CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3673|Reply: 20

Tukar Hidangan Nasi Dengan Mi Kari

[Copy link]
Post time 12-12-2020 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 12-12-2020 05:14 PM



Berikan sedikit kelainan dalam menu harian hari ini. Selain nasi, apa kata mi kari tengahari ini.

Masakan mi sememangnya sinonim dalam hidangan di negara Asia selepas makanan ruji iaitu nasi. Bukan sahaja merupakan sumber karbohidrat yang bagus, malah mi juga amat mudah untuk disediakan.

Anda hanya perlu membeli mi di pasar, cuci dan celur. Sesuai sekali bagi mereka yang ingin menjimatkan masa di dapur.

Walau bagaimanapun, mi kuning kadang-kala mempunyai rasa kapur yang tidak menyelerakan. Perkara ini terjadi akibat dari cara masakan mi tersebut. Untuk mengelakkan dari perkara ini berlaku kepada anda, didihkan mi kuning sehingga timbul buih-buih dan permukaan air menjadi putih.

Langkah ini akan memastikan rasa kapur hilang dari mi. Seterusnya, rendamkan mi ke dalam air sejuk dan campurkan dengan ais untuk menghentikan proses masakan.

Mi kuning juga sedap dibuat mi kari. Jom, kita lihat resepi mi kari yang mudah dan sedap.

Bahan-bahan:

100g udang bersaiz sederhana
100g sotong bersaiz sederhana
Ayam, bahagian tulang (leher, kepak, kaki)
2-3 biji kentang, dipotong dadu
1 paket tauhu pok, dipotong dua
2 biji tomato, dipotong dadu
1 kotak kecik santan
3 sudu besar rempah kari daging
Air secukupnya
Garam dan gula, secukup rasa

Kuah:

1 paket mee kuning, dicuci, dicelur dan ditoskan
1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih
½ inci halia, dihiris halus
Bahan hiasan

Segenggam sawi, dicuci, dipotong dan dicelur
Segenggam taugeh, dicuci dan dicelur
2 biji telur rebus
1 tangkai daun sup, dihiris
1 tangkai daun bawang, dihiris
1 cili merah atau hijau, dihiris
Bawang goreng
2 biji limau kasturi, dibelah dua
Cara memasak:

Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.

Kemudian masukkan rempah kari dan masak sehingga terbit minyak. Masak pada api kecil dan kacau dengan berterusan.

Tambahkan air, kacau dan biarkan mendidih.

Masukkan kentang dan bahagian tulang ayam. Biarkan masak sehingga empuk.

Kemudian, masukkan udang dan sotong dan juga tauhu pok. Biarkan mendidih.

Seterusnya, tambahkan santan dan kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih pada api kecil sambil menggaul sekali sekali.

Akhir sekali, masukkan tomato dan tambahkan gula dan garam secukup rasa.

Biarkan mendidih untuk 2 minit dan tutup api.

Hidangkan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2020 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
inilah rupa mi kari semalam yg ku bagi kt auntie india dan family dia. somi anak dia omputeh..diorg lepak kt belakang tents kitorg..bwk dapo arang panaskan kuah mi kari bau tu smpi kt diorg..dia tnyalah masak apa. aku ckp mi kari but cremier cos i put more santan. bila dh masak aku bgi kt diorg semangkuk penuh dgn garnishing and chili pes.

tak lama lepas tu..husband omputeh tu dtg ckp kt aku waww..your kari mi really nice u cook like a professional chef.hahaha..ooo really? thank you..so glad you enjoy my mi kari. semua org kt situ terkaku melihat. kan ramai org keliling nape aku bgi kt femily tu je..dh diorg yg tegur dan ramah ngan aku. well my mikari yg buat lagi sedap adelah chili pes dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 12-12-2020 06:40 PM
inilah rupa mi kari semalam yg ku bagi kt auntie india dan family dia. somi anak dia omputeh..diorg  ...

Jadi.bila nak.open order kak
Kasi.pm kita kak...hahaha..
Iols suka.mi.kari.tapimtak.reti.nak.buat
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2020 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai malas nak buat mi kari...malas nak buat sbb byk rempah n bahan2 nak kena sedia..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2020 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 12-12-2020 07:01 PM
Jadi.bila nak.open order kak
Kasi.pm kita kak...hahaha..
Iols suka.mi.kari.tapimtak.reti.nak.bua ...

takla..mana nk buat open order nya sharnazz oii. mikari kan kena buat fresh dan takle lama2. muga ada kesempatan
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2020 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols selama ni order dr kedai je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 12-12-2020 07:12 PM
takla..mana nk buat open order nya sharnazz oii. mikari kan kena buat fresh dan takle lama2. muga  ...

