CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2604|Reply: 4

Paparan Kemewahan Dorong Budaya Rasuah - Berita Harian

[Copy link]
Post time 27-12-2020 05:02 PM | Show all posts |Read mode


Jamizal Zainol

bhnews@bh.com.my

Rasuah berleluasa berpunca pandangan alam rosak. Kita dimomokkan kemewahan ialah kejayaan dan miliki harta benda melebihi apa diperlukan. Kemewahan dikaitkan label dan jenama tertentu. Sekarang, anak muda kita diajar supaya terus mengejar kemewahan dan jenama supaya dianggap berjaya.

Ia menjadi matlamat anak muda sekarang. Sebenarnya, kejayaan sebegini tidak hakiki, sebaliknya hanya persepsi. Misalnya, sanggup meminjam dan menyewa kereta mewah dan bergaya, lalu dikirim di media sosial supaya mendapat pengiktirafan rakan media sosial supaya 'dianggap berjaya.'

Budaya exhibitionist ini mempopularkan konsep kejayaan tidak berasaskan kebenaran, sebaliknya ilusi memukau mata pembaca media sosial.

Apa tujuannya? Mereka mungkin mahu menjual produk, perkhidmatan atau perniagaan. Pada pandangan mereka, produk akan laku apabila pembaca media sosial terpukau dengan 'kejayaan' itu.

Jualan produk tinggi akan menghasilkan keuntungan banyak yang digunakan untuk membeli produk mewah. Apabila mendapatkan produk itu, mereka akan mengirim kembali di media sosial.

Apabila pembaca setiap hari membaca kiriman influencer atau anak muda bergaya dengan jenama mewah, hati mana tidak teringin. Walaupun, orang itu mungkin tidak mampu memilikinya.

Natijahnya, akan timbul gelodak jiwa mahu memilikinya kerana beranggapan jenama mewah sudah menjadi keperluan dan mesti dimiliki.

Inilah dikatakan dorongan secara tersirat yang membuatkan kemewahan itu konsep nisbi yang semua orang boleh memilikinya, walaupun tanpa usaha, ketekunan, kerja kuat dan ilmu tinggi.

Maka, ada sanggup menipu dan menjadi scammer menipu rakan sendiri bagi mendapatkan wang ringgit untuk dibelanjakan mendapatkan kemewahan.

Mereka sanggup menipu dan memperdayakan orang lain, janji ada kemewahan. Yang penting apa nampak di luaran, walaupun busuk di dalam.

Penyakit ini mula menjangkiti mereka yang berkuasa untuk membuat keputusan. Mereka diamanahkan sebagai penguat kuasa, ketua tender dan pengerusi syarikat mula rambang mata. Gaji diterima dirasakan tidak cukup. Terdetik dalam hati mana mungkin anak muda influencer boleh memiliki kenderaan mewah, sedangkan mereka tidak boleh.

Dorongan tersirat dan detik melakukan kejahatan mula ditiupkan dalam hati. Kuasa digadai bagi mendapatkan rasuah dan wang ringgit.

Mereka diamanahkan menjaga pintu sempadan negara mula culas hingga membahayakan keselamatan negara. Mereka diamanahkan memastikan produk diimport halal dan suci kepada umat Islam akhirnya culas dengan membiarkan daging haram dimakan masyarakat.

Semuanya menjadi subjektif dan nis- bi. Makanan tidak halal membuahkan pula budaya nihilisme yang percaya tidak ada kebenaran sejati. Kebenaran ialah apa kita fikirkan dan tanggapkan. Walhal agama datang bagi memberitahu manusia kebenaran itu ada.

Maka tidak hairan, masyarakat menganggap rasuah tidak salah. Nilai masyarakat dihinggapi budaya nihilisme menganggap rasuah sebagai hadiah, insentif, imbuhan dan komisen. Mereka sudah tidak dapat membezakan frasa itu kerana menganggap semuanya sama. Tidak salah selagi tidak ditangkap.

Apa yang penting mereka 'diiktiraf' sebagai berjaya. Inginkan pengiktirafan juga adalah penyakit masa kini. Ini belum berbicara perihal ahli politik yang perlu rasuah demi mendapatkan wang ringgit untuk membeli pengikut dan undi. Walhal sekali lagi, pembelian sokongan dan undi tidak semestinya berjaya membeli kesetiaan serta nilai persahabatan.

Memang tidak dinafikan teori Maslow berkenaan hierarki keperluan manusia self-actualisation adalah hierarki tertinggi dikejar manusia. Maksudnya, keinginan mendapatkan pengiktirafan manusia selepas segala potensi diri dapat dikembangkan melalui pemilikan segala keperluan jasmani dan ego tercapai.

Manusia tersilap sekiranya mengejar hierarki tanpa mengira dosa dan pahala, malah mencapainya tanpa mengambil kira jalan mencapainya, walaupun melalui penipuan dan kezaliman.

Manusia terutama anak muda perlu kembali kepada pandangan alam yang betul mengenai erti kejayaan. Kejayaan hakiki adalah apabila kita berjaya mengecapi nilai baik diajarkan dalam agama. Nilai baik seperti persahabatan, kesetiaan dan kebahagiaan tidak boleh dibeli melalui wang ringgit.

Wang ringgit boleh membeli objek, tetapi tidak boleh membeli subjek. Subjek persahabatan, kesetiaan dan kebahagiaan hadir apabila kita memiliki ilmu benar.

Ilmu benar dan nyata, hanya boleh didapati melalui pengiktirafan kita bahawa kejayaan melalui nilai persahabatan, kesetiaan dan kebahagiaan hanya boleh dikecapi secara transendental melalui pengiktirafan kita pada ilmu metafizik.

Kebahagiaan adalah sesuatu dirasa dalam hati yang tidak boleh digambarkan dalam dunia fizikal. Oleh itu, ada mereka miskin pada fizikal, tetapi hidup bahagia. Mereka tidak mengejar kemewahan, pangkat dan kedudukan tetapi bahagia.

Justeru, kejarlah nilai ini, bukan mengejar objek kemewahan. Kebahagiaan juga adalah keberkatan dalam hidup yang tidak nampak secara fizikal dan hanya boleh difahami secara metafizik.

Wang ringgit tidak boleh membeli nilai persahabatan, kesetiaan dan kebahagiaan. Sebaliknya, ia hanya boleh membeli objek, ilusi, persepsi serta 'anggapan kejayaan.'

Hakikatnya, apa yang perlu dituju ialah kebahagiaan hidup yang hanya tercapai apabila kita memiliki ilmu benar dan nyata.

* Penulis adalah Pengerusi Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (PEACE)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 02:11 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Inilah pentingnya teras agama... Gaji mahal pong kalau hada sifat tamak tu tak kemana...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 09:21 PM | Show all posts
sebab tu la hidup ni kena berpada. Ukur baju di badan sendiri ya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 09:22 PM | Show all posts
Bila dah mula ambik, payah la untuk stop. Semoga kita semua dijauhkan, aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2021 11:05 AM | Show all posts
Duit panas ni kejap je..baik la sikit tp berkat…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.060732 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list