CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41614|Reply: 380

Aku Isteri Kedua Yang Tidak Mendapat Giliran & Telah Diceraikan

  [Copy link]
Post time 16-12-2020 04:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by misery2 at 17-12-2020 03:05 PM

Aku nak berkongsi dengan korang riwayat hidup aku.

Perkahwinan pertama bertahan 9 tahun dan aku punya 1 anak.

Kemudian aku berkahwin dengan N, Aku kenal dia hanya 3 bulan selepas iddah perkahwinan pertama.

Kenapa aku buat keputusan untuk berkahwin terlalu cepat? Jujurnya aku terkejut dengan dunia janda dan teramat takut dengan godaan-godaan suami-suami jiran, suami-suami orang di tempat kerja dan suami sepupu sendiri pun menggatal. Aku amat sedih. Bukan senang jadi janda. Aku buat keputusan bernikah sorok-sorok dari semua orang demi menjaga diri aku dan supaya aku menjaga batas aku supaya tidak terbabas dengan segala jenis godaan. Dan dalam ramai-ramai lelaki hanya dia yang bertanya terus untuk bernikah dengan aku.

Aku gelarkan dia N. Aku bersetuju tidak akan ada giliran untuk aku sehingga dia berani berterus terang dengan isteri pertama. Kami hanya jumpa sorok-sorok dan itu sudah amat membahagiakan aku. N lelaki yang pandai memanjakan aku dan tanggungjawab dari segi nafkah zahir tip top, batin pula aku tetap bersyukur dia tetap tahu dia perlu adakan masa untuk memberi. Aku bersyukur. Aku pula, tanggungjawab aku hanya perlu masakkan lauk makan tengahari utk suami, driver akan datang ambil setiap hari jam 12tghri dan masakkan lauk untuk makan malam mereka sekeluarga juga driver akan datang ambil dari rumah setiap hari jam 7mlm. Itu sahaja tanggungjawab aku. Kenapa? Madu tidak reti masak dan tidak pernah masak sejak dari kahwin.

Kenapa suami orang? Soalan ini sering aku dengar dan baca. Persoalan ini bagi siapa-siapa yang menjadi janda ada jawapannya. Walaupun kami pernah menjadi isteri seperti wanita lain, sejurus bercerai dan menjadi janda, persepsi itu berubah mengikut kriteria dan keadaan diri kami. Setiap janda akan faham mengapa.

Anyway, selepas setahun, aku disahkan mengandung tanpa aku sedar. kami sepakat untuk menggugurkan kandungan atas faktor N yang tidak bersedia untuk berterus terang. Dosa besar tapi itu yang terbaik.

Hari demi hari, tahun demi tahun, genap 5 tahun perkahwinan kami, aku merasakan N sedikit berubah. Aku juga berubah. Aku tidak lagi boleh bersabar dengan keadaan diri yang langsung tidak punya hak. N langsung tidak berusaha untuk memberitahu isterinya tentang perkahwinan kami. Madu aku sebenarnya telah tahu pasal aku kerana sudah beberapa kali teman-teman beritahu ternampak suami masuk ke dalam kereta perempuan lain dan kereta yang sama setiap kali. Madu tahu suami ada perempuan lain tetapi suami tidak pernah gunakan peluang itu untuk menceritakan perkara sebenar.

Aku mula menagih janji N. Aku beritahu N, aku sudah letih merasa cemburu kerana aku juga manusia biasa. aku juga ingin sesekali berjalan di mall, berjalan makan-makan di restoran, shopping, berbuka puasa bersama. Semua ini aku tidak dapat. Sedangkan N setiap bulan staycation di luar. Dalam setahun pasti akan ke luar negara 4 kali. Setiap minggu ke Pavilion bershopping. Aku? Sama sahaja duduk di rumah.  Aku tidak meminta yang besar-besar. Aku hanya mahukan kehidupan aku berubah dan aku hanya teringin makan-makan di restoran seperti orang lain. Aku tidak meminta percutian atau shopping. Jauh sekali giliran.  Dia meminta aku bersabar.

