CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3902|Reply: 0

Cerpen : Selamat tinggal

[Copy link]
Post time 2-1-2021 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Uitm  Shah Alam Selangor





                Shafiah melihat jam tangannya .Mengapa putaran masa dirasakan amat lambat.


“Ayah…..mengapa lambat ni?”bisiknya .


Shafiah menunggu tempat biasa,di mana di situlah kebiasaannya mereka bertemu.


            “Maaf Ayah lambat …”matanya bergenang ,merahsiakan sesuatu.Affan terlambat kerana


menemui doktor pakar di Hospital .


Affan memeluk anak kesayangannya ,matanya berkaca.

“Apa ni Ayah ,”Tanya Shafiah

Kelihatan plastik putih  seperti plastik mengisi ubat.

“Ubat Ayah…,”balas Affan.

“Ayah sakit apa..?”Shafiah ingin tahu .

Affan tidak menjawab.Biarlah disimpan dalam hati.Tidak mahu mengganggu pembelajaran anak

dara kesayangannya.

“Bagaimana study ?”Affan bertanya

“Ok je Ayah….Cuma bulan ni banyak assigment dan test “balas Shafiah merenung mata ayah

tersayang yang masih berkaca…

           Fikiran Affan menerawang ……..

“Ceraikan aku!”bentak Yuhana .

“Kenapa kau ni ?dah gila ke apa?”balas Affan.

“Memang aku gila !Apa punya laki….ingatkan kahwin dengan awak hidup senang tapi makin

lama makin susah …,beras  pun dah habis ..”bentak Yuhana .


      Affan keluar rumah.Malas dilayan angin isterinya .

Affan ke kubur ibu bapanya,matanya berkaca.

“Mak…Ayah…jika mak ayah masih ada..saya tak la susah macam ni “keluhnya di pusara .Air mata

bercucuran mengiringi doa buat ibu bapa.

         Itulah Affan,pabila kesedihan ,dia ke pusara ibu bapa dan meluahkan segalanya.Affan

kematian ibu bapa sejak usianya setahun dan ketika kanak-kanak ,datoknya selalu membawa

Affan ke pusara .




Setelah doa dan bacaan Quran ,Affan meninggalkan pusara ….


“Menantu celaka..menantu hantu …,”kedengaran suara di corong telefon.


Affan menamatkan panggilan.Malas dilayan mentua hilang akal.Jika dilayan ,lama-lama Affan
pun gila…


“Belajarlah bersyukur…tengok Somalia..nak cari air pun berjalan berbatu-batu..Jika rasa kita
miskin,ada lagi yang lebih miskin”nasihat Affan.


“Kalau i tak kahwin dengan U, i dah kahwin doktor..hidup pun senang !”Yuhana  menyindir.
Affan diam dan matanya bergenang.

Kringgggggggggggg…….


“Hello…………”

“Bini kau dah bersalin!”itu sahaja kata  mentua.Bagi salam pun tidak.

Affan menghidupkan motosikal  dan terus ke hospital Muar .Melihat bayi perempuan comel ,iras
ibunya.

“Allahu akbar Allahu akbar…………..”laungan azan dan iqamat dilaungkan.

“Aku nak namakan anak ni Shafiah………….sempena nama arwah neneknya “bisik Affan.

Esoknya Affan ke JPN Muar ,tanpa berbincang dengan isteri,terus menamakan anak Shafiah .
……………………………………………………………………………………………

“Shafiah…Math and Science are not easy..u must hardwork ..”
“But its really hard Ayah…”
“Everything is hard …nothing is easy…made is easy “
“OK..i try my best ..,”

SMS  antara Affan dan Shafiah.

Kesibukan kerja menyebakan mereka berdua berhubung hanya melalui SMS.Itulah pengikat

kasih sayang antara anak dan ayah .


……………………………………………………………………




         Affan antara pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah Melaka.Setiap

kali peperiksaan sekolah ,Affan mendapat nombor satu hingga dicemburui rakan-rakan.

