CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1260|Reply: 0

Awal-Awal Lagi Dah Kena Uji - Harian Metro

[Copy link]
Post time 31-12-2020 09:01 AM | Show all posts |Read mode

Aaron Chia-Soh Wooi Yik.


Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Undian Yonex Terbuka Thailand dari 12 hingga 17 Januari ini nyata bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Apa tidaknya, seawal pusingan pertama lagi mereka terpaksa berdepan rakan senegara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong sekali gus terpaksa mengetepikan sentimen kenegaraan demi memastikan mereka dapat melangkah lebih jauh.

Ia adalah kejohanan pertama yang bakal disertai rata-rata barisan pemain negara selepas 10 bulan tidak beraksi berikutan pandemik Covid-19.

"Kejohanan pertama sudah menentang kawan sendiri. Susah mahu cakap macam mana. Masing-masing sudah lama tidak beraksi dalam kejohanan.

"Apa yang boleh dilakukan sekarang adalah buat persiapan yang terbaik," kata Aaron.

Jika dapat mengatasi V Shem-Wee Kiong, pasangan nombor sembilan dunia itu akan bertemu pemenang perlawanan antara pasangan Russia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov dengan Ben Lane-Sean Vendy dari England di pusingan kedua.

Namun bagi saingan Toyota Terbuka Thailand yang akan berlangsung dari 19 hingga 24 Januari, Aaron-Wooi Yik akan berdepan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi di pusingan pertama.

"Apabila beraksi dalam kejohanan besar, tiada yang mudah kerana setiap lawan adalah sukar sejak pusingan awal lagi. Jadi, kami akan fokus satu demi satu perlawanan," kata Aaron.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.059182 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list