CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: kuppit

FAQ Tribunal Tuntutan Pengguna

[Copy link]
Post time 29-7-2009 10:51 AM | Show all posts
Akta Perlindungan Pengguna 1999 dipinda bagi wujud keadilan sama rata

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bercadang meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi membolehkan orang ramai dan syarikat mendapat keadilan yang sama rata ketika menghadiri perbicaraan kes tribunal tuntutan pengguna.

Perkara itu dinyatakan Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan kementeriannya, di sini, hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2009 10:52 AM | Show all posts
Larangan guna peguam di TTPM

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 28 Julai - Syarikat-syarikat yang dihadapkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dilarang menggunakan khidmat peguam semasa tribunal bersidang selepas Akta Perlindungan Pengguna 1999 dipinda.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pindaan akta tersebut akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini.

''Selepas itu, peguam atau penasihat undang-undang syarikat tidak lagi dibenarkan untuk hadir ke persidangan tribunal pengguna.

''Ini kerana pengadu terpaksa hadir ke tribunal seorang diri tetapi syarikat pula dibantu oleh pihak yang mempunyai pengetahuan undang-undang, keadaan ini tidak adil kepada satu pihak,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 233 orang kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, TTPM telah ditubuhkan di semua negeri dan rancangan jangka panjang kerajaan adalah memperluaskannya ke peringkat daerah.

Beliau berkata, TTPM sejak awal tahun ini telah menerima 3,530 kes tuntutan pengguna dan 80 peratus daripada kes itu telah diselesaikan.

''Pengadu yang ingin membuat aduan melalui TTPM hanya perlu membayar RM5 dan TTPM akan memanggil persidangan dalam tempoh 60 hari.

''Keputusan akan diketahui pada hari persidangan tribunal dan pesalah perlu membayar tuntutan pengadu dalam tempoh 14 hari, kegagalan pesalah berbuat demikian akan menyebabkannya didakwa di mahkamah majistret,'' katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kementeriannya menerima 800 hingga 1,000 aduan pada setiap bulan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel, surat, telefon dan saluran lain.

''Antara jenis aduan yang paling banyak kita terima melibatkan penipuan perkhidmatan, penipuan harga dan cetak rompak,'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 11:36 AM | Show all posts
Tribunal Bukan Sahaja Membela, Malah Pulihkan Harga Diri Pengguna

Oleh Noor Adila Ali

KOTA BAHARU, 4 Mac (Bernama) -- Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bukan sahaja membela pengguna malah memulihkan semula semangat jati diri pengguna yang pernah menjadi mangsa peniaga tidak bertanggungjawab.

Mungkin tidak ramai yang melihat apa kesannya kepada mentaliti pengguna, tetapi pengalaman seorang lelaki, Ng Chai Seng, 56, yang ditipu oleh sebuah syarikat elektrik melalui tawaran cabutan bertuah sejak setahun lepas dengan nilai RM2,960 menyebabkan beliau merasakan dirinya tiada harga diri dan maruahnya tercalar.

Ng yang merupakan seorang penjual baja perladangan berkata walaupun dirinya seorang yang berduit tetapi hakikat apabila duitnya dirampas sebanyak RM2,960 di depan matanya telah memberikan tekanan kerana sakit hati akibat ketidakupayaan dirinya menjaga wang sendiri.

"Bayangkan apabila duit kita diambil depan mata, dengan mudahnya menipu kita dengan kata-kata manis, kita pula tidak dapat buat apa-apa sebab terikat dengan perjanjian jual beli, tetapi barang yang kita harapkan tidak sampai.

"Saya ada duit dan jumlah itu bukanlah sebesar mana, tetapi ini duit saya, saya cari dengan jasad, keringat dan otak saya. Mereka boleh ambil macam itu saja. Sebagai seorang lelaki terasa seperti jatuh maruah saya kalau kawan-kawan saya tahu. Mana saya hendak letak muka saya," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

TERUJA DENGAN KATA-KATA

Ng merasakan rendahnya maruah kerana telah diperbodohkan peniaga terbabit dan menceritakan pengalamannya bahawa kata-kata dan pujukan peniaga kedai elektrik yang terletak di sebuah pasaraya di bandar ini mampu memperdaya sesiapa pun tidak kira golongan berpangkat atau kurang berkemampuan.

"Pada 5 Nov tahun lepas saya ke sebuah pasaraya di bandar ini dan kemudian seorang penjual syarikat elektrik di dalam pasaraya itu mengajak saya ke kedai mereka untuk membuat satu cabutan bertuah.

"Peniaga itu berkata saya begitu bertuah kerana berjaya memenangi tiga barangan elektrik hanya dengan harga RM2,999 sahaja berbanding harga asal yang bernilai hampir RM10,000. Mempercayai kata-kata peniaga itu saya kemudian mengeluarkan kad kredit dan membeli barangan terbabit.

