CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23973|Reply: 280

[Tempatan] Banjir sudah merebak ke 6 negeri ....Johor, pahang , terengganu , selangor , kel

[Copy link]
Post time 4-1-2021 09:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by blastoff at 5-1-2021 01:25 AM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/771865/banjir-di-enam-negeri-lebih-16500-mangsa-dipindahkan


Banjir di enam negeri, lebih 16,500 mangsa dipindahkan

[size=0.8]Januari 3, 2021 @ 6:57pm

[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=]84[/url]




Tiga daerah mula dilanda banjir di Perak, daerah Muallim paling terjejas.













KUALA LUMPUR: Enam negeri dilanda banjir dengan kejadian terbaharu di Kelantan dan Perak manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara termasuk di Johor, Pahang, Terengganu dan Selangor terus meningkat kepada seramai 16,546 orang, pagi ini.
Di KELANTAN, Gua Musang menjadi jajahan pertama dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak malam tadi dengan dua PPS dibuka bagi menempatkan 296 mangsa daripada 73 keluarga.
Berdasarkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 279 daripada 68 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra 1 manakala 17 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Papan.

DISYORKAN UNTUK ANDA







Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim (kiri) bertanya khabar mangsa banjir di PPS SMK Tengku Indera Petra 1, hari ini. - Foto NSTP/Ramli Ibrahim
Menurut infobanjir.water.gov.my, paras Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 59.27 meter, setakat 8 pagi ini.
Tiga lagi sungai iaitu Sungai Lebir di Tualang dan Sungai Kelantan di Kuala Krai serta Sungai Galas di Dabong mencatatkan bacaan melepasi paras waspada.



Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 92 dekat Lojing ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah bukit runtuh sepanjang dua kilometer yang dipenuhi batu, kayu dan lumpur. - Foto BERNAMA
Di PERAK, tiga daerah mula dilanda banjir menyebabkan 615 penduduk daripada 161 keluarga dipindahkan ke 10 PPS setakat 8 pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata Muallim menjadi daerah paling teruk terjejas banjir apabila 477 mangsa dipindahkan ke tujuh PPS.
Di daerah Kampar, 27 mangsa dari Kampung Batu 20 dipindahkan ke dewan kampung itu dan 26 mangsa dari Kampung Pasir Kuala Dipang dipindahkan ke Dewan Dato Azman Mahalan selepas rumah mereka dinaiki air.

Penduduk, Husni Abdullah mengambil kesempatan menjala ikan setelah Taman Tasik YDP digenangi air akibat limpahan air Sungai Slim. - Foto NSTP/Rosman Shamsudin
"Di Hilir Perak pula, 85 mangsa dari Kampung SC Ayer Hitam, Kampung Tengah Ayer Hitam, Kampung Sungai Rambai Chikus dan Batu 9 Simpang 3, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan ditempatkan ke Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan," katanya.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 7,112 orang daripada 1,854 keluarga di lapan daerah setakat 8 pagi tadi, berbanding 6,391 orang malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor R Vidyananthan berkata setakat ini, 68 PPS dibuka dengan 20 di Kota Tinggi, Kluang (19), Johor Bahru (10), Mersing (enam), Kulai (lima), Segamat dan Pontian, masing-masing tiga dan dua di Batu Pahat.
Kluang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,527 orang, diikuti Kota Tinggi (2,029), Johor Bahru (1,279), Kulai (581), Mersing (513), Pontian (347), Batu Pahat dan Segamat, masing-masing 65 orang.
Sementara itu, tiga laluan di Kota Tinggi masih ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Sungai Sayong di Jambatan Sungai Sayong, Jalan Tun Sri Lanang di Bandar Kota Tinggi, Jambatan Jalan Semangar manakala Jalan Mawai Lama dibuka untuk laluan kenderaan berat sahaja.

