CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3131|Reply: 0

Cerpen : Selendang Taqwa

[Copy link]
Post time 2-1-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

“Saya  mengistiharkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ………………”

Penyimpan Mohor  Besar Raja-Raja menyampaikan tarikh permulaan puasa.

              Aisyah mendengarnya dari siaran tv,lantas matanya bergenang…..di tangannya Selendang Sifon

Sakura yang amat nostalgia… Selendang yang dibeli suaminya masih tetap berada di almari kamar….Tidak

mampu untuk dipakainya hingga hari ini…

                        “Ibu..mengapa ibu menangis?”Tanya anak bongsunya,Syahirah yang baru berusia 4 tahun….

“Adik……..”ujarnya sambil mengesat pipi yang semakinkebasahan…. Pada tahun 2005 adalah tahun yang

amat bersejarah….Ketika menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas keluar kerja sebagai jururawat,tiba-

tiba terdengar dentuman di jalan raya… kelihatan seorang lelaki terperosok di bawah kereta berlumuran

darah….Orang ramai saling bantu-membantu mengeluarkan lelaki  tersebut dan lehernya kelihatan

luka  kecederaan yang agak besar..darah terpercik laju…

                    Aisyah yang  melihat kejadian itu,terus membuka selendangnya dan melilit leher lelaki yang

tidak dikenali itu agar  darahnya tidak terus memancut keluar…... 20 minit kemudian,ambulan datang dan

membawanya ke hospital….

                             6 bulan berlalu…… “Nama apa?”Tanya lelaki yang masih dirawat di hospital ketika

seorang jururawat

menghantar ubat untukdimakan. “Aisyah…..” “Sedap nama…….”balas lelaki tersebut…. “Awak suka

warna apa?”tanya lelaki itu lagi. “Biru………”jawabnya jujur…………..

              Aisyah lantas pergi setelah menjawab pertanyaan lelaki tersebut. Aisyah hanya tersenyum

manja…………. Lelaki itubangun dari katilnya dan melihat keratanakhbar di dinding .

                        “Selendang menyelamatkan seorang lelaki kemalangan…..”Itulah bunyi tajuknya dalam

akhbar Harian Metro.Ia membaca denganpenuh minat dan tertanya-tanya siapakah wanita yang melilitkan

selendang kelehernya . Seminggu kemudian ,lelaki bernama Affan itu keluar dari hospital dan

memulakan pekerjaannya sebagai seorang “Mat Rempit“ menghantar surat dari satu tempat ke

tempat….

                    Walaupun 6 bulan bercuti sakit,mujurlah majikannya masih menerimanya sebagai pekerja…

“Jauh termenung Fan….”ujar ibunya ketika Affantermangu-mangu di serambi rumahnya… “Fan

terfikir..siapakah gadis yang melilitkan selendangnyake leher Fan masa kemalangan tempohari….”

                    “O…..o….itu yang Fan fikirkan…..siapa pun dia,itu tak penting..yang penting Fan

mendoakan kebaikan buatnya”balas ibunya.

Affan hanya mengangguk….sambil menggaruk lehernya yang masih berbekas jahitan akibat

luka kemalangan… Suatu hari Affan teringat dengan keratan akhbar kisahkemalangannya di hospital,lantas

memecut laju motornya ke hospital dan bertanyadengan ketua jururawat…

“Kak…saya nak tanya…tentang keratan akhbar tu..saya la yang kemalangan tempohari…”ujar Affan

membuka cerita.

“Jadi..mengapa?”tanya jururawat tersebut acuh tidak acuh…

“Saya nak tahu mengenai selendang yang dililitkan ke leher saya…”balas Affan dengan bersungguh-sungguh.

“Oooooo….pada hari kejadian kebetulan bekas staff sini baru balik kerja dan lihat kemalangan berlaku…

dia pun lilitkan selendang ke leher awak…”Balas ketuajururawat.