Untuk pengetahuan korang, selama 5 tahun berkahwin, aku tidak pernah telefon suami, aku tidak pernah hantar mesej pada suami, aku tidak pernah bergaduh dengan suami, aku tidak pernah membuat cubaan supaya madu tahu kewujudan aku. Aku selalu mengalah dan aku sendiri melebihkan madu dan anak-anak tiri aku. Malah aku beritahu suami seandainya nanti kewujudan aku sudah diketahui, aku tidak mahu giliran weeknd. aku hanya mahu 2 hari iaitu Isnin dan Selasa. Itupun aku beritahu suami, siang suami perlu bekerja dan uruskan anak-anak tiri, hanya pulang ke rumah aku selepas waktu pejabat. Hari demi hari semakin jauh hal ni. Percutian dan sebagainya aku tak nak. Aku tak mahu madu dan anak-anak tiri merasa beban akibat dari perkahwinan kami walaupun hak madu dan aku sebagai isteri sama sahaja.

Hingga pada satu hari aku hilang sabar. Aku telah pergi ke kawasan rumah N dan meminta kami disemukakan. Akhirnya suami terpaksa akur dan membawa madu untuk berjumpa aku. Aku minta maaf pada suami. Bukan aku nak cari pasal. Tapi aku rasa suami aku tak kuat untuk berterus terang setelah lima tahun. AKu juga meminta maaf pada madu. Aku cium tangan madu dan mohon ampun maaf. Suami memang amat marah dan memandang aku dengan muka seperti singa lapar.

Madu beritahu dia tidak mahu dengar apa-apa dan hanya mahu aku diceraikan suami. Sebelum bersurai, aku mohon maaf sekali lagi dan aku merayu madu untuk pertimbangkan dan juga aku beritahu aku berjanji aku hanya mahukan Isnin dan Selasa tidak lebih dari itu. Aku juga tidak akan meminta harta benda dan percutian. Madu beritahu, there s only YOU or ME.

Aku balik dalam keadaan sedih tapi aku rasa beban di hati ini hilang. Korang mesti nak tahu apa yang terjadi sekarang kan?

Suami tidak hubungi aku selama sebulan, suami hilang tanpa sebarang pesanan. Selepas sebulan suami berjumpa aku dan minta aku bersabar. Keadaan di rumah sana amat teruk. Rindu aku pada suami tidak terucap, air mata sedih tidak terkira.

Dan sekarang sejak kali terakhir aku berjumpa suami, sudah genap setahun hari ini aku tidak berjumpa suami. Dan kelmarin betapa aku gembira suami telefon. Tak sempat aku jawab telefon air mata aku sudah berjuraian. Hati ini amat rindukan dia. Dia beritahu aku jangan sedih, jangan nangis. Makin berjurai air mata. Aku beritahu setiap hari aku rindukan dia dan aku hanya titipkan doa agar dia terpelihara umurnya dan kesihatannya.

Dia beritahu dia sihat, dia akan ke rumahku malam nanti tapi tak perlu sediakan apa-apa kerana dia akan singgah sahaja.

Aku happpppy sangat. Bila pintu rumah aku bunyi seperti dibuka aku tahu suami aku pulang. Anak aku bersalam dan memeluk suami. Aku hanya duduk di meja makan membiarkan mereka berpelukan. Terkejut aku bila suami masuk dan bagi salam, madu aku ada bersama. Aku terus bersalam dengan madu. Madu aku tak bersuara hanya senyum. Aku merasa sedikit lega mungkin ada berita baik.'Suami aku minta anak aku masuk ke bilik kerana hendak berbincang.

Kami duduk di ruang tamu. Hati aku memang takut berdebar bukan kepalang.

Suami tanya "sayang sihat?"

Aku jawab, "sihat, abang."

Suami cakap "abang minta maaf abang abaikan awak setahun ni. abang minta ampun minta maaf abang kejam dengan awak. abang minta maaf abang bukan suami yang baik.'

aku jawab "saya maafkan dan saya redhakan. tak apa."

Madu aku hanya senyum. Aku pula rasa bersalah kerana madu terpaksa dengar perbualan kami.

suami aku kemudian cakap "apa pun yang terjadi cinta abang pada awak sampai mati. abang ceraikan awak dengan talak satu demi kelangsungan hidup awak."

Aku terdiam. Aku tak bersuara. Aku menggigil aku rasa seperti malaikat baru sahaja cabut nyawa aku. Allah, sakitnya tak terungkap.

Aku terduduk tak mampu nak angkat muka. Tiba-tiba aku rasa satu simbahan. Aku basah lencun. Madu aku jirus air pada aku ambil dari pasu yang aku buat rendam bunga segar atas meja.