“Kalian semua  tak malu dengan Affan?Anak yatim piatu ,miskin tapi berjaya dalam

pelajaran” kata Cikgu Md Jani .Pelajar hanya diam membisu mendengar leteran Cikgu Sejarah.

“Ros…u are pretty today ..can i kiss u ?”

“Wei..mana boleh!dah nikah boleh !”balas Rosnah.

Affan dan Rosnah seperti belangkas.Setiap hari beriringan ke perpustakaan dan kantin bersama-
sama.

“Sunday ni kita pi Pustaka Kamat nak ?”pujuk Affan.

“Sunday ..?tengok la…”balas Rosnah menggengam tangan kekasihnya.

………………………………………………………………………..


“Aku terima nikahnya Rosnah bte Mokhtar ……”

Imam dan hadirin tergamam.

“Maaf Imam…”,ujar Affan.

“Aku terima nikahnya Yuhana  bte Abdullah dengan mas kahwinnya RM49.99  sen tunai…”
Affan mencium tangan ibu mentuanya dengan linangan air mata.

“Terima kasih mak….”ujar Affan memeluk ibu mentua.

Affan dan Yuhana  disatukan.Mereka honey-moon di Genting Highlands,Cameron dan
Langkawi.Jam tangan bernilai RM999  berjenama Alain Delon  di tangan Yuhana  amat
manis.Semanis  pemakainya.

“Suka tak jam tu ?”,tanya Affan

“Suka…siapa tak suka hadiah suami tersayang …”,balas Yuhana .

Bermulalah kehidupan suami isteri….

………………………………………………………………………………………….


SMK Sharifah Rodziah Melaka




“Ayah…..minggu depan SPM,doakan Angah…,”

“Ayah doakan terbaik ..You are the best ! ”balas Affan di corong telefon.

Minggu berlalu…………

“12A1 ……”

Shafiah seakan tidak percaya melihat keputusannya dan orang pertama dihubungi ialah Affan.

“Ayah…….”

“Ayah dah tahu…”balas Affan.

“Bagaimana Ayah tahu ?”Shafiah kehairanan.

“Sekarang zaman google  Angah….”balas Affan sambil mengucapkan tahniah.


……………………………………………………………..


Mekah al-Mukarramah



“Angah doa apa di depan Kaabah ?”,tanya Affan.

“Angah doakan Ayah umur panjang dan sihat…”,balas Shafiah ,matanya bergenang .

“Ayah doakan semua termasuk ibu kamu”,Affan bergenang.

Shafiah kelu.Itulah Ayah.Walaupun ibunya kejam meninggalkan Ayah kerna mencari lelaki lebih

kaya dan berharta ,namun nama ibu tetap di hati.Sejak Shafiah mengenali ayah

kandungnya ,Ayahnya tidak pernah memburukkan ibunya.Ayahnya selalu menasihatinya agar

sayangkan ibu.Namun ibunya tidak sedemikian.


Pasti ada sahaja cerita buruk mengenai ayah.


Shafiah seakan bermimpi menjejakkan kaki di Masjidil Haram bersama ayah tersayang.Hadiah

SPM cemerlang.

Sepuluh  hari di Mekah dan Madinah terasa amat pantas.Shafiah berkesempatan meninjau

Universiti di mana ayahnya pernah belajar,Universiti Islam Madinah.Ia terletak hanya beberapa

kilometer dari Masjid Nabawi .

“Cantik Universiti ini Ayah….”ujar Shafiah.




“Ayah kenapa Ayah agak pucat ?”,Shafiah melihat wajah ayahnya kusam dan tidak bermaya.

“Ayah kurang tidur….jam  dua  pagi Ayah dah ke masjid ..kita tidak tahu bilakah akan berpeluang

ke sini lagi…”jawab ayahnya sambil melihat jam tangan.


Affan menyambung bacaan Quran.

Begitu juga Shafiah…..

Setelah solat Subuh berjemaah ,Affan membimbing tangan Shafiah pulang ke hotel.

“Ayah dah makan ubat?”tanya Shafiah.

