CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misery2

Aku Isteri Kedua Yang Tidak Mendapat Giliran & Telah Diceraikan

  [Copy link]
Post time 17-12-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 03:41 PM
Bingkisan buat bekas suami,

terima kasih abang memberikan yang terbaik untuk saya. abang tak pern ...


Bingkisan untok somi ko zugak:

Encik/Dato/Tan Sri,

For the last time usah la get entangled for nothing sampai bini tua mengamok, anak2 sakit jiwe juz becoz today this woman sent U the link to this topik which she herself cre8ed in order to get your attention.  

Enough is enough.  I would suggest that U show this topik to your loving 1st wife.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 01:48 AM
Di fikiran lelaki termasuk suami org, janda tu perempuan gersang. Maka mereka dtg pd janda dgn har ...

In the first place camne jantan kat luar Sana tau perempuan Tu janda? Ada tanda kat dahi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 02:56 PM
saya adalah penuntut aliran sastera dan saya amat menjaga ejaan bahasa Melayu dan menjaga tuturkat ...

Tt boleh mula menulis..tulis cerpen, novel atau blog..atau ebook.. atau menulis di fb.. menulis pun blh kurangkan kesedihan tt juga..
Gunakan bakat tt ni utk alihkn tumpuan kesedihan tt..dlm masa yg sama dpt jana income.. x perlu utk tt keluar rumah bekerja jika tt rasa byk dugaan & godaan yg menanti..duduk di rumah pun blh jana income..
Moga hati tt bertmbh tenang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat kan tt copy paste dari confession iium.. sebab proper betul penulisan. Thumbs up tt for the write up kisah hidup tt.

Anyway, i ada kenalan yg mengamuk hampir tunggang terbalik rumah sbb hasben ada affair dgn perempuan lain, tak jadi lah suaminya kahwin satu lagi. Di takdirkan selepas beberapa tahun kemudian suami meninggal. Tak sampai setahun selepas tu kenalan i ni berkahwin dgn suami org sebagai isteri ke-2 Itu lah kehidupan agaknya.

Utk tt, semoga dipermudahkan urusan dan dpt kebahagiaan yg dicari.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
anakmak replied at 17-12-2020 03:05 PM
Rasa tt ni jenis sorang2
Hmmm x bergaul sgt mungkin


Membujur lalu melintang patah..

Iols betulkn..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 03:16 PM
ya benar apa yang awak cakap. bekas suami tidak ada daya dan kemampuan untuk memberi hak saya dan  ...

Moga slps ribut taufan ni, hadirnya sinar beserta pelangi buat tt..

Iols bukan org sastera..tp nk berpuitis juga..hihihi..tp iols hati tisu..+ hati batu juga ikut situasi..

Tt kena kuatkn hati, andai ape yg exhusband kata & dikota, alhamdulillah..tp andai x, tt kena kuat utk hadapi semua tu dgn anak..kena kentalkn hati
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2020 04:13 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-12-2020 03:54 PM
Bingkisan untok somi ko zugak:

Encik/Dato/Tan Sri,

awak ni kelakarlah. tak apa. mungkin awak pun ada masalah awak yang tersendiri. awak tak perlu mencemuh bekas suami saya kerana beliau sayangkan anak-anak dan isteri pertama, beliau menceraikan saya. itulah bapa yang baik. mengorbankan apa yang dia punyai untuk kebahagiaan anak dan isteri. ya bekas suami pernah buat silap, membelakangkan isteri dan anak-anak dengan mengahwini saya.

tapi awak silap. saya tidak membuka benang untuk menarik perhatian bekas suami atau bekas madu. saya boleh mengganggu mereka dengan panggilan telefon atau porak perandakan mereka dengan sekeping gambar. saya tak pernah buat begitu. jauh sangat fikiran awak ni. buat apa saya nak bersusah payah kalau benang ini hanya untuk menarik perhatian. benang ini dibuka hanya untuk berkongsi dan mendapatkan kata-kata semangat untuk saya bangkit. malah sejak setahun yang lepas ketika dibiarkan tergantung sepi, tidak sekalipun saya menghantar walau sebaris mesej apatah lagi panggilan telefon. saya tahu bekas suami masih ada kerana segala perbelanjaan masih dalam keadaan baik walaupun tiada mesej atau panggilan telefon dari dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 17-12-2020 04:16 PM
Minami2013 replied at 17-12-2020 04:05 PM
Ingat kan tt copy paste dari confession iium.. sebab proper betul penulisan. Thumbs up tt for the wr ...