Madu cakap "hei betina. satu hari nanti anak betina kau akan jadi perempuan lebih murah dari pelacur, lebih murah dari kau."

Sampai saat ini air mata aku gugur setiap kali teringat. Tapi aku kuat kan? Aku kuat. Aku boleh.
Kalaulah aku diberi peluang aku hanya nak cakap, aku bersyukur bertemu jodoh dengan dia. walaupun hidup dengannya amat sukar, aku bersyukur aku terpelihara dari menjadi janda liar. dan aku hanya nak semua orang di dunia ni tahu bukan semua isteri kedua itu jahat dan bukan semua isteri pertama teraniaya. tak ada apa lagi aku nak cakap. aku amat rasa terhina, tertindas dan teraniaya. dan sakitnya hanya Allah yang tahu. dan hanya Allah yang boleh meringankan sakit aku ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2020 04:59 PM | Show all posts
Mengapakah perlkahwinan pertama adik bertahan hanya 9 bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sorry tt if im harsh..u know sakit perit jadi bini num2, then u sndr mtk tiada penggiliran...so ko nk apa? sndr mintak dan redha
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:01 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 16-12-2020 04:59 PM
sorry tt if im harsh..u know sakit perit jadi bini num2, then u sndr mtk tiada penggiliran...so ko n ...

Sudah bagi betis mahu peha..
Tujuan tt hanya mahu berkahwin kerana malu dengan gelaran janda..
cukup lah kan nak apa lagi?


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 16-12-2020 05:01 PM
Sudah bagi betis mahu peha..
Tujuan tt hanya mahu berkahwin kerana malu dengan gelaran janda..
...

malas nk kutuk isteri pertama or exshuben sb tuan punya badan mcm merelakan...so nk mender....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2020 05:04 PM | Show all posts
white_musk replied at 16-12-2020 04:59 PM
Mengapakah perlkahwinan pertama adik bertahan hanya 9 bulan?

perkahwinan pertama  saya bertahan 9 tahun kak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-12-2020 05:05 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 16-12-2020 04:59 PM
sorry tt if im harsh..u know sakit perit jadi bini num2, then u sndr mtk tiada penggiliran...so ko n ...

saya nak giliran yang paling minimum dan saya tak nak perkahwinan ini selamanya disorok.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:06 PM | Show all posts
misery2 replied at 16-12-2020 05:04 PM
perkahwinan pertama  saya bertahan 9 tahun kak

Mengapa hanya bertahan 9 tahun? adik curang ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 16-12-2020 05:05 PM
saya nak giliran yang paling minimum dan saya tak nak perkahwinan ini selamanya disorok.

Aku bersetuju tidak akan ada giliran untuk aku sehingga dia berani berterus terang dengan isteri pertama. ---> tp ko tulis mcm ni..aku fhm ko xnk...

apa pun tt, benda dah nk jadi..jd move on jerlah perlahan2 ya...sorrylah, ko xspatutnya gugurkann kandungan...org lain mcm menggila nk dpt ank, korang sennag2 jer gugur atas sb xnk wife peetama tau?

jadi belajar dr kesilapan diri dan jgn ulangi..jgn ko percaya dia ckp dia plaing ko sayanh sb kalo dia btol2 syg kan ko, dia takkan suruh ko gugurkan kandungan ko tuh

next time nak kawin, niat kena betul...bukan sb takut jd janda...xaalah jadi janda asalkan ko tau bawa diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2020 05:15 PM | Show all posts
white_musk replied at 16-12-2020 05:06 PM
Mengapa hanya bertahan 9 tahun? adik curang ke?

bekas suami hisap dadah. saya tak pernah curang dengan mana-mana suami pun. alhamdulillah Allah pelihara saya. Malah saya berkahwin kali kedua kerana takut akan gagal kawal godaan dan kehidupan sebagai janda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:15 PM | Show all posts
Baca cite ni mcm cite senetron...
Bertabah la sis...jodohnye smpai situ jek
Bukan senang jadik janda.bukan senang kawin dgn lakik org
ikot pngalaman aku la yg pernah dimadukan..menda ni sakit dan tersangat sakit bila kena tipu idop2 dgn lakik sndirik dan janda yg dia kawin tanpa pngetahuan..
btol poligami tu x salah...yg salah menipu idop2..
tapi aku cuma x la smpai nak kerumah janda tu...smpai nak simbah air..aku lom peringkat tu la
Aku masih bagi kebebasan lakik aku buat pilihan
tapi end up dia pilih aku jugak dan anak2
wpun menda ni lama bertaun2 dolu....
HATI AKU TETAP SAKIT!
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
misery2 replied at 16-12-2020 05:05 PM
saya nak giliran yang paling minimum dan saya tak nak perkahwinan ini selamanya disorok.

