CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misery2

Aku Isteri Kedua Yang Tidak Mendapat Giliran & Telah Diceraikan

  [Copy link]
 Author| Post time 17-12-2020 05:40 PM | Show all posts
matjerk replied at 17-12-2020 05:12 PM
Tt sedih baca cerita TT ni... tapi percayalah TT sebenarnya nak lebih dari apa yg tt kata tu...

...

ya saya pun sama macam semua orang. tak pernah cukup tapi saya bersyukur atas nikmat dan segala ujian. saya tak menyalahkan bekas madu dan tak menyalahkan bekas suami. yang buruk datang dari saya. apa pun, saya amat merindui dia. titik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 05:56 PM | Show all posts
Hi sis, dari penceritaan u neh, bini tua mmg hampesh, pemalas, tak reti masak, curang, semua cukup teruk.
Kalau betui isteri 1st tahap mcm tu, dan u the best kenapa laki u ceraikan u? laki u sebenarnya da boring ngan u, da 5th. u sebagai pemuas nafsu je, takat duit habis kat u apa la sangat sebab laki u memang berduit


sis, u da kena cerai ngan laki tagune tu pon u masih nak cover dia ke? u jangan percaya sebijik2 laki u cerita pasai isteri 1st. U bukan tau pon apa ex u cerita kat 1st wife dia pasai u. u tau ker? tatau kan?


dalam hal ni i salahkan 100% laki u, dia yg berjanji dengan u, dia yg jabat tangan kadi, dari mulut dia jugak keluar talak kat u semudah tu je. mana janji dan kata2 cinta kat u dulu? mana laki u sebagai 'penyelamat' masa u jadi janda dulu? mana caring u yg dia perlukan sangat tu? mana sedapnya masakan dan layanan u kat dia? takde pon sis.. semudah tu je dia campak u dan u kat sini mengalir ayer mata sedih atas apa yg dia buat kat u.

stop it sis move on elok2, tuntut hak u elok2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 05:56 PM | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 04:56 PM
bekas madu saya adalah wanita keturunan indonesia. bekas madu bukan orang kaya, suami juga bukan o ...

Saya ikut tersentuh membaca kesah TT ni, ada the good side n the ugly side of it. Sebenarnya siapa dia bekas madu dgn segala kancah hidup mereka bukan hal yg boleh dijadikan pembuka jalan untuk TT mencelah dn jadi isteri ke2. TT tak tau mungkin, istilah poligami itu 'haram'/musuh besar bagi wanita2 Indonesia.  Mereka sama sekali tak boleh terima. "aku boleh mengambil suamimu, tapi suamiku jgn.  Awas kau!" Pendek cakap, mengambil boleh, diambil jangan. Bisa berantem kerana dlm soal cinta bagi mereka biar putih tulang jgn putih mata. Sebusuk2 wanita M'sia, miskipun poligami hal yg tak direstui isteri, kalaupun harus ada kata dua, tak lah sampai menzalimi begitu. Semarah apa pun, suami boleh diberi pilihan 'Dia atau Saya', tetapi ada juga yg masih bersandarkan kpd Kun faya Kun.

Cerita2 lain ttng kekurangan dn kelebihan ex-madu, kenapa ex-husb  perlu ceritakan kpd TT.  Patut ke ex-husb buat mcm tu.  Adakah dia punya agenda sendiri supaya TT terus jadi isteri gelap untuk sekian waktu. 5 thn menjadi isteri gelap dgn segala ketidakadilan, tingginya gunung Everest, tinggi lagi kesabaran yg TT tanggung tapi akhirnya kecundang juga.

Sudahlah TT, tak usah dibelek2 lagi perkara buruk yg dah terjadi. Tutup bukulah, tutup rapat2.  Kuatkan semangat TT untuk jalani hidup ke depan. Allah ada dan doa manusia yg teraniaya tiada hijabnya. Jgn larut lama2 dlm kesedihan, ala kadar lah. Bacalah surah Yassin hari2, bukan seminggu sekali/sebulan sekali kerana ayat Yassin dpt menjadi syifa' bagi hati yg resah dan duka.  Ingat! Allah ada dan Allah sayangkan kita.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 05:38 PM
sebelum berkahwin saya pernah tolak lamaran bekas suami. saya juga mendapatkan nasihat ustaz dan s ...