Kelihatan beberapa penduduk mengharungi air yang menaiki jalan raya di bandar Kota Tinggi. - Foto BERNAMA
Jalan Haji Suhud Taman Muhibbah, Johor Bahru masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan jambatan runtuh manakala di Mersing, Jalan Jemaluang-Batu Pahat serta Jalan Kota Tinggi-Mersing dibuka untuk kenderaan berat sahaja.
"Sementara itu, Jalan Batu Pahat-Mersing di Ladang Pak Loh serta Jalan Batu Pahat-Kluang di Sekolah Menengah Kahang juga masih ditutup kepada kenderaan ringan. Jalan Batu Pahat-Mersing di Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan Hock Huat ditutup untuk semua kenderaan," katanya.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 7,603 orang daripada 2,708 keluarga berbanding 3,979 orang, malam tadi.
Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 7.30 pagi ini, 164 PPS telah dibuka membabitkan sembilan daerah terjejas di negeri itu.
Kuantan masih mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 2,174 orang diikuti Raub (1,401), Maran (943), Jerantut (878), Rompin (704), Lipis (684), Temerloh (509), Bentong (219) dan Pekan (91).
Portal berkenaan turut memaklumkan Sungai Semantan dan Sungai Pahang di daerah Lipis, Kuantan, Raub, Jerantut kini melepasi tahap bahaya.
Sementara itu, ANIH Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan laluan kilometer (KM) 84.6-84.7 (Lanchang) Lebuhraya Pantai Timur 1 di kedua-dua hala ditutup sepenuhnya mulai 11.30 malam tadi susulan limpahan air melibatkan kedalaman satu meter.
Pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu persimpangan Lanchang-Felda Lakum-Bukit Damar-Mempaga-Chinta Manis- Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK).
Bagi laluan Lanchang di KM113 hala Timur, lorong kiri dan kecemasan ditutup manakala bagi arah barat hanya lorong kecemasan sahaja ditutup susulan dinaiki air.
Di TERENGGANU, mangsa banjir meningkat kepada 804 orang daripada 205 keluarga setakat 8 pagi berbanding 138 orang pada petang semalam, menurut Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.

Keadaan banjir di sebuah kampung di Dungun. - Ihsan APM Terengganu

Keadaan banjir di sebuah kampung di Dungun. - Ihsan APM Terengganu

Keadaan banjir di sebuah kampung di Dungun. - Ihsan APM Terengganu
Beliau berkata di Kemaman, jumlah mangsa meningkat kepada 609 orang daripada 145 keluarga dengan penambahan lima PPS menjadikan keseluruhan enam PPS ketika ini di daerah itu.
"Di Dungun pula, mangsa bertambah kepada 195 orang daripada 60 keluarga berbanding 92 orang daripada 29 keluarga sebelum ini. Terdapat penambahan satu lagi PPS menjadikan jumlah keseluruhan PPS beroperasi ialah di tiga lokasi setakat ini," katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan stesen bacaan di tiga sungai iaitu Sungai Tebak di Jambatan Tebak dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik di Kemaman serta Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun merekodkan kenaikan air sungai melebihi paras bahaya setakat 8 pagi ini.

Anggota APM Daerah Hulu Selangor melakukan pemantauan di kawasan rumah penduduk dalam usaha menyelamatkan dan memindahkan penduduk yang terjejas akibat kejadian banjir di Sungai Selisik, Hulu Selangor. - Foto FB APM Hulu Selangor
Di SELANGOR, 116 mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih ditempatkan di dua PPS di Hulu Bernam setakat 8 pagi tadi.
Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN) Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir berkata kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Baru A dan Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah Sungai Selisek. – BERNAMA








Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2021 09:18 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 4-1-2021 09:19 PM

air2 sungai yg makin naik di negeri pahang dan johor tu akan mengalir ke negeri2 sekitarnya lah ...lalu tak dapat tidak banjir akan melanda negeri2 yg sungainya sambung menyambung tu ler......

Hati2 semua ya dgn kereta2 anda yg tinggal di kawasan rendah ... banjir kali ni luar biasa so take extra precaution utk bawa kereta  anda ke tempat tinggi seberapa segera.

Perlu aware pada aras air di sungai berhampiran tempat tinggal anda
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 4-1-2021 09:18 PM
air2 sungai yg makin naik di negeri pahang dan johor tu akan