Tp masa awal kawen u ckp taknak giliran
After 5 yrs, u nak pula?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:20 PM | Show all posts
Edited by white_musk at 16-12-2020 05:22 PM
misery2 replied at 16-12-2020 05:15 PM
bekas suami hisap dadah. saya tak pernah curang dengan mana-mana suami pun. alhamdulillah Allah pe ...

Mengapa adik berkahwin dengan penagih dadah? Sepatutnya adik selidik dahulu, jangan main sebat saja kerana tidak mahu bergelar andartu.
Yang menanggung akan tindakan adik ini adalah isteri pertama suami adik sekarang adik hanya feeling victim.

Sudahlah rumah tangga sendiri berantakan kerana adik memilih penagih dadah menjadi suami,
adik cuba pula musnahkan rumahtangga orang lain



Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:20 PM | Show all posts
Sekarang awak telah di ceraikan.
Istilah menuntut hak giliran tu tak ada dah.
Yang berlaku amik ikhtibar.
Sejujurnya kamu tak ada di tempat isteri pertama.
Dan yg pertama juga tidak berada di tempat kamu.
Masing2 ada kelebihan dan kekurangan.
Ada baiknya kamu di ceraikan dari terus hanyut dgn angan2.
Hidup di muka bumi ni kalau selalu pikir apa yang manusia kata mmg tak tenanglah hidup.
Kalau kamu percaya qada qadar kembalilah pada Allah swt mengadu dengan nya.
Benda yang dah berlaku istilah kenapa..apa tak guna dah,melainkan kamu meneruskan kehidupan tanpa menoleh kesilapan di belakang.
Semoga kamu menjalani kehidupan yang lebih baik bersama anak kamu di masa akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
bemyself replied at 16-12-2020 05:15 PM
Baca cite ni mcm cite senetron...
Bertabah la sis...jodohnye smpai situ jek
Bukan senang jadik jan ...

Osman Ali boleh adaptasi kesah ni bikin filem ombak rindu 2.0

Btw tt bertabah lah. Move on. Moga bertemu jodoh lebih baik. Ex laki mcm takut bini first je. Cinta sampai mati konon
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 16-12-2020 05:01 PM
Sudah bagi betis mahu peha..
Tujuan tt hanya mahu berkahwin kerana malu dengan gelaran janda..
...

Hahaha bersetuju dgn komen uols.. mana ada jenis its ok sy ok je abg xbalik rumah sy.. sbb iols pon ppuan yg memahami  fitrah ppuan lain..

Ni novel ke apa? Hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian TT, bertabahlah. Semoga mendapat jodoh yang lebih baik. Banyakkan tahajud, berdoa dan berserahlah kepadanya. Semoga Allah merahmati kamu. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mende baik di sorok sorok..maka jadi ler pitnah

Isteri nabi pun janda n ramai janda

Get on with life je la demi anak..cari suami btui btui suami demi anak tu..

Lelaki bleh cinta maut ramai pompuan

Tp pompuan cinta soang lelaki je

Ws
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 05:41 PM | Show all posts
white_musk replied at 16-12-2020 05:01 PM
Sudah bagi betis mahu peha..
Tujuan tt hanya mahu berkahwin kerana malu dengan gelaran janda..
...

Cukup la tu kan dpt kawin 5 tahun dlm diam2
takot sngt godaan dan kata2 nista org luar gelaran janda ni
sis rasa apa plak skrng ni bila dah 2x gelaran janda?
Tanya jek........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2020 05:47 PM | Show all posts
babynina30 replied at 16-12-2020 05:17 PM
Tp masa awal kawen u ckp taknak giliran
After 5 yrs, u nak pula?

saya cakap, saya beritahu bersetuju tidak meminta giliran sehingga isteri pertama tahu.. maknanya selepas itu perlulah dibincangkan tentang giliran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.082501 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list