Kembar seiras yang percaya mereka adalah pasangan yang paling serasi di dunia menyambut krismas dengan segala-galanya sama antara mereka berdua, termasuklah berkongsi teman lelaki yang sama.
Anna dan Lucy DeClinque, 34 berpakaian serupa setiap masa malahan solekan dan dandanan rambut mereka juga tiada yang berbeza.
Foto: IG
Selain popular di laman media sosial Instagram, mereka berdua juga sering muncul di kaca televisyen untuk berkongsi mengenai kehidupan mereka.
Lebih mengejutkan ialah mereka turut berkongsi teman lelaki yang sama, Ben Byrne dan menyatakan ianya lebih mudah kerana mereka berdua tidak dapat dipisahkan. Jadi, dengan berkongsi teman lelaki, ianya lebih mudah.
Foto: IG
"Tiada yang pelik kerana kami bertiga berkongsi satu katil. Ianya adalah impian ramai lelaki iaitu mempunyai dua teman wanita di atas satu ranjang."
Selain itu, Anna dan Lucy juga berhasrat untuk mengandung pada waktu yang sama.
"Jika saya mengandung, Lucy juga akan mengandung kerana badan kami perlu sama. Jika terpaksa membuat prosedur IVF misalnya, kami berdua akan bersama-sama."
Menjadi kembar membuatkan mereka obses antara satu sama lain sehingga sanggup berkongsi teman lelaki. Pelik tetapi ia benar.- CARI
|