“Bekas jururawat sini?apa namanya?dia sekarang kat mana?”tanyaAffan bertalu-talu…

“Namanya Aisyah…dia sekarang sambung belajar di UKM,ambil kursus farmasi.”Ketua jururawat

menjelaskan.

                     Baru Affan teringat….seorang jururawat yang menghantar ubat kepadanya,itulah gadis yang

melilitkan selendang ke lehernya.. Setelah mengambil nama penuh Aisyah,Affan mengucapkan terima kasih

kepada ketua jururawat dan keluar dari hospital dengan seribu persoalan…

                        “Siapa pula hantar ni?”tanya Aisyah kepada teman sebiliknya Norhayati pada satu petang.

“Tadi ada lelaki datang..Macam despatch je….katanya nak bagi  bungkusan kat awak….”jawab temannya.

Lantas Aisyah membuka bungkusan itu.Selendang warna biru dan sekeping nota

“Terima kasih….semoga Allah merahmati saudari dunia dan akhirat”.

Aisyah termanggu-manggu memikirkan siapakah jejaka misteri yang menghantar selendang hingga kebiliknya.

                       Amat cantik selendang pemberian lelaki tersebut.Warna biru yang bercorak bunga-bunga

kecil….Seminggu kemudian,ada lagi bungkusan sama…begitu juga minggu seterusnya. Aisyah mula curiga

dan sangsi…..

                           Pada satu petang,ia ponteng kelas.Menunggu dari jauh untuk melihat  siapakah lelaki yang

menghantar bungkusan mengandungi selendang kepadanya… Apabila melihat seorang lelaki naik ke

biliknya,Aisyah mula mengekori dan memerhati dari belakang.

                            Apabila lelaki tersebut menyerahkan bungkusan kebiliknya,Aisyah menyapa dari belakang

“Assalamualaikum!”Terperanjat Affan dengan suara dari belakang dan menoleh….

“Wa….wa…waalaikumsalam……”jawab Affan terketar-ketar…

               “Awak?awak ni kan yang kemalangan hampir patah leher dan masuk hospital 6 bulan …?”tanya

Aisyah seakan-akan pernah melihat lelaki tersebut.

“Ya…saya….saya….”jawab Affan mengiyakan.

                            “Saya mohon maaf…..kerana menghantar bungkusan hadiah untuk awak..kerana saya

mahu mengucapkan terima kasih kepada awak yang melilitkan selendang ke leher saya pada hari

kemalangan…….”berkaca mata Affan menerangkan tujuannya.

                           “Ooo…tidak mengapa….saya ikhlas membantu….”jawab Aisyah. “Saya minta maaf

banyak-banyak…kerana mungkin cara saya tidak disukai awak….”Luah Affan. “Tidak mengapa….saya

hargai pemberian awak..Cuma saya tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang suka hadiahkan saya

selendangwarna biru setiap minggu….”jawab Aisyah.

                             Perbualan  ringkas membuahkan perkenalan pertama seorang lelaki bernama Affan dan

seorang gadis  manis bernama Aisyah. Mereka mula berbalas sms dan bertemu sekali sekala apabila

terluang… “Awak……….saya ni Mat Despatch je……umpama seekor semut kecil yang mahu mengangkat

seketul gula Melaka…..saya amat terharu awak sudi berkawan dengan saya…” Aisyah tersenyum membaca

sms dari Affan…amat dalam maknanya…

“Mak…..saya nak minta…..”ujar Affan di satu malam.

“Minta apa?”balas ibunya. “Boleh tak meminang

Aisyah buat saya?”jawab Affan.

“Aisyah?siapa?”tanya ibunya kehairanan.

“Mak ingat tak…..gadis yang lilitkan selendang di leher Affan masa kemalangan tempohari….itulah

Aisyah…”balas Affan.

“Fan…..Mak bukan nak hina kamu..diabelajar tinggi….kerja pun gaji besar..kamu Mat Despatch je…

kamu rasa ibu bapa dia terima ke kamu?”nasihat ibunya.