Ade jadi kat ofis aku.  Lintang-pukang mengate sorang lagi staf bini orang yang ade skendel dengan bos then bercerai sekali tu dia pon mati laki then pegi kawen laki orang..  

Dia gini la ye.  Usah dizahirkan di mulot segale caci makian kat spesis penyondol2 ni sume.  Jage mulot.  Kalo dah tak tahan sangat pegi cakap dengan family members sudah la..  Tak payah canang sana-sini, sampai macam hilang akal hal onglain.  Tup2 kita sendiri buad bende yang sama..  Jadi bini mude sejibik macam orang yang kita kutok tu.

So aku harap korang paham aku mengamok ni pakai ujong jari je.  Mulot aku jenis tabrani sembor sana-sini.  Takde paedah pon..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2020 04:15 PM | Show all posts
Leonclay replied at 17-12-2020 04:09 PM
Moga slps ribut taufan ni, hadirnya sinar beserta pelangi buat tt..

Iols bukan org sastera..tp  ...

inshaAllah berkat kata-kata semangat kakak dan adik yang baik dan ikhlas dalam ni, pasti saya kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:19 PM | Show all posts
Saya takmau judge TT ttg menjadi isteri no.2 sebab saya sedar poligami ni halal..

Yang saya sangat kecewa tu TT gugurkan kandungan.. Berdosa besar tu..

TT tahu tak orang macam saya ni Allah uji 8tahun perkahwinan tanpa zuriat??

Bertaubatla TT.. Saya doakan tt diberi kemudahan &  kekuatan dalam menjalani hidup ini..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 04:13 PM
awak ni kelakarlah. tak apa. mungkin awak pun ada masalah awak yang tersendiri. awak tak perlu men ...

Betol ko tak tunjok dia topik ni?  Well, good 4 U..

Gini aku bagi tips.  Bila nampak laki orang sebut dalam hati "Itu laki orang.  Aku tak patot berkenalan.  Aku bukan keturunan pencuri.."

Voley?  
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la hadap sangat nak kawen suami orang..dah la lelaki tu bacul, kawen nak tapi rahsia dari first wife.
Tu je dah red alert.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 04:23 PM | Show all posts
Redmyvi replied at 17-12-2020 04:19 PM
Saya takmau judge TT ttg menjadi isteri no.2 sebab saya sedar poligami ni halal..

Yang saya sanga ...

ya amat berdosa besar saya. teramat. mungkin kalau saya besarkan dia Allah memberi jalan lain yang lebih baik untuk saya kan. semoga Allah terima taubat dan saya tak pernah berhenti minta ampun dari Dia, setiap hari, setiap masa. saya amat berdosa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gurlz.  Naluri nak sailang ni datang bila korang compare body korang masih up berbanding body bini2 orang yang dah laboh tu.  Ye la..  Depe potongan makcik2 je kan?  They are totally defenseless bila datang korang menyondol laki dorang.  Have a heart la..  Usah zolim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:28 PM | Show all posts
anakmak replied at 17-12-2020 02:52 PM
Na mungkin sis! Na mungkin!!!
Husband Dato Sri
Saya Tan Sri

Bila U cakap U Tan Sri sedangkan husbnd Dato' Sri je, mcm tulah agaknya kes TT ni. Husband dia,  kalau tahap Dato Sri pun tapi 1st wife dia Tun kau! hahaha.  Tu sebab semua kena sorok: kawen sorok, giliran sorok, bila terkuak, baru tau 'Ko sape, ko ade' sampai sanggup simbah air kat madu.  Sombongnya makalah.  Kat rumah, mcmanelah ditenyehnya suami dia, penuh ancaman, penuh ugutan. Madu dah diceraikan tentu puas hati dia kan. Hebat dia menghadapi takdir yg diujikan. Isteri pertama dah menang. Husband aku, aku yg punya, gituuu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 04:31 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-12-2020 04:20 PM
Betol ko tak tunjok dia topik ni?  Well, good 4 U..