“Belum…….”jawab Affan.

Shafiah  membuka beg dan memberikan ubat kepada ayahnya.

“Ayah..makanlah ubat ikut jadual…Angah nak tengok ayah sihat….”Shafiah mula sendu.

“Ayah dah tua..kadangkala pelupa….”balas Affan sambil menelan  ubat.


……………………………………………………………………………………..


Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Batu Muar Johor




“Shafiah..maafkan Ayah….lama ayah tak jenguk Shafiah…”Affan sendu .

Shafiah hanya mendiamkan diri ,biarkan dirinya dipeluk Affan.

Hampir empat tahun Affan tidak menjenguk Shafiah di sekolah .Kali terakhir Shafiah Tahun Dua

dan kini telah berusia 12 tahun.Amat pantas masa berlalu.Affan terlalu sibuk bekerja dan

menulis.

Shafiah hanya diam mata berkaca.

Dia tidak bercakap.Marah.Kecewa.Geram.Marah dan geram kerana sudah lama ayah

kandungnya tidak datang menjenguk.

Affan bercakap sendirian .

Bilik pejabat sekolah seakan sunyi .

Seakan semua membiarkan tangisan seorang anak dan ayahnya bergema ….


……………………………………………………………………………………………………

SMKA Syarifah Rodziah Melaka


“Shafiah…….kamulah anak yang paling ayah sayang….”ujar  Affan.


“Erm…….”,Shafiah mendengus.


“Ayah harap kamu berjaya menjadi doktor….tengok Dr Mahathir boleh berjaya menjadi doktor

ketika internet belum lagi lahir dan menjadi doktor Melayu pertama di negeri Kedah.”

“Nenek kamu bernama Shafiah dan Ayah abadikan nama nenek pada diri  kamu…,”balas Affan

menyambung cerita.


“Shafiah…..arwah nenek kamu meninggal dunia ketika usianya baru 25 tahun…Moyang pernah

bercerita ketika nenek meninggal ayah menangis sahaja dan moyang ambil baju nenek balutkan

ayah…”Mata Affan mula berkaca menceritakan kisah arwah ibunya.


“Sepanjang masa ayah dibaluti dengan kain batik dan pakaian nenek kamu…barulah ayah tidak

menangis rindukan arwah mak lagi….”Suara Affan semakin perlahan.

Air matanya semakin  laju …..

Shafiah mengeluarkan sapu tangan dan mengesat pipi ayahnya.

“Nenek kamu anak sulong ….mempunyai 10 orang adik beradik….”Affan mula terasa badannya

menggigil.

Setiap kali menyebut nama Shafiah,pasti mata bergenang…

“Maafkan ayah…ayah tak mampu bercerita lagi tentang nenek kamu..nanti lain kali …,”Affan

menamatkan bicara meninggalkan Shafiah di kantin sekolah SMKA Syarifah Rodziah.

Shafiah melihat kelibat ayahnya yang semakin hilang….


Matanya masih berkaca.
…………………………………………………………………………………..





Washington USA




                              Affan melihat jemarinya.

“Aku sudah semakin tua….,”bisiknya.

“Yang..macam mimpi je kita ke sini ….,”sapa Affan sambil menggengam tangan isteri tersayang.


“Yea la….kita bercinta di sekolah menengah..u kahwin lain..i pun sama…Akhirnya dah kerepot

baru bertemu kembali….”sapa Ros.

“Itulah destinasi kehidupan kita…Allah tentukan segalanya..”Affan mencebik.

Rosnah  masih seperti dahulu.Manja dan suka bergurau.Tidak pernah berubah.

Mereka bahagia di Amerika.



………………………………………………………………………………


“Salam.Ayah sihat ?”

“Waalaikumsalam..sihat Angah…..”

“Ayah tak nak balik Malaysia ?.”

“Entah la…..tengok la dulu…..”

“Abanglong  sihat?”

“Sihat ayah……”

“Nanti kirim salam Abanglong …”

“Baiklah Ayah…..Angah rindukan masakan ayah….”

