CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1228|Reply: 0

Jayden Dapat Hadiah Krismas istimewa - Harian Metro

[Copy link]
Post time 26-12-2020 02:38 PM | Show all posts |Read mode

Jayden (kiri) akan cuba memberi yang terbaik dan mensasarkan untuk beraksi di Sukan SEA buat kali pertama. FOTO


Aida Adilah Mat
aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perenang muda negara Jayden Tan mendapat hadiah istimewa sempena perayaan Krismas tahun ini apabila mendapat tajaan daripada Speedo bagi membantunya memburu impian ke temasya Olimpik satu hari nanti.

Berusia 16 tahun, Jayden berkata tajaan itu meniupkan lagi semangatnya untuk memburu tempat dalam skuad renang negara ke temasya Sukan SEA Vietnam tahun depan.

Berketinggian 185cm, atlet kelahiran Kuala Lumpur itu sebelum ini menjalani latihan di Sekolah Antarabangsa British di Phuket, Thailand sebelum menyertai skuad kebangsaan tiga bulan lalu di Bukit Jalil.

Bakatnya tidak dapat dinafikan apabila berjaya meraih empat emas satu perak di Kejohanan Renang Selangor tahun lalu.

"Dengan tajaan daripada Speedo ini menerusi pakaian renang Fastskin saya akan cuba memberi yang terbaik dan mensasarkan untuk beraksi di Sukan SEA buat kali pertama selepas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) tahun depan dibatalkan.

"Terima kasih kepada penaja dan mereka yang mempercayai kemampuan saya. Kepercayaan ini akan cuba dibalas oleh saya dengan lebih banyak lagi kejayaan selepas ini," katanya.

Berdasarkan ketinggian dan kemampuan Jayden, perenang negara itu dilihat mempunyai potensi cerah untuk mencabar perenang Olimpik negara Welson Sim terutama dalam acara 1,500 meter.

Selain daripada Jayden turut mendapat tajaan adalah bekas perenang negara yang kini beraksi dalam acara Master Cindy Ong.

Mereka akan menggunakan pakaian yang dipakai oleh juara dunia Amerika, Caeleb Dressel dan pemenang pingat emas Olimpik Singapura, Joseph Schooling pada pertandingan akan datang.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.251590 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list