Gaya ulasan tersendiri dan sentuhan ton suara menarik apabila tampil dalam segmen sukan terutamanya merupakan kelebihan Abu Bakar Atan, ikon penyiaran sukan di stesen televisyen TV3.
Telah berkhidmat sejak 26 tahun dulu, Buletin Utama yang bersiaran pada malam tadi (29 Disember 2020) merupakan siaran terakhirnya bersama TV3.
Khabarnya, beliau akan memegang satu jawatan lebih penting di tempat lain yang memerlukan komitmen tinggi menjadi penyebab beliau melepaskan jawatan dan bersara sebagai pembaca berita.
Kredit foto: Youtube Buletin TV3
Selamat maju jaya Abang Burn. - CARI
|