“Nanti Ayah balik,Ayah masak sedap-sedap  untuk Angah…”

“O.K Angah…Ayah nak sambung kerja siapkan skrip filem …,”

“Baiklah Ayah..kirim salam dengan Untie Ros..”

           Affan memulakan kehidupan baru di Amerika setelah mengijabkabulkan

Shafiah .Sepatutnya ketika Shafiah di sekolah menengah lagi Affan ke sana namun Shafiah

meminta ayahnya menunggu kerana mahu ayah kandungnya menjadi wali .

“Jika Ayah pergi Amerika sekarang…Shafiah takkan kahwin!Muktamad!”

Affan memeluk anak kesayangan.Affan akur.

“Aku nikahkan dikau dengan anakku Shafiah dengan mas kahwinnya RM49.99 sen tunai ..”

Mata Affan berkaca.

Anak dara kesayangan kini menjadi milik suaminya Dr Junaidi.

             Affan meninggalkan majlis perkahwinan dan terbang ke Amerika bersama isteri

kesayangan.
………………………………………………………………………………………





“Sayang..baca  The  Washington Post “

SMS dari suami tersayang Dr Junaidi.

Shafiah terus  melayari internet dari telefon bimbitnya.

“Man who look Dummy but not Dumb now the richest…”

Shafiah membaca  The Washington Post  melalui  telefon bimbitnya.

“Man who look dummy?,” fikir Shafiah.

“Itulah ayat yang sering digunakan Ayah…”

Shafiah membaca …


“A man that is famous with  sentence  “A man who look Dummy but not DUMB”  now  becoming
richest person in America.That man who travel to America after frustrated with life in, Malaysia
nationalship .When came to America, only with a laptop and white glass...with her first
love,Rosnah Mokhtar .Affan Abdullah ,69  now own film production, factory manufactured  
product of various cloths.Also have press and magazine that the sales 100 million copies one

month.Car’s  company named Shafiah G Car has recorded sales of  500 million units this year .”

        Shafiah terdiam.

“Affan Abdullah ???Shafiah G Car”

Shafiah mengambil telefon bimbit ….

“The number you called is busy,please  leave the voice message”

“Salam Ayah.Angah baca Washington Post .Adakah ia berita mengenai ayah???”

Shafiah menghantar SMS…

Tiada jawapan.

Shafiah termangu.

………………………………………………………………………………





Kampung Londang ,Masjid Tanah Melaka


“Puan  Dr  Shafiah?”tanya seorang peguam.

“Ya saya …”balas Shafiah.

“Ini amanah dari ayah kamu…..,”Peguam menunjukkan dokumen kepada Shafiah.

Shafiah membacanya….

Air matanya menitis laju…..

Dokumen berserta kunci rumah dan alat kawalan jauh …

“Assalamualaikum.Ayah hadiahkan Villa Shafiah di Langkawi…”tulis Ayah.


………………………………………………………………………………….




                              Lincoln County Hospital,Washington DC USA


“Ayah berdoa….Ayah menghembuskan nafas terakhir di atas riba Angah…”

“Ayah..jangan cakap bukan-bukan…Angah selalu doakan Ayah umur panjang…”

Affan batuk-batuk kecil.

Matanya semakin kelam.Badannya amat lemah.

Seakan tidak boleh melihat lagi….

Shafiah melihat ayahnya semakin kurus .

               Shafiah terbang ke Amerika untuk menziarahi ayahnya di Lincoln Hospital.

“Angah….Ayah mungkin ….”suara Affan tersekat-sekat.

“Ayah….Angah sayangkan Ayah…”suara Shafiah sendu melihat jasad ayahnya di atas katil
hospital.

Batuk Affan semakin kuat.Darah mula terpercik dari mulut  membasahi baju.


“Doctor..help!”jerit Shafiah.

……………………………………………………………………………………………………….

                              Mahsuri De Hotel Pantai Cenang LANGKAWI





“Ayah nak masak sayur goreng  udang galah khapkhonkhap..”ujar Affan.

“Ayah ni kreatif betul..masakan pun ada nama Siam?”balas Shafiah.

Affan senyum.Ayahnya banyak mengajar Shafiah pelbagai bahasa dunia.

Percutian seminggu di Langkawi bersama ayahnya amat bermakna.

Affan memasak masakan istimewa buat Shafiah,bercerita kisah hidupnya,memberi nasihat dan
sebagainya.

“Ayah tahu tak..hari tu Angah masak Lempeng  Hawau  ,ibu puji masakan Angah…”

“Bila Angah beritahu ayah yang ajar,ibu terus menangis..”ujar Shafiah.

“Ibu cakap dia suka masakan ayah,ayam goreng  halia berlada….”sambung Shafiah.

“Wahhh..ibu kamu masih ingat ayam goreng  halia berlada…”balas Affan tersenyum.

“Ayah suka memasak..sejak sekolah menengah lagi ayah suka memasak…”balas Affan mengesat
matanya.

Ketika menjejakkan kaki ke hotel,Shafiah terperanjat apabila melihat potret ayahnya .

“Ayah …kenapa hotel ni ada gambar Ayah di reception ?”tanya Shafiah.

“Pelanduk dua serupa kot..…”balas Affan merendah diri .

Shafiah merenung  lukisan  potret ayahnya bersama mantan Perdana Menteri  Malaysia,

Dr Mahathir.

Adakah hotel ini milik ayah?

…………………………………………………………………………






                           VILLA SHAFIAH ,LANGKAWI


Shafiah turun dari kereta .

Sebuah banglo tiga tingkat dilihatnya.

Shafiah  menekan punat  alat kawalan jauh di dalam kereta dan  pintu pagar banglo terbuka  dan

Shafiah masuk ke dalamnya.

“Canggih betul banglo ni…….”Shafiah melihat pelbagai gambar,hasil karya,sijil

penghargaan,kertas dan pelbagai perhiasan disusun cantik dan teratur .

Semua barang-barang peribadi ayah ada di sini.Diari tahun 1984  hinggalah tahun terakhir

hayatnya dalam frame tergantung di dinding.

Shafiah melihat  frame bertulisan jawi  terpampang di ruang tamu.

   “Anakku Shafiah….Ayah hadiahkan banglo ini sebagai kenangan  kasih sayang kita.Berdoalah

agar kita bertemu di Syurga…Ayah sayangkan Shafiah dulu,kini dan selamanya”

Mata Shafiah berkaca.

Shafiah melihat sebuah kotak.

Shafiah membukanya dan melihat kertas kuning bertulisan tangan…

Dia membaca satu persatu..

“8 Jun 2002 ..

Aku amat bersyukur pada-Mu Tuhan Maha Pengasih kerna memberikan aku cahaya mata

perempuan….Aku namakan Shafiah sebab aku amat mencintai ibu kandungku yang bernama

Shafiah ….”

“8 Jun 2005…

Shafiah apa khabar ?Ayah sekarang di luar negara.Ayah sedang melihat mentari

tenggelam.Alangkah indah jika Shafiah ada di sisi Ayah…”

Mata Shafiah terus menerus bergenang…

“Ayah sentiasa menulis surat buatku namun ayah tidak poskan surat…….”bisiknya .

Ribuan surat ditulis ayahnya namun ia berada di dalam kotak tanpa dihantar .Shafiah membaca

satu persatu diiringi air mata.

Banglo di tepi pantai amat cantik….Semua perabot tersusun cantik dan teratur.

Semuanya menggunakan remote control .Membuka tingkap,TV,pintu,pagar dan sebagainya

hanya menggunakan alat kawalan jauh.

Shafiah melihat sebuah bilik .

“Kamar Cinta”

Shafiah masuk dan membuka lampu melalui remote control.

Mata Shafiah terbeliak…

Seorang lelaki sedang membaca …….Bau minyak wangi kesukaan ayahnya  “Malaikat Subuh”

semerbak.

“Ayah………………………………………..”

Shafiah memeluk Ayahnya.Amat terkejut.Terkesima.


“Bukankah  Ayah dah  meninggal di Amerika ?”Shafiah merembes memeluk ayahnya .

“Maafkan Ayah…Ayah terpaksa buat berita palsu sebab di Amerika perlukan propaganda.Jika

tiada berita Ayah meninggal dunia,pasti ayah tidak boleh terbang ke Malaysia..”jelas Affan.

“Amerika penuh dengan manusia hasad dengki dan retorik.Lihat sahaja Michael  Jackson

dibunuh dengan ubat tidur.Diana mati kemalangan…Kennedy dibunuh  dan ramai mati akibat

sikap  sang Algojo  yang rakus ….Ayah terpaksa buat berita palsu demi selamatkan diri dan

pulang ke Malaysia…”sambung Affan.


“Oooooooo……”Shafiah mengiyakan.

“Apa khabar anak mak ?”sapa Untie Ros.

“Baik mak…….”balas Shafiah.Shafiah bersalam dan mencium tangan ibu tirinya.

“Macam tu la anak mak…lepas ni jangan panggil untie lagi…”ujar Untie Ros.

“Mak…cerita la kisah cinta mak dan ayah…”Shafiah memulakan bicara.

Shafiah masih terkejut dan seakan tidak percaya.

       Apabila mendengar khabar berita kematian ayahnya di Amerika,Shafiah menangis sepanjang

hari kerana tidak sempat hadir pengkebumian ayahnya.Perjalanan yang jauh menyebabkan

Shafiah tidak berkesempatan melihat wajah ayah buat kali terakhir.

Hanya iringan doa dan bacaan Quran buat ayah tersayang.

“Angah tahu tak….kenapa mak jatuh cinta  ?Masa tu form one di SMR…Ayah ni memang pandai

Math dan selalu ajar mak …lama-lama jatuh cinta….Lepas tu ayah pindah sekolah arab dan tidak

pernah hubungi mak….”bicara Untie Ros mengimbau kenangan lama.

“Ayah pindah sekolah dan tidak hantar surat pun…..Tunggu punya tunggu ada orang pinang

mak,terima sahajalah!”

"Hadiah special dari Ayah kamu ialah daun setawar......"





“FB telah ketemukan kami semula setelah 33 tahun terpisah…..”

Shafiah tekun mendengar .

“Ayah kamu ni masa sekolah memang miang betul…masa tu mak free hair..matanya suka
tengok sana sini..kadang-kadang ditariknya rambut mak ”

Affan mencelah

“Mak kamu ni memang romantik sejak sekolah menengah.Selalu masukkan hadiah dalam beg
sekolah ayah…pensel,pemadam,pembaris ..”

“Tak sangka ayah dan mak bersama ketika usia emas..”sampuk Shafiah.

“Destinasi hidup kan ketentuan Allah…”balas Untie Ros.



………………………………………………………………………



Villa Shafiah

8 Jun 2065

“Assalamualaikum Angah…..Maafkan segala salah dan silap ayah…Selamat hari jadi.Ayah doakan

Angah sihat dan dipanjangkan usia .Datanglah rumah.Ayah dah siapkan kek special  buat Angah ”

SMS dari Ayah buat Shafiah termangu.

           Shafiah terus menghidupkan enjin kereta  BMW hadiah dari ayahnya dan pergi ke Villa
Shafiah.

          Kelihatan Ayah sedang bersantai di tingkat tiga dan memegang Quran.Setelah kematian

isteri tersayang Rosnah,ayah tinggal bersendirian dan berdikari.Puas Shafiah memujuk ayahnya

tinggal bersama,namun ayah enggan.

“Angah….ayah nak minta boleh tak ?”

“Apa  Ayah …?”

“Ayah nak baring di atas peha Angah….”

Shafiah pun duduk bersila dan mencabut uban-uban  yang semakin memenuhi kepala ayahnya.

“Angah…..boleh tak nyanyikan lagu yang selalu ayah nyanyikan masa Angah kecil ?”

Shafiah senyum dalam kesedihan.

Mata Shafiah berkaca.

“Satu dua kucing berlari…

mana nak sama si kucing belang…
Semua anak boleh jauh pergi
Namun Shafiah hanya seorang…..
Susu lemak manis
santan kelapa muda
Shafiah jangan nangis
Ayah banyak kerja …”


Affan menghembuskan nafas panjang ….degupan jantung semakin kencang .


Shafiah mengajarkan talkin .

“LAILAHAILLALLAH………………………….”

dan mengakhiri hayatnya di atas peha Shafiah……..

                                   Shafiah kehilangan ayah tersayang di hari jadinya……………….


                                                               
  -------TAMAT ~~

Terima kasih membaca   
GLOSARI :


Sekolah Menengah Rendah Masjid Tanah Melaka : Nama sebuah sekolah menengah di Melaka.

Rosnah Mokhtar : Cinta pertama Affan

Cikgu Md Jani : Guru SMR mengajar subjek Sejarah.Beliau meninggal dunia di Mekah.

SMK Sharifah Rodziah Melaka : Nama sebuah sekolah menengah agama di Melaka.Pelajarnya wanita sahaja.

Universiti Islam Madinah : Universiti yang terletak di Madinah,Arab Saudi dan memberikan biasiswa kepada semua mahasiswa.Setiap tahun kira-kira 5000 pelajar dari seluruh dunia akan diambil melalui proses temuduga kedutaan Arab Saudi di negara-negara tersebut.

Sendu : sedih dan pilu

The Washington Post : Akhbar Amerika sejak tahun 1877.

Termangu : termenung-menung (kerana susah hati, bingung, dll)

Kampung Londang : Nama sebuah kampung terletak dalam Parlimen Masjid Tanah dan Londang adalah nama sejenis pokok.

Khapkhonkhap : Terima kasih ( bahasa Thailand )


Hawau : Dialek Melaka bermaksud tak guna ."Kau ni hawau!

Remote control : Alat kawalan jauh

Malaikat Subuh : Nama minyak wangi ,ia dijual di pasaraya Mydin dll.

Algojo : orang yg zalim lagi kejam.

Math : Ringkasan Mathematic

Romantik : 1. memberikan suasana (gambaran dsb) spt yg terdapat dlm cerita roman (percintaan dll); 2. memperlihatkan suasana yg penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan, dsb spt dlm alam percintaan: alangkah ~nya pemandangan di sini.


Special : Istimewa

Talkin : Bimbingan mengucapkan kalimah syahadah yg dibisikkan pd telinga seseorang mukmin yg sedang menghadapi saat kematian atau dlm keadaan sakaratul maut.

Terkesima : tercengang

Pustaka Kamat : Nama sebuah kedai buku di Masjid Tanah Melaka dan ia masih wujud sehingga sekarang .

Daun Setawar  Nama Saintifik : Kalanchoe pinnata

Pokok Setawar atau Setawa, merupakan sejenis pokok yang amat menarik kerana cara pembiakannya yang menghasilkan anak pokok pada tepi daunnya. Daun pokok setawar yang tebal dan berair itu diselatupi dengan bahan berlilin bagi memperlahankan kadar kehilangan air. Selain itu, daunnya yang tebal dan berair itu mampu membekalkan makanan dan air kepada anak pokok yang bercambah pada bahagian tepi daun.

Kegunaan dalam PERUBATAN :

Fungsi barat (Western Functions): Anti-radang, hemostatic; mengurangkan kebengkakan, mempercepatkan penyembuhan.

Fungsi bertenaga (Energetic Functions): Membersihkan haba dan toksin, membersihkan haba dan menyejukkan darah, mencergaskan darah (invigorates blood).

                            Sumber Glosari  : DBP,Wikipedia ,blog  dan sebagainya



  


Cerpen ini tiada kaitan yang hidup atau telah mati…..


                      COPYRIGHT SUKUN 2021
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.782934 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list