Gini aku bagi tips.  Bila nampak laki orang ...

izinkan saya memberi satu nasihat.

siapakah kita untuk sombong dengan rezeki Allah? siapakah kita untuk menolak takdir Allah.

mungkin takdir hidup awak tidak seperti saya. tidak dijodohkan menjadi isteri kedua dan tidak menjadi janda atau mungkin tidak bertemu jodoh lagi. jangan mendabik dada awak tidak tergolong seperti saya kerana KUN FA YA KUN. Seberapa kita menolak kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia. siapakah kita untuk menidakkan dan sombong dengan Allah? sedangkan awak tidak menjadi isteri kedua juga adalah pemberian Allah dan Allah boleh menggantikan untuk awak merasa kehidupan seperti saya dengan sekelip mata.

saya terima kata nista di sini. saya juga terima nasihat yang baik sekiranya ada dari pihak awak. tapi biar berpada-pada jangan sampai menghina dan menyebut keturunan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 04:37 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-12-2020 04:20 PM
Betol ko tak tunjok dia topik ni?  Well, good 4 U..

Gini aku bagi tips.  Bila nampak laki orang ...

Jgn cakap habis......... ingat, qalbu kita ni Allah yg pegang. Hati boleh berbalek2 bak dikiaskan orang sekali air bah, sekali pantai berubah. Sekali ombak menerjah pantai, pasir2 ditepian turut berderai.  Nasib dn takdir kita hanya merancang. Mudah2an kita dijauhi ape yg kita tak suka. Ada kala yg tak suke tu itulah dicobaNya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:52 PM | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 04:23 PM
ya amat berdosa besar saya. teramat. mungkin kalau saya besarkan dia Allah memberi jalan lain yang ...

Bila telah ada rasa berdosa dn penyesalan yg mendalam, dgn solat taubat nasuha, yakinlah Allah maha pengasih dn penyayang. Tak perlu berandai2 lagi kalau ada anak dgn ex husb akan begitu akan begini. What is past is past n love is never having to say u are sorry (ewah... bermadah pulak saya kan?). TT  ambillah tekad jadikan pengalaman pahit sbg satu peringatan untuk tidak mengulanginya lagi. Semoga ada keadilan dn Rahmat Allah swt untuk masa depan TT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 04:56 PM | Show all posts
Edited by misery2 at 17-12-2020 05:05 PM
nolya replied at 17-12-2020 04:28 PM
Bila U cakap U Tan Sri sedangkan husbnd Dato' Sri je, mcm tulah agaknya kes TT ni. Husband dia,  k ...

bekas madu saya adalah wanita keturunan indonesia. bekas madu bukan orang kaya, suami juga bukan orang kaya, orang kelantan, tetapi suami dan bekas madu sama-sama mencari kehidupan dan rezeki menyebelahi mereka berdua.

cuma, ketika berkahwin bekas madu pernah tergelincir, berhubungan sulit dengan pekerja mereka sendiri. saya bertemu dengan bekas suami di pejabat peguam syariah. peguam tersebut mewakili saya untuk kes saya dan kebetulan kawan baik bekas suami. ketika itu saya mengambil kad perceraian saya di pejabat peguam tersebut maka secara tak langsung berlaku perkenalan antara saya dan bekas suami.

dan ketika berkawan dengan bekas suami, saya banyak memberi nasihat memandangkan bekas suami cakap, dia sayang isteri dan anak-anak walaupun isteri pernah curang dengannya. dia boleh memaafkan isteri dan mencuba tetapi memerlukan dorongan dan semangat dari saya dan peguam tersebut.

hari demi hari, keadaan bertambah baik buat mereka. saya dan peguam juga menjadi sahabat baik. cukup habis iddah, bekas suami lamar, katanya saya adalah sumber kekuatan dan saya tak boleh hilang dari hidupnya. dan saya sendiri merasakan bekas suami seorang lelaki yang baik dan kami meminta imam besar sebuah masjid menikahkan kami.

