak semasa balik dari prep malam. Beramai-ramai deols kejar sambil humban dengan selipar segala. Mencicit cik pons lari terbang.

Tapi kalau bebudak pompuan beramai2 yang nampak, sah la lepas tu terjerit2 gedik kena histeria. Tu la beda pelajar aspuri dan aspura.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.329678 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list