CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misery2

Aku Isteri Kedua Yang Tidak Mendapat Giliran & Telah Diceraikan

  [Copy link]
 Author| Post time 17-12-2020 02:48 PM | Show all posts
Normabaru replied at 17-12-2020 01:51 PM
Ye..
Sebab tu setiap perceraian perlu disahkan talaq dan jangan disembunyikan hatta atas apa jug ...

ya kak normabaharu,

bekas suami beritahu dia akan uruskan semua termasuk urusan daftar perceraian supaya tak ada khilaf lagi. inshaAllah pasti Allah permudahkan jalan saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 17-12-2020 02:12 PM
Alasannya ape? Just because husbnd kawen 2 secara senyap?  Kalau husbnd tu Datuk Sri, masih nak ce ...

Na mungkin sis! Na mungkin!!!
Husband Dato Sri
Saya Tan Sri

Sudah tentu tiada hak yg nak dituntut sis
Sbb semua harta Ahmad Alban yg punya hahah
Nak tuntut apa
Beli harta terus letak nama kita
Kata suami yg sayang bini
Heheh gurau sis

Ikut org jugak
Ada yg bertahan sbb harta dan nama
Ada yg sebaliknya
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 02:48 PM
ya kak normabaharu,

bekas suami beritahu dia akan uruskan semua termasuk urusan daftar percerai ...

Alhamdulillah.. Moga semua dipmudahkn utk tt dan ank..

Nway tt kalau nk leftenan ank 2 @ doktor ank 4 roger la. Kaka ade dua kawan duda pertghn 30an yang tgh cari jodoh..muka dedua blh kata good looking,non smoking,responsible and dedua lelaki berkualiti + pakej lengkap insya Allah Take care!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Leonclay at 17-12-2020 03:42 PM
kuihbakar replied at 17-12-2020 06:42 AM
Kan Leon. Kakburn ni kalau suami buat hal macam tu memang naik hantu tak tau hantu rupa apa dah. T ...


Dari segi kewangan, mmg suami tt dh byk membantu.. tp dari segi perhubungan..suami tt x ikhlas utk umumkan.. suami just guna pengaruh kekayaan utk tutup kesalahan utama..menzalimi perasaan kedua2 isteri..

Ya kak burn, mahkamah ni klu ada kata sepakat, cepat je settle..tp klu  ada pihak yg buat hal..panjang la kes..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 02:55 PM | Show all posts
Normabaru replied at 17-12-2020 12:31 PM
For all of us here..
Semoga dapat beri manfaat dan jadi peringatan buat diri kita

Terima kasih perkongsian ber manfaat.

TT boleh ambil pandangan2 yang baik dari @Normabaru..banyak pandangan yang saya rasa sangat bermanfaat.


Selepas cerai juga punyai hak yang boleh di tuntut.
Tapi jika di katakan telah redha..jangan di sebut2 lagi.
Berkahwin sbg isteri ke dua dan telah di ceraikan ianya adalah satu ketentuan.
Jangan terus untuk bagi semua memahami keadaan yang berlaku..ianya akan menjadikan kamu penat dan lagi sakit.
Untuk berkata benar juga adalah sakit sebenarnya..dan untuk menerima kebenaran pun turut juga terasa sakitnya.
Perbanyakkan Zikrullah.
Musibah yang berlaku sebagai manusia kita biasa terdorong di awal untuk mencari makhluk untuk menenangkan hati.
Tapi hakikat nya akan kita temui sebaik2 mendengar dan memberikan ketenangan adalah Allah swt.
Wallahualam.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 02:56 PM | Show all posts
Normabaru replied at 17-12-2020 02:33 PM
Itula.. Tgk penulisan baik.. Gaya percakapan pon teratur.. Rasa2 orang dia jenis bagaimana di luar ...

saya adalah penuntut aliran sastera dan saya amat menjaga ejaan bahasa Melayu dan menjaga tuturkata memandangkan status dan tuntutan lingkungan persekitaran kehidupan saya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan gaduh2 korang, tenang2 aja ya... TT I dah pm minta betulkan tajuk guna huruf kecil, harap maklum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 02:59 PM | Show all posts
Normabaru replied at 17-12-2020 02:53 PM
Alhamdulillah.. Moga semua dipmudahkn utk tt dan ank..

Nway tt kalau nk leftenan ank 2 @ dokto ...

sempat ya akak.. inshaAllah semoga mereka dipertemukan dgn wanita yang baik-baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 17-12-2020 02:33 PM
Itula.. Tgk penulisan baik.. Gaya percakapan pon teratur.. Rasa2 orang dia jenis bagaimana di luar ...

Rasa tt ni jenis sorang2
Hmmm x bergaul sgt mungkin

Ya lah kita manusia ni
Jauh sgt dr perfect
Pilihan kecik2 pun selalu silap
Apatah lagi yg besar2
Cam biasa selagi x belajar akan ulang kesilapan yg sama

Ada org boleh belajar drpd kesilapan org lain
Ada org yg kena buat silap sendiri baru belajar
Ada pulak berkalikali buat silap yg sama x belajar2 jugak

Yg penting dah pilih kena hadap
Dah hadap teruskan kehidupan
Langgar ja yg melintang lalu membujur patah (mcm salah ja peribahasa ni)
Sebab dah pilih
Tapi
Kalau dah tak boleh teruskan
Boleh ja patah balik start all over again
Sbb masih hidup kan
Kalau mati lain citer heheh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 02:59 PM
sempat ya akak.. inshaAllah semoga mereka dipertemukan dgn wanita yang baik-baik.