disebabkan keadaan rumahtangga bekas suami sedang beransur dari mendung ke cerah, saya bersetuju merahsiakan semuanya sehingga bekas suami bersedia dan dapat kekuatan. saya minta bekas suami beri fokus pada rumahtangganya dan bekas suami beri anggaran 3 tahun. tapi saya lewatkan hingga 5 tahun. itulah sejarah kehidupan kami.

pada saya bekas madu amat beruntung mendapat suami sebaik dia. ya bekas madu tak reti masak walau menggoreng telur dan tidak minat ke dapur. ini diakui oleh kakak ipar saya sendiri. hubungan madu dan keluarga mertua juga tidak berapa baik memandangkan semua tahu kecurangan yang pernah terjadi. malah bekas suami dipandang serong oleh keluarganya kerana dayus dan tidak menceraikan isteri yang curang.

namun saya tidak berminat memandang keburukan madu memandangkan ada banyak lagi kebaikan madu yang jarang ada pada kita semua. saya memandang kebaikan madu kerana saya pernah menjadi pendengar setia bekas suami dan mendengar setiap yang baik dan yang buruk tentang dia. apa yang saya nampak dan tahu, bekas madu memang wajar diberi peluang kedua kerana dia benar-benar berusaha menagih kasih bekas suami (selain dari memasak kerana memang tak minat). kadang-kadang saya kasihan kerana suami memandang enteng usaha bekas madu. selalu saya pesan bekas suami, hargai akak. hargai usaha akak. alhamdulillah Allah panjangkan jodoh mereka. dan sekarang bekas madu bertudung litup dan amat menjaga solat dan sering beramal jariah. begitu juga bekas suami. mereka amat menjaga solat dan menjaga hubungan mereka.
bekas suami cuba yakinkan bekas madu bahawa saya bukan madu yang jahat malah saya banyak memberi nasihat dan semangat supaya bekas suami menerima bekas madu semula. tapi bekas madu cakap kebahagiaan kita adalah hasil doa dan amal ibadat kita bukan datang dari betina tu (saya). tak apa. saya pun tidak mahu dipandang sebagai asbab. saya happy dan bangga dapat membantu bekas suami dari menjandakan isterinya.

itulah serba sedikit sejarah kami yang agak berat untuk saya kongsikan kerana pasti akan ada tohmahan lain.

sebab tu saya pernah kata bukan semua isteri kedua ialah jahat dan bukan semua isteri pertama teraniaya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 16-12-2020 05:05 PM
saya nak giliran yang paling minimum dan saya tak nak perkahwinan ini selamanya disorok.

Tt sedih baca cerita TT ni... tapi percayalah TT sebenarnya nak lebih dari apa yg tt kata tu...

Mula2 TT nak sgt kawen..nak hilangkan title janda.. sampai sanggup setuju walaupun husband kata kena sorok2 sehinggalah isteri pertama tahu... time tu Tt dah rasa gembira...asalkan tidak menjanda lagi..

Lama kelamaan TT rasa...x tahan sorok2 pulak..sampai TT p buru N kat kawasan rumah dia....Tt nak giliran minima...

Kalau lah TT dah dpt giliran minima tu.. percayalah... akan dtg plak perasaan dan keinginan nak pegi bercuti staycation mcm bini pertama... TT akan buat luahan lagi pulak.... percayalah TT manusia ni x pernah puas... TT boleh cakap x mau itu.. x mau ini...skrg... nanti2 akan dtg bisikan2 syaiton nirajim yg mahukan TT demand holiday... demand itu ini pulak..

Tp jujur, andai apa yg TT tulis ni benar.. mmg kesian jugak la TT dilayan mcm tu oleh suami TT... rasanya suami TT ni cintakan TT sbb sex je... buat TT mcm bibik plak.. nak makan TT kena masak... tak pe lah TT suami TT ni mmg x layak utk TT... carilah org lain...

Boleh pulak kan suami TT ni bersayang mayang depan bini pertama dia..siap kata cinta sampai mati lagi... madu plak senyum je.. x pe lah TT..skrg tgh hujan ni ... org kata doa dikala hujan makbul...aku doakan TT berjumpa jodoh dgn jodoh yg menghargai TT dan terbaik utk TT..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.420371 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list