Thank you sbb sudi jawab pertanyaan i.
Lepas itu i masih nak juga bertanya?
Masa ex tt  tak balik and tak jumpa tt  macam mn  tt hilangkan rasa sedih bila nampak ex tt bahagia pergi bercuti and sentiasa bersama madu? Apa kekuatan buat tt sedapkan hati? Adakah sbb duit    buatkan tt bertahan sbb ex tt banyak tolong tt dr segi hutang? Atau  pada masa itu tt yakin bahawa ex tt sgt sayangkan tt akan cuba jadi suami yg adil?
Last sekali maaf kalau ini sensitive..
Masa ex suruh tt gugurkan anak tt tak rasa ke kasih sayang suami tt hanya luaran bukan kasih sayang sebenar?

I minta maaf kalau tanya soalan tak sepatutnya ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 06:08 PM | Show all posts
nolya replied at 17-12-2020 05:56 PM
Saya ikut tersentuh membaca kesah TT ni, ada the good side n the ugly side of it. Sebenarnya siapa ...

ya nolya. bekas suami cerita keburukan tu sewaktu kami berkawan. selepas berkahwin dah tak cerita kerana masa yang ada amat suntuk untuk kami jadi kami gunakan sebaiknya. kami pun tak pernah bergaduh.

tu sebab saya tidak cerita terlalu detail tapi bila ada yang tuduh-tuduh saya cuba jernihkan apa yang orang kurang nampak.

tapi tak apa. saya syukur setahun bekas suami hilang jadi saya tidak melarat sangat. inshaAllah saya kuat. cuma ya, saya masih terkejut dan masih terngiang-ngiang peristiwa hitam tu. tidur banyak kali dengan harapan bila bangun semua mimpi. tapi bukan mimpi. berharap tiap kali bangun tidur, itu cuma mainan perasaan. tapi semuanya realiti. beberapa hari ini saya lalui dengan suram dan sedih yang tidak berpenghujung.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk alohh sskjp rupanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2020 06:17 PM | Show all posts
Edited by misery2 at 17-12-2020 06:18 PM
jojie replied at 17-12-2020 06:07 PM
Thank you sbb sudi jawab pertanyaan i.
Lepas itu i masih nak juga bertanya?
Masa ex tt  tak bali ...

dimaafkan jojie.
selama 5 tahun bekas suami holiday semua tu, saya pujuk hati supaya maafkan suami dan kekal buang perasaan negatif. dan saya sentiasa tanam azam dalam hati, pasti ada yang baik untuk aku nanti. dan setiap kali bekas suami berpergian, saya akan hantar dengan pelukan kerana saya amat takut tidak dapat berjumpa lagi atau umur suami atau saya tidak panjang. jadi permergian suami sentiasa saya redhakan walaupun rasa 'cemburu aku juga inginkan itu'. ya betul saya amat bersangka baik pada suami. saya amat pegang suatu hari nanti suami akan berikan kehidupan saya. hanya masa dan sabar ubatnya.

duit yang saya terima dari bekas suami banyak menyelesaikan kehidupan saya tapi duit bukan segala-galanya. tapi sebagai isteri kedua tentulah saya memandangkan 'kemampuan kewangan' suami dan itu adalah wajar. kalau saya kahwin dengan yang tidak berkemampuan itukan menempah maut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 06:23 PM | Show all posts
Akak, satu je lah saya nak bgtau.
Berhenti jadi doormat. Berhenti jadi mangsa yang boleh dipijak2
Bangkitlah dan perjuangkanlah hak akak.
Saya harap perkahwinan akak sekurang-kurangnya dah didaftarkan di Malaysia. Sebab akak boleh tuntut hak2 seperti harta sepencarian, nafkah mutaah dan sebagainya.
Suami tk ada hak tuntut apa2 dari akak kalau itu pemberian dia semasa kahwin, tak perlulah diturut permintaan minta balik 50K tu. kalau kereta dgn rumah tu bagi je lah balik kalau masih atas nama dia.

lepas tuntut apa yang patut, akak mulakanlah hidup baru tanpa pergantungan pada mana-mana lelaki. dan berhenti jadi doormat yang perlu diprotect dan dilindungi selalu. be assertive.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2020 06:23 PM | Show all posts
Edited by misery2 at 17-12-2020 06:25 PM
mayaHD replied at 17-12-2020 05:56 PM
Hi sis, dari penceritaan u neh, bini tua mmg hampesh, pemalas, tak reti masak, curang, semua cukup t ...

kenapa awak kutuk bekas madu saya? saya tak pernah cakap dia macam tu. saya beritahu dia tak reti masak kerana tak minat. dan itu bukan satu keburukan sebaliknya itu hak masing-masing. kalau bekas suami saya tak kisah, biarlah. bekas suami kisah atau tidak itu hak bekas suami. siapa kita nak masuk campur in between mereka. tetapi saya juga ada sebut, bekas madu ada banyak kelebihan lain yang jarang ada pada kita semua.
tak apa lah. nasi dah jadi bubur. lebih banyak saya terangkan lebih serabut jadinya.

maaf saya membuat kawan-kawan di sini beremosi bercampur baur.
terima kasih maya. inshaAllah saya akan move on sengan semangat baru.







Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 06:23 PM | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 06:08 PM
ya nolya. bekas suami cerita keburukan tu sewaktu kami berkawan. selepas berkahwin dah tak cerita  ...

Tak ade isteri yg tak terkejut kalau suami yg lama tak ditemui, dirindui tiba2 datang membawa talak. Unless memang talak yg diharap2kan. Akibatnya memanglah parah di jiwa kerana kasih sayang direntap2 tiba2.  Tapi nak buat mcmne. Nasi dah jadi bubur.
Untuk tak jadi igauan tidur, saya sarankan TT banyak2kan mengaji baca Yassin setiap hari selepas maghrib, baca surah al-Mulk setiap mlm sebelum tidur. Amalkan juga doa2 yg dapat meringankan masalah. Kalau larat bangun tengah mlm, buatlah solat tahajjud/solat tubat dn istikharah. Buat selalu, InsyaAllah, Allah tak akan menzalimi ummatnya kerana dlm setiap kesempitan hanya kpd Allah kita mohon pertolongan. Dan Allah itu maha mendengar.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 05:38 PM
sebelum berkahwin saya pernah tolak lamaran bekas suami. saya juga mendapatkan nasihat ustaz dan s ...

Suami tu nk bercerai dgn bini nya sebelum tt muncul?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt ni perampas(maaf ya berkasa) dalam mase same nak nampak baik.. ade hakak forum cakap ex madu pemalas di pertikainye kenape nak judge ex madu etc..siape suke share deknon..this is reality, ex laki pun berdrebo bagai mesti kaye siape nak lepaskan laki kaye

I anggap nasib yang di tentu kan untuk you mungkin tak baik, tak ade siape nak hidup malang..dl ex pun doctor, jadi bini num 2 pun laki berdriver.. mungkin circle friends you orka semoge dpt bujang kaye pula ya mude tak ape yang penting matang..
tak pun fokus untuk jg anak you sudah, kuat untuk anak you..satu satu fokus anak dulu, nanti sibok nak berlaki,sibok fikirkan ape orang cakap anak terabai(memakbulkan hinaan ex madu you pula)
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Move on... Xguna terlalu memikir... Nti depress... Mulakan hidup baru...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 07:06 PM | Show all posts
Edited by misery2 at 17-12-2020 07:10 PM

saya akan delete thread ni sekejap lagi.

saya ucapkan terima kasih atas nasihat, saranan, terutamanya tentang hak saya selepas bercerai pada kakak-kakak yang budiman. tidak memandang siapa saya tetapi memberi nasihat dan layanan lumayan yang selayaknya sesama manusia. terima kasih. saya simpan dan jadikan penguat setiap satu dari kakak-kakak semua. alhamdulillah kakak-kakak semua terpelihara dari berhasad dan berkata nista. mulia hati kakak-kakak semua. setiap nasihat yang saya baca buat saya tersentuh dan mengalirkan air mata. saya mendapat sedikit kasih sayang dari kalian.

pada yang mencemuh dan memanipulasi kisah yang saya ceritakan, saya tak kuat untuk terus menjelaskan peristiwa-peristiwa ini.

saya sedar tempat saya bukan di sini. saya mengharapkan semangat di sini kerana saya tidak berkongsi hal peribadi dengan teman-teman. maafkan saya andai ada yang tersinggung dan salah faham dengan cerita saya.

saya minta anda semua doakan saya. kerana saya sudah redha dengan semuanya. hanya, hati saya ni tak tahan menanggung rindu pada bekas suami. sakit. sakit sangat. dan bertambah sakit membaca tohmahan-tohmahan di sini. mungkin sebab tu ditakdirkn perkahwinan saya menjadi rahsia selama 5 tahun. mungkin saya lemah dengan tohmahan dan cacian.