"Bagaimanapun peniaga itu kemudian berkata sekiranya saya membeli satu lagi barangan elektrik yang ditawarkan pada harga RM2,960, maka saya akan mendapat tiga lagi hadiah barangan elektrik secara percuma," katanya.

Beliau berkata, teruja mendengar kata-kata peniaga itu beliau kemudian mengeluarkan sekali lagi kad kreditnya dan membeli barangan terbabit.

LAPORAN KE MAHKAMAH TRIBUNAL TUNTUTAN

Menurutnya, pada hari terbabit peniaga itu kemudian hanya memberinya enam barangan elektrik yang dibeli termasuk yang diperoleh secara percuma dan mengatakan satu lagi barangan elektrik yang berharga RM2,960 yang dibelinya akan dihantar pada bulan Disember kerana kehabisan stok.

Bagaimanapun katanya, hampir tiga bulan menunggu, barangan yang dijanjikan tidak juga tiba sedangkan setiap bulan beliau terpaksa membayar harga barangan terbabit.

"Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, saya ke Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia(TTPM) Kota Baharu untuk membuat laporan pada 10 Jan lepas," katanya.

Ng berkata, dengan bantuan tribunal itu beliau berusaha menuntut kembali wangnya yang berjumlah RM2,960 meskipun mendapat tentangan hebat daripada syarikat elektrik berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, nasib menyebelahinya apabila pada 11 Feb lepas, syarikat terbabit akur dan membayar kembali wang yang dituntutnya itu.

BANYAK KES DISELESAIKAN

"Mungkin bagi saya soal harga bukan yang sebenarnya menjadi keutamaan tetapi bagaimana jika yang terkena itu adalah mereka yang susah, yang benar-benar mengharapkan dapat memperoleh barangan yang dijanjikan dan menggunakan pula wang simpanan yang ada, bukankah tindakan syarikat itu sangat menganiaya," katanya.

Beliau yang tampil bagi memberi kesedaran kepada pengguna lain agar tidak terus tertipu dengan helah syarikat elektrik itu turut meminta pengguna memanfaatkan sepenuhnya kewujudan Mahkamah Tribunal Tuntutan bagi mendapatkan pembelaan sekiranya menghadapi masalah sepertinya.

"Terima kasih kepada Mahkamah Tuntutan Tribunal, saya sangat menghargainya dan mula menyedari kepentingan tribunal itu, jika tidak pasti ramai yang terus tertipu dan kerugian," katanya.

Pengerusi Majlis Tribunal Pengguna Rungit Singh berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 6,491 kes tuntutan pengguna difailkan di seluruh negara termasuk 566 kes yang belum diselesaikan.

"Perkembangan ini menunjukkan jumlah kes yang dapat diselesaikan sebanyak 87.2 peratus," katanya, yang juga Presiden mahkamah TTPM.

Dalam perkembangan berkaitan, Rungit berkata, Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna cawangan Kelantan memfailkan 201 kes tuntutan pengguna dan 21 kes masih belum dapat diselesaikan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:07 PM | Show all posts
Selamat Petang....Saya ingin bertanya, boleh kah saya melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia , untuk menuntut ganti rugi terhadap barangan saya yang telah rosak semasa makcik saya membawanya kepada saya melalui perkhidmatan teksi ? teksi tersebut tidak mahu bertanggungjawab setelah saya membuat perbincangan dengan beliau, tetapi beliau hanya ingin membayar barangan saya yang telah rosak itu sebanyak rm50 , tetapi barangan yang telah rosak itu bernilai Rm500. Terima kasih,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2014 03:15 PM | Show all posts
RichieKunZ posted on 17-2-2014 04:07 PM
Selamat Petang....Saya ingin bertanya, boleh kah saya melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ,  ...

boleh sangat. tapi makcik saudara kena jadi saksi kenapa benda tu boleh rosak. adakah kerana pemanduan pakcik teksi tu atau bagaimana...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
salam
saya ada masalah
saya ada upah satu company pa sistem
jumlah 5800 untuk 6 hari
mengikut perjanjian mulut dia setuju untuk payment it Dan dibayar 800 dahulu baki 500 semasa event Dan baki selepas event..
bila tib hari ke tiga.....dia tarik diri dengan tiba tibatiba....alasan yg diberi tidak rasional rupanya ada job lailain ...jadi saya tak bolboleh nak bayar kerana dia telah menyusahkan saya Dan team....dia juga members jawapan untuk tarik diri lewat iaitu pukul 9 mlm hingga sukar untuk kqmi cari Penganti perlu atau tidak saya pergi ke tribunatribunal pengguna?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2018 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
hello nak tnya juga.. sekiranya penuntut di kuching tapi penentang di semenjung mcm mna yer lokasi pendengaran akn ditetapkan?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.074055 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list