CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3091|Reply: 0

Sokongan Jaringan Wifi 6 - Harian Metro

[Copy link]
Post time 29-12-2020 11:23 AM | Show all posts |Read mode

ASUS RT-AX86U dilengkapi dengan keupayaan WiFi 6 dengan penawaran sambungan lebih stabil.


Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my

DILEMA utama jaringan Internet Tanpa Wayar (WiFi) adalah tidak mampu untuk menawarkan kelajuan sambungan yang stabil dan ia mengganggu mutu permainan terutama bagi pengguna yang bergantung kepada sokongan WiFi.

Ia mungkin menjadi masalah yang agak biasa bagi pengguna Internet fiber atau kaki 'games' berdepan isu kelajuan Internet tidak stabil ataupun bacaan kelajuan tidak sama dengan pakej fiber yang dilanggan.

Wujud beberapa kemungkinan berlaku masalah berkenaan dan isu paling utama adalah penghala tidak mampu untuk memberikan kelajuan Internet yang sepatutnya atau dipanggil sebagai 'band bottleneck'.

Bagi senario lain, peranti anda mempunyai sokongan jaringan WiFi 6 dan ia mampu untuk menawarkan kelajuan Internet lebih stabil.

Untuk itu, penulis mencadangkan supaya memilih penghala ASUS RT-AX82U yang menawarkan spesifikasi terkini iaitu teknologi WiFi 6 selain kemudahan penggunaan aplikasi untuk mengubahsuai tetapan.

Penghala jenama ASUS ini tidak perlu diperkenalkan lagi apabila syarikat berkenaan terkenal dengan produk kelas permainan premiumnya dan pastinya ia seiring dengan setiap produk ditawarkan.

Bagi pemain kompetatif sukan elektronik ataupun pengguna yang bergantung kepada kestabilan Internet, penghala ini adalah jawapan untuk semua masalah berkenaan.

Peranti itu dikelaskan sebagai 'Penghala Kelas Permainan' dengan penawaran dua jalur.

Menyentuh aspek rekaan, tiada penghala yang lebih futuristik berbanding ASUS RT-AX82U yang dilengkapi pencahayaan RGB di bahagian depan.

Penghala ini menggunakan empat pemancar bagi jangkauan kawasan lebih besar manakala berat untuk penghala ini kira-kira 800 gram.

Bagi spesifikasinya, penghala ini menggunakan pemproses 1.5GHz tiga teras dengan memori 256MB Flash dan 512MB RAM.

Sistem keselamatan terkod menggunakan WPA3-Personal, WPA2-Personal, WPS-Personal, WPS-Enterprise, WPA2-Enterprise dan WPS Support.

Paling menarik adalah tetapan kefungsian boleh dilaksanakan menerusi aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar dan ia termasuk melakukan pengubahan tetapan kata kunci.

Secara keseluruhannya, penghala ASUS RT-AX82U adalah yang terbaik dalam kelasnya dan tanda harga yang ditawarkan lebih kompetatif bagi prestasi tinggi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.065548 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list