kenapa golongan saya dilabel penyondol? kalau kita sesama wanita seharusnya kita ada untuk wanita tidak kira apa jua keadaan wanita itu kerana walau siapa pun wanita itu, tidak dikurangkan sedikit pun haknya sebagai isteri. hanya anak luar nikah sahaja yang hilang hak pada harta pusaka tetapi dia tetap punya hak kasih sayang yang sama.

betapa kotornya sifat-sifat hasad yang ada pada kita hingga sanggup membuat jenaka atas ujian yang orang lain terima. mampukah saudari-saudari yang mengherdik saya menjadi ibu yang baik? mampukah saudari-saudari yang melontarkan kata nista mendidik anak-anak menjadi orang yang berhemah?

pernah tak terfikir, Allah juga menguji saudari-saudari yang menjadi isteri pertama dengan menghadirkan cerita saya di hadapan mata untuk menguji betapa sombongnya diri kalian ditakdirkan menjadi yang pertama. siapalah saya untuk memberi nasihat. walaupun hidup saya seakan buruk di mata kalian, saya tetap merasa bersyukur dan cukup atas apa yang Allah berikan. seandainya saya ditakdirkan hilang semua yang saya ada sekarang, saya tetap akan lalui hidup dengan tabah. jujur, saya tidak tahu apa yang terbentang untuk saya esok hari dan saya tidak tahu di mana saya akan tinggal dan apa saya akan makan, tapi saya tahu saya ada Allah yang maha memberi rezeki, saya berserah dan bertawakal kepadaNya.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 17-12-2020 02:59 PM
Jangan gaduh2 korang, tenang2 aja ya... TT I dah pm minta betulkan tajuk guna huruf kecil, harap mak ...

TQ momod catpaw utk tacangnya semoga momod bermurah hati belanja kaka tacang lagi di masa depan kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 17-12-2020 03:14 PM
Jauh benar ko melalut ni dik..

Kita sedang bincang isu penulisan kan.. So bahasa indah.. Insya ...

Melalut tu mudah sis heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Leonclay replied at 17-12-2020 04:05 PM
Membujur lalu melintang patah..

Iols betulkn..hihihi

Haish itulah boleh jem bila lama x membaca
Ty lah u
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
anakmak replied at 17-12-2020 07:47 PM
Melalut tu mudah sis heheh

Baik tan sri toh puan anakmak hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 08:04 PM | Show all posts
misery2 replied at 17-12-2020 07:06 PM
saya akan delete thread ni sekejap lagi.

saya ucapkan terima kasih atas nasihat, saranan, terutam ...

delete atau make it invisible pun tak pe TT, sebab daripengamatan saya dah jadi  boderline ngumpat , aibkan  etc etc dah.

so, all the best to you.

u have ALLAH , just apa apa pun dugaan Prophet lagi teruk , just  remember that.

all the best.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 17-12-2020 04:28 PM
Bila U cakap U Tan Sri sedangkan husbnd Dato' Sri je, mcm tulah agaknya kes TT ni. Husband dia,  k ...

Owh tan Sri dato sri tu  I guna sekadar perbandingan material dan gelaran ja

Bukan dr segi sifat2 kemanusian gitu

Dlm kes tt ni
Kalau I jadi yg xdek no
(Hmmm walau sebenarnya semua isteri tu bernombor)
I cerai kan je jantan x guna macam tu
Macam mana nak terima manusia yg purak2 baik dengan kita tapi buat jahat kat org lain
Apatah lagi yg dia aniya tu isteri dia
Dah nama isteri x kira la no berapa tetap isteri

Tt adalah mangsa yg merelakan diperlakukan sebegitu pada mulanya
Bini pertama pula mangsa yg .... hmmm tanpa rela dan guna kelebihan yg dia ada sebagai isteri pertama untuk balas dendam tapi pada org yg salah - si madu ni tadi

Last2 dek tt InsyaAllah boleh move on
Bini pertama akan terus takut laki buat perangai lagi
Laki x guna tu Aman bahagia
Sbb x hilang apa2 haaa takde anak kan dgn tt?!
Itu pun masih selamba lafaz sayang dgn tt sampai akhir hayat?!! Bersaksi bini 1?!?!

Nasib la dek tt
Bukan semua pompuan merasa pengalaman hidup macam ni
Ada yg bini baru rebut tahta relax2 ja tolak bini 1
Apa2 pun untung
Sebab jika dek tt nanti bertemu jodoh yg baik dan Aman bahagia dan ditakdirkan dek tt bermadu, mesti dek tt akan bertindak jauh lebih baik nak handle masalah mcm ni nnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.155470 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list