CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1515|Reply: 2

Kesan AF Awal, Cegah Strok - Harian Metro

[Copy link]
Post time 30-12-2020 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Sentiasa pantau kesihatan jantung.


Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

KAJIAN mendapati penyakit Atrial Fibrillation (AF) lebih kerap dijumpai dalam kalangan individu berusia lebih daripada 65 tahun.

Selain itu, penyakit ini dikesan lebih ramai dalam kalangan wanita kerana purata jangka hayat mereka lebih tinggi daripada lelaki.

Penyakit AF mengakibatkan bahagian atrium jantung tidak berfungsi dengan sempurna, seterusnya menyebabkan nadi tidak sekata.

Apabila ini berlaku, pengaliran darah dalam jantung tidak lancar, lalu menyebabkan pembentukan darah beku dalam jantung.

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, ia boleh menjadi punca serangan angin ahmar.

Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Am di Pantai Hospital Kuala Lumpur, Dr Muhammad Imran Abdul Hafidz berkata, terdapat beberapa strategi untuk merawat penyakit ini.

Katannya, antaranya termasuk mencuba rawatan khusus untuk mengembalikan nadi AF kepada nadi yang asal dan stabil.

"Ini boleh dilakukan dalam bentuk renjatan elektrik yang seakan-akan 'reset' nadi AF ini kepada nadi yang asal. Kaedah ini tidak sesuai untuk semua individu dan biasanya dikhususkan untuk mereka yang gagal rawatan ubat-ubatan.

"Ada juga ubat yang boleh digunakan untuk mengembalikan nadi ke nadi yang asal, tetapi peratusan berjaya adalah rendah, terutama dalam kalangan mereka yang menghidap masalah jantung," katanya.

Selain itu, terdapat strategi yang akan membiarkan nadi individu kekal dalam rentak AF, tetapi rawatan diberikan untuk mengawal kelajuan nadi itu kerana kebanyakan simptom atau masalah penyakit ini berkait dengan rentak nadi yang terlampau laju.

"Rawatan ini biasanya dalam bentuk ubat dari kelas 'beta blocker' dan 'calcium channel blocker'.

"Pembedahan jantung yang dinamakan 'maze procedure' juga salah satu strategi untuk merawat penyakit AF ini, tetapi ini lebih jarang digunakan dan biasanya dilakukan untuk individu yang memang ada sebab lain untuk menjalani pembedahan jantung. Umpamanya untuk pembedahan pintasan jantung atau 'coronary artery bypass graft'," katanya.

Jelasnya, biar apa pun strategi rawatan yang digunakan, rawatan utama adalah untuk mengelakkan kejadian strok atau lumpuh akibat darah beku yang menyumbat di saluran darah di otak.

"Rawatan ini berbentuk ubat mencairkan darah. Ubat cair darah ini mengurangkan risiko kejadian darah beku dalam jantung akibat pengaliran yang tidak lancar.

"Ada beberapa jenis ubat cair darah yang digunakan contohnya ubat warfarin. Keburukan ubat ini adalah pesakit perlu datang ke klinik atau hospital dalam tempoh beberapa minggu untuk memastikan darah tidak terlampau cair atau pekat.

"Kesan ubat ini bergantung kepada corak pemakanan yang stabil dan terdapat pelbagai pantang larang pemakanan yang perlu diambil kira.

"Terdapat kategori ubat (cair darah) baharu yang dipanggil Novel Oral AntiCoagulant (NOAC) dan juga Direct Oral AntiCoagulant (DOAC) yang tidak perlu dipantau dengan selalu dan tiada pantang larang pemakanan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2020 06:04 AM | Show all posts
thread yang berguna aKing, well done
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nadi tdk sekata ni mksdnya mcmana? Trlalu laju or lmbt is it?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.059137 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list