Huhu...
Iols pernah buat curry laksa
Tapi guna paste siap.je
Hahahaha...
Benda.yang.cam ni iols.tak.reti nak rasa bila.masak
Tapi.masakan.orangmlain.iols.tau plakmrasa
Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 12-12-2020 06:40 PM
inilah rupa mi kari semalam yg ku bagi kt auntie india dan family dia. somi anak dia omputeh..diorg  ...

Korg gi lepak mana siap ber tent ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 12-12-2020 07:36 PM
Huhu...
Iols pernah buat curry laksa
Tapi guna paste siap.je

faham2..hahaha

kalau selalu buat senangje..campak2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2020 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 12-12-2020 07:01 PM
Jadi.bila nak.open order kak
Kasi.pm kita kak...hahaha..
Iols suka.mi.kari.tapimtak.reti.nak.bua ...

Senang jelaaa... Try buat tgk YT... Bahan nmpk byk tp just celur2 je.. Dh pndi masak kari confirm blh masak mee kari... Chaiyokkk dik
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 12-12-2020 08:06 PM
Korg gi lepak mana siap ber tent ni?

kt tepi laut tak jauh dari bagan lalang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 12-12-2020 08:22 PM
Senang jelaaa... Try buat tgk YT... Bahan nmpk byk tp just celur2 je.. Dh pndi masak kari confirm  ...

Ye ke..
Iols tau.masak.kari
Tapi mi kari.yang.sedap ni iols tak dapat tune rasa dia lagi..
Huwaaa...
Lusa iols nak try.lagi..hihii
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 11:19 AM | Show all posts
rospinki replied at 12-12-2020 06:40 PM
inilah rupa mi kari semalam yg ku bagi kt auntie india dan family dia. somi anak dia omputeh..diorg  ...

bagi la resepi chilli paste tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 11:19 AM | Show all posts
rospinki replied at 12-12-2020 08:24 PM
kt tepi laut tak jauh dari bagan lalang.

amboi kak mentang dh tamat pkpb siap bertent bagai hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-12-2020 10:50 AM
Ye ke..
Iols tau.masak.kari
Tapi mi kari.yang.sedap ni iols tak dapat tune rasa dia lagi..

Haaa.. Kira dh blh dah tu.. Try tgk kat yati kitchen cmne dia bt resipi kari.. Tune kat situ je.. Lain2 dh blh dah tu insya Allah.. Kaka klu masak kari ayam/daging byk..then switch lebihan kuah etc utk top up dgn bahan lain.. Buat bihun kari plak(rumah kaka xmakan mee)Pastu beli bwg goreng tabur dgn daun bawang buat rangup heheh

Good luck dik nazz..nnt dh jadi tepek sini tawww
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2020 11:03 PM | Show all posts
Very good health...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2020 02:17 PM | Show all posts
helicornia replied at 13-12-2020 11:19 AM
amboi kak mentang dh tamat pkpb siap bertent bagai hehe

alah takat dekat dekat okla..bukan kita beramas mesra dgn public.

ni respi pes
cili kisar 1 sendok
bawang putih cincang halus dalma 10 ulas
cili padi ikut suka potong kecil
shrimp paste 1 - 2" (yg ni kena bhsa hinglish)
air asam jawa - 1/2 cwn
garam gula
minyak secukupnya

masukkan smua kedlm piyok kecuali air asam/gula dan garam, api pelan, biarkan sesekali kacau. bila dh nmpk pecah minyak dan kering masuk air asam gula garam kacau dlm 1-2 min. siap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 04:36 PM | Show all posts
rospinki replied at 14-12-2020 02:17 PM
alah takat dekat dekat okla..bukan kita beramas mesra dgn public.

ni respi pes

toceh toceh nti iols try
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 14-12-2020 02:17 PM
alah takat dekat dekat okla..bukan kita beramas mesra dgn public.

ni respi pes

Sistaaa... Shrimp paste tu as in belachan kampung ke mcm otak udang tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya mi kari.. nk try buat resepi ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.115529 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list