CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1255|Reply: 0

Ronaldo Mati Akal Dikawal Cole - Harian Metro

[Copy link]
Post time 28-12-2020 05:46 PM | Show all posts |Read mode

Aksi Ronaldo ketika dikekang Cole (kiri). FOTO Agensi


London: Pemenang lima kali Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo salah seorang penjaring gol terhebat dalam sejarah dengan memiliki kualiti kaki kanan yang digeruni pertahanan lawan.

Bagaimanapun, Ashley Cole menggunakan taktik agresif ketika mengekang kelincahan bintang Portugal itu yang seterusnya menghadkan pergerakan, ruang dan masa Ronaldo bersama bola.

Bekas bintang Arsenal dan Chelsea itu dianggap pertahanan kiri terbaik dunia ketika kemuncaknya. Malah Ronaldo turut menghormati Cole dan menganggapnya pertahanan paling sukar diatasi sepanjang kariernya pada 2018.

Ronaldo berdepan Cole sebanyak 14 kali ketika bersama Manchester United dan skuad Portugal. Dia hanya mampu meledak tiga gol dan berakhir dengan lapan kekalahan.

Tetapi ketika Cole mengimbau detik pertarungannya dengan Ronaldo, dia turut mengagumi bintang itu dan kaki kanannya yang dianggap terbaik pernah disaksikannya.

"Saya boleh pilih David Beckham kerana saya fikir dia boleh meletakkan bola di atas syiling sixpence tetapi saya rasa saya akan pilih Ronaldo," kata bekas pertahanan kiri itu kepada Goal.

"Ronaldo boleh mara ke dalam atau luar. Berdasarkan kualiti kaki kanan, kualiti rembatan daripada pelbagai sudut dan jarak, kualiti sepakan percuma, dia memang fantastik.

"Dia pemain yang anda tidak boleh beri ruang. Jadi anda perlu selalu di hadapan, lebih agresif dan jangan beri dia mendongak kepala dan mula mengawal bola.

"Anda tak boleh biarkan bola melepasi belakang anda. Perlu pantas menghentikan pergerakannya.''

Cole turut beraksi cemerlang ketika mengekang Lionel Messi dalam saingan Liga Juara-Juara ketika Chelsea menentang Barcelona.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.063015 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list