CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1253|Reply: 0

Federer Impikan Emas Olimpik - Harian Metro

[Copy link]
Post time 18-12-2020 09:32 AM | Show all posts |Read mode

ALI terakhir Federer beraksi tahun ini adalah di Terbuka Australia. FOTO Agensi


Paris: Selepas menempuhi tahun mencabar sepanjang 2020 yang menyaksikan Rafael Nadal menyamai rekodnya dengan 20 gelaran Grand Slam, Roger Federer yang akan berusia 40 tahun pada 2021 ini berharap dapat meraih pingat emas di temasya Olimpik biarpun tahap kecergasannya menjadi persoalan.

Federer hanya beraksi satu pertandingan tahun ini, apabila mara ke separuh akhir Terbuka Australia sebelum terpaksa berehat kerana menjalani pembedahan pada lututnya.

Pandemik Covid-19 yang menyaksikan perlawanan dihentikan selama lima bulan dan pembatalan Wimbledon satu kelebihan buat dirinya untuk menjalani proses pemulihan.

Mula terbabit dengan siri jelajah sejak 1998, Federer akan berusia 40 tahun 8 Ogos ini, seminggu selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki di Tokyo Olimpik yang terpaksa dijadualkan semula.

"Perancangan utama adalah untuk beraksi di Olimpik. Ia adalah sasaran utama saya.

"Mungkin ia sedikit mementingkan diri sendiri tetapi bukan perkara yang buruk kerana semua perancangan terpaksa ditukar kerana masalah yang dialami tahun ini," kata Federer.

Tidka seperti Nadal, Federer belum pernah memenangi emas dalam acara perseorangan di Olimpik biarpun berjaya merangkul gelran beregu bersama rakan senegara dari Switzerland Stan Wawrinka di Beijing pada 2008.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.102494 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list