CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1246|Reply: 5

[Dunia] Maradona dipuja oleh rakyat Argentina kerana berani kritik Pope John Paul II dan

[Copy link]
Post time 5-12-2020 03:42 PM | Show all posts |Read mode
"Kalau betul nak tolong orang miskin, juallah siling emas di Vatican tu!" - Maradona pernah kata pada Pope John Paul II
Jumaat, November 27, 2020 ,Trending

Antara sebab mengapa Diego Armando Maradona begitu dipuja oleh orang Argentina sehingga dianggap sebagai 'tuhan' adalah kerana karakter jujur yang tidak takut kepada sesiapa pun dalam meluahkan pandangannya terhadap sesuatu isu.

Menggelarkan dirinya 'suara kepada mereka yang tak punya suara' dan wakil kepada rakyat marhaen, Maradona sering bertegang urat dengan banyak pihak yang dilihat perlakuan tidak seiring kata-katanya, baik ahli politik mahu pun pemimpin agama.

Pernah satu ketika dahulu secara terus terang legenda bola sepak itu mengakui bahawa dia menjauhkan diri daripada institusi gereja Katolik selepas berang dan tidak gemar dengan Pope John Paul II.

Ketika melawat Kota Vatican pada tahun 2000, dilaporkan ketika itu bahawa Maradona kecewa dengan layanan yang diterimanya daripada pihak Pope. Malah, selepas melihat siling emas di dalam gereja-gerejanya, dia semakin bertambah meluat dengan insititusi tersebut.

"Saya pergi ke Vatican dan nampak siling emasnya. Kemudian saya dengar Pope berkata bahawa gereja sangat prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak miskin.

"Jadi? Juallah siling emas itu!", katanya memetik laporan The Independent pada 2005.

Pada 2014, Maradona menerima kecaman hebat apabila menggelarkan Pope John Paul II sebagai 'anak haram', menurut laporan media bola sepak Australia, The World Game. Dia tak peduli, kalau dia tak suka, dia cakap terus terang tanpa tapis.

Kemudian dia hadir dalam satu majlis perlawanan bola sepak amal pada 2016, kali ini sebagai tetamu undangan Pope Francis. Begitupun, bercakap kepada media ketika acara itu, Maradona mengulangi kebencian lamanya terhadap insititusi gereja.

"Saya pernah ke Vatican dan melihat bumbung-bumbung emasnya, dan saya berkata pada diri bagaimana seseorang boleh jadi sebegitu bangsat untuk hidup di bawah bumbung emas, kemudian pergi ke negara-negara miskin dan mencium anak-anak di sana dengan perutnya yang penuh? Saya berhenti percaya (kepada gereja)," katanya kepada akhbar El Pais.

Bagaimanapun selepas bertemu Pope Francis yang juga warga senegaranya, Maradona berkata kepercayaannya dikembalikan. (BACA JUGA: Pope Francis, paus peminat tegar bola sepak yang paling 'sempoi')

Kata-kata Maradona itu jika difikirkan ada asas dan kebenarannya. Ketika institusi agama memang mendapat sumbangan kolektif yang sangat banyak daripada para penganut, mengapa kebuluran dan ketinggalan pendidikan masih wujud di dunia ini? Kenapa berjubah mahal, berkereta besar, bermahkota emas ketika masih ada orang yang tidak cukup makan dan minum?

Maradona tidak cakap kosong, dia sendiri merupakan seorang yang sangat bermurah hati. Sering dilihat menyertai acara-acara amal dan selalu memberi sumbangan kepada mereka yang menyertai rombongannya. Kerana dia sendiri datang dari keluarga dan kelompok masyarakat yang miskin dan ketinggalan.

Walaupun kehidupan peribadinya penuh onak bergelut dengan masalah ketagihan kokain, sedarlah bahawa kita pun tak sesuci mana. Sudah namanya manusia, pasti membuat silap. Persoalannya bagaimana kita melihat dan menghargai sisi baik segala sesuatu di dunia ini dan menjadikannya pedoman dalam kita menggunakan bakat, kuasa, kesihatan dan kekayaan dikurnia tuhan untuk berkhidmat di jalan kebenaran.

Pemain bola sepak yang dianggap sebagai yang terbaik sepanjang zaman itu meninggal dunia pada 25 November 2020 di usia 60 tahun kerana serangan jantung, dan pemergiannya diratapi oleh seluruh Argentina dan kota yang pernah disinari kehadirannya seperti Barcelona dan Napoli.

Argentina mengumumkan berkabung selama tiga hari bagi menghormati dan memperingati pemergian wira negara itu.

(BACA JUGA: Apa jadi bila 'Tuhan' mati?)

*Sumber: Insider

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ehhh dah mati ya maradona ni...aku baru tau..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 03:35 PM | Show all posts
aku baca tajuk tadi nampa Madonna...hmm..hairan juga kenapa Madonna dipuja warga Argentina..lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 03:38 PM | Show all posts
kalau di malaysia, maradonna akan dikecam kerana mepersoalkan authority keagamaan...


walopn logik tp tetap dikecam,


orang akan ckp dia berdosa kerana melawan alim ualama
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 03:48 PM | Show all posts
Edited by pasa at 7-12-2020 03:50 PM
salimrock replied at 7-12-2020 03:38 PM
kalau di malaysia, maradonna akan dikecam kerana mepersoalkan authority keagamaan...

maradona: kenapa tak jual silling emas tu buat bagi orang miskin makan?

pope: bla bla bla bla pot pet nyet nyet nyet...

maradona : anak haram


pope: 'blur'






Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2020 04:51 PM | Show all posts
Sinead O'Connor yg dah bosan dgn isu child sexual abuse oleh pihak gereja, pernah koyakkan gambar Pope John Paul dlm rancangan SNL sambil berkata, "Fight the real enemy." Bole tahan jugak la kontroversi tu era 90an dulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.064347 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list