Of course

Perempuan baik utk lelaki yg baik.. Yg ni mmg dah benar2 solo dan bercerai pun bkn their fault. Cuma jodoh mereka ja dh habis.

Nanti kalau minat pm kaka ye? Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
anakmak replied at 17-12-2020 03:05 PM
Rasa tt ni jenis sorang2
Hmmm x bergaul sgt mungkin


Jauh benar ko melalut ni dik..

Kita sedang bincang isu penulisan kan.. So bahasa indah.. Insya Allah orgnya pon indah juga.. Jika tidak masakan habis iddah terus kena sambar bukan?

Kaka pernah ada 3orang kwn yang tenang mcm tt.. 2 lelaki seorang perempuan.. Sangat lah menyenangkn bila berborak bersama.. And kaka dpt rasa tt pon org baik juga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 03:16 PM | Show all posts
Leonclay replied at 17-12-2020 02:54 PM
Dari segi kewangan, mmg suami tt dh byk membantu.. tp dari segi perhubungan..suami tt x ikhlas utk ...

ya benar apa yang awak cakap. bekas suami tidak ada daya dan kemampuan untuk memberi hak saya dan bersikap adil.

dan ya, inshaAllah saya percaya bekas suami tidak akan biarkan saya hidup melarat walaupun dia tak ada lagi dalam ikatan dengan saya. mungkin saya terlalu husnuzon dengan bekas suami. tetapi itulah saya. saya hanya nak berfikir yang baik-baik dan bertawakal yang tidak baik pada Allah.

berkat hidup susah 5 tahun ni, harian saya lebih banyak mengadu dan bersama Dia dan anak berbanding bersama bekas suami atau manusia lain. inshaAllah kekuatan ini dari Dia. kesedihan yang teramat dalam dan air mata ini sesungguhnya Allah ciptakan untuk kita sebagai manusia yang lemah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 03:17 PM | Show all posts
Normabaru replied at 17-12-2020 03:14 PM
Jauh benar ko melalut ni dik..

Kita sedang bincang isu penulisan kan.. So bahasa indah.. Insya ...

amin. terima kasih kaka. moga saya sentiasa dalam peliharaan Allah dan tidak lupa diri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnasda53 replied at 17-12-2020 02:55 PM
Terima kasih perkongsian ber manfaat.

TT boleh ambil pandangan2 yang baik dari @Normab ...

Sama2 appreciate the compliment!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 03:22 PM | Show all posts
TT it has been said and done. you kena move on dengan life.. lepas ni harap nya you learn from this..
tak ada salah nya title janda dari berkahwin lepas tu jadi macam ni..
tapi ni semua pengalaman hidup untuk jadikan you wiser.
Take care ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 03:41 PM | Show all posts
Bingkisan buat bekas suami,

terima kasih abang memberikan yang terbaik untuk saya. abang tak pernah ada tapi sentiasa ada. abang tak pernah bermalam tapi sentiasa mengisi malam-malam saya. abang tak pernah membelai tetapi abang memanjakan saya dengan penuh kasih sayang. abang amat berkemampuan tapi abang tak berdaya. abang sayangkan dan cintakan saya tapi abang merenggut segala-galanya.

terima kasih sayangkan anak saya bagai anak sendiri. terima kasih memberi yang terbaik untuknya. terima kasih mengutip dan menggilap kami ketika kami ketandusan. terima kasih menjadi sumber kekuatan dan tempat kami menumpang kasih dan berteduh. saya pasrah dan redha atas ketentuan Allah untuk kita.

demi Allah saya sayangkan abang dan tidak ada setitik kuman berprasangka buruk dan bencikan abang. hanya, terkilan dan kecewa dengan kedayusan abang. semoga abang, akak dan anak-anak dipelihara Allah.

saya tidak mahu mendoakan yang tidak baik kerana apa yang saya lalui amat sakit untuk dilalui insan lain termasuk anak-anak abang. biarlah apa yang berlaku berhenti di sini.

ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, peliharalah hatiku dan anakku, jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mendapat rahmatMu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2020 03:53 PM | Show all posts
maaf terpaksa membingkiskan di sini. saya tidak mungkin menghubungi dia. di sini sahaja ruang yang ada untuk saya meluah rasa yang binasa ini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 03:41 PM
Bingkisan buat bekas suami,

terima kasih abang memberikan yang terbaik untuk saya. abang tak pern ...


Bingkisan untok somi ko zugak:

Encik/Dato/Tan Sri,

For the last time usah la get entangled for nothing sampai bini tua mengamok, anak2 sakit jiwe juz becoz today this woman sent U the link to this topik which she herself cre8ed in order to get your attention.  

Enough is enough.  I would suggest that U show this topik to your loving 1st wife.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 01:48 AM
Di fikiran lelaki termasuk suami org, janda tu perempuan gersang. Maka mereka dtg pd janda dgn har ...

In the first place camne jantan kat luar Sana tau perempuan Tu janda? Ada tanda kat dahi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 02:56 PM
saya adalah penuntut aliran sastera dan saya amat menjaga ejaan bahasa Melayu dan menjaga tuturkat ...

Tt boleh mula menulis..tulis cerpen, novel atau blog..atau ebook.. atau menulis di fb.. menulis pun blh kurangkan kesedihan tt juga..
Gunakan bakat tt ni utk alihkn tumpuan kesedihan tt..dlm masa yg sama dpt jana income.. x perlu utk tt keluar rumah bekerja jika tt rasa byk dugaan & godaan yg menanti..duduk di rumah pun blh jana income..
Moga hati tt bertmbh tenang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.086678 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list