“Kita cuba je Mak..mana le tahu rezeki…..”balas Affan sambil mendongak ke langit….

                        Ketika Aisyah memberitahu ibu bapanya mengenai Affan mahu meminangnya,Ayahnya

membentak. “Mat Despatch?Aisyah..Aisyah…..berapa ramai lelaki dalam dunia ni….mengapa pilih

Mat  Despatch?”

“Ayah………..ramai kawan-kawan Aisyah berkahwin dengan pemandu lori,pekerja kilang..tapi mereka

bahagia….Apa salahnya Mat Despatch?ia  pekerjaaan halal….”Aisyah cuba memujuk.

                           Berkat kesabarandan doa berterusan,akhirnya ibu bapa Aisyah bersetuju dengan pilihan

anak bongsunya.3 bulan kemudian Affan dan Aisyah disatukan.

                     Mereka kini telah sah menjadi suami isteri. Aisyah bekerja  sebagai ketua Farmasi di Hospital

Besar Melaka,manakala Affan masih meneruskan kerjanya sebagai MatDespatch.Enam bulan

kemudian,Affan berhenti kerja dan memulakan perniagaan pasar malam dengan menjual pelbagai tudung dan

selendang.                                                                                                                                                              
           
                            Bermula dari motosikalburuk,kini Affan membeli sebuah van dan mempunyai seorang

pembantu. Isterinya  membantu Affan membesarkan perniagaan dengan suntikan modal dari hasil gajinya

.Setelah anak sulong yang dinamakan Saffiah berusia dua tahun ,Affan telah berjaya mempunyai premis

pakaian di Arked Mara.

                             Perniagaan yang semakin maju mengeratkan lagi hubungan rumah tangga. Pada

tahun2008,lahirlah anak kedua yang dinamakan Syahirah.Kehadiran dua cahaya mata telah mengukuhkan

lagi hubungan suami  isteri.


                      Pandangan negatif ayah Aisyah telah  berubah apabila melihat Affan kini telah berjaya menjadi

usahawan. “Abang…..Aisyah berkenan dengan selendang yang keluar tv tu….”ujar Aisyah pada satu malam

selepas berterawih dengan  suami tersayang.

“Selendang apa?”tanya suaminya.

“Selendang SifonSakura …ada jual kat Jakel….Ayang  ingat nak pakai selendang tu raya ni…”balas

Aisyah.

                  Keesokannya  Affan dan anak sulongnya Saffiah memandu jauh mengunjungi kedai Jakel

untuk  membeli tiga helai selendang yang dikehendaki isteri tersayang… Cuaca tengahari pada 30

Ramadhan amat panas terik.Affan memandu dengan  berhati-hati kerana jalan raya sesak dengan ribuan

kenderaan orang ramai pulang  bercuti raya…

                                 Affan menelan air liurnya melihat deretan peniaga menjual pelbagai jenis minuman

sepanjang jalan… “Ayah…Along haus…..”ujar  anaknya Saffiah yang baru berusia 6 tahun.. Affan

dengan  sebelah tangan memegang stereng mengambil air kotak di tempat duduk belakang yang dibeli di

kedai runcit tadi.


                 Tiba-tiba  tangannya terlepas stereng kereta dan kenderaan telah melintang jalan.Sebuah  lori

treler penuh muatan menghentam kereta Affan.


“Abang………………………..Abang…………………….Along…along….”jerit  Aisyah melihat

tubuh suami dan anak sulongnya kaku di dalam bilik mayat Hospital Besar Melaka……



                    PagiAidilfitri yang mendung ,Aisyah ditemani anak bongsunya yang masih kecil menyiram air


mawar ke pusara suami dan anak sulong tersayang yang telah pergi selamanya………………….




                 ~~  TAMAT   ~~

Cerpen ini tiada kaitan yang hidup atau telah mati…..


  HAKCIPTA TERPELIHARA @sukun 2021
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056951 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list