Masih hangat lagi diperkatakan kisah menteri yang jatuh basikal akibat terlanggar lubang yang mana ianya mendapat reaksi pantas badan berwajib.
Terbaru, seorang aktivis di pertubuhan badan bukan kerajaan, Cancer Survivor Malaysia berkongsi semula kisah suami kepada sahabatnya yang mengalami kemalangan jalan raya pada 2019.
Menurutnya, kemalangan tersebut berlaku apabila mangsa terlanggar bonggol jalan kerana di kawasan tersebut gelap dan tiada lampu jalan.
Akibat kejadian malang itu, mangsa mengalami kecederaan parah. Lihat hantaran asal pada tahun 2019.
Kredit foto: Fb Zuraini Kamal - Hantaran asal pada tahun 2019
Kecederaan parah yang dialami telah menyebabkan mangsa koma dan hilang ingatan. Sejak itu, beliau telah hilang upaya untuk berjalan dan tidak lagi mampu untuk bekerja.
Pihaknya telah memberi bantuan seadanya bagi meringankan beban keluarga ini. Menurutnya lagi, tiada siapa dari pihak berwajib tampil untuk memohon maaf atau memberi bantuan seperti yang berlaku pada menteri baru-baru ini.
Kredit foto: FB Zuraini Kamal
Kisah mangsa ini bukan satu-satunya yang berlaku. Banyak lagi kes kemalangan lain berpunca dari keadaan jalan raya yang tidak sempurna.
Jika tidak tiadalah Azlan Sani Zawawi atau nama popular Lando, ketua kelab motor Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) aktif membuat kerja amal sebagai aktivis hak pengguna jalan raya.
Kredit foto: ProjekMM
Beliau dan rakannya aktif membantu sistem gerak kerja PBT ke arah yang lebih baik demi kepentingan nyawa pengguna jalan raya.
Begitulah realiti yang terjadi. Merak kayangan mana nak sama dengan serangga yang merayap di rumput. Marhaen terus tertindas kerana tiada siapa peduli. -CARI
|