CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2737|Reply: 0

Huawei Nova 8 Pro: Ini Maklumat Pelancarannya - SoyaCincau

[Copy link]
Post time 4-1-2021 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Hanif Azrai

Pengguna dalam pasaran China ada dua telefon Huawei baru untuk dibeli. Gergasi China itu telah mengumumkan Huawei Nova 8 dan Huawei Nova 8 Pro yang kedua-duanya menyokong rangkaian 5G.

Berikut adalah harga jualan siri Nova 8 di sana:

Nova 8 (8+128) – RMB3,299 (RM2,047)
Nova 8 (8+256) – RMB3,699 (RM2,295)
Nova 8 Pro (8+128) – RMB3,999 (RM2,481)
Nova 8 Pro (8+256) – RMB4,399 (RM2,729)
Nova 8 Pro


Varian ini adalah yang berspesifikasi paling tinggi dalam kalangan yang dilancarkan . Tapi perbezaannya taklah terlalu ketara dengan Nova 8 biasa.



Ia lebih besar dengan paparan OLED FHD 6.72”. Ciri flagship pada siri ini adalah refresh rate setinggi 120Hz dengan touch sampling setinggi 240Hz.

Atas papan utama, ia diperkasa Kirin 985 5G dengan pilihan storan sama ada 128GB ataupun 256GB. Tak kisah varian storan mana yang dipilih, mereka hadir dengan 8GB RAM.



Pada Nova 8 Pro ada 6 kamera semuanya, 4 dibelakang dan dua didepan. Bahagian belakang ada kombinasi kamera:

64MP
8MP (ultralebar)
2MP (potret)
2MP (makro)



Selfie pula diambil dengan salah satu daripada dua kamera yang ada. Salahs atunya ada sensor 32MP manakala yang lagi satu ada kamera 16MP.

Menguasakan telefon ini adalah bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 66W.

Nova 8
Kalau dilihat pada Nova 7 5G yang sdia dibeli di Malaysia pada RM1,999. Specs-nya tak jauh sangat bezanya kecuali pada fizikaliti.



Nova 8 sedikti besar pada 6.57” tapi miliki paparan OLED 90Hz. Lubang kamera selfie pula kini berada di bahagian tengah telefon untuk tempatkan kamera 32MP.

Ia masih digerakkan SoC Kirin 985 seperti versi Pro dan Nova 7 beserta storan sama ada 128GB dan 256GB. Kedua-dua pilihan ini didatangkan dengan RAM seluas 8GB.



Nova 8 ada 4 kamera belakang dengan kombinasi

64MP
8MP (ultralebar)
2MP (potret)
2MP (makro)



Specs kamera itu sama macam Nova 8 Pro tapi berbeza daipada Nova 7 5G kerana kamera telefoto pada model generasi sebelum ini digantikan dengan kamera ultralebar.

Baterinya 3,800mAh dengan pengecasan pantas 66W.

[Sumber: Huawei, 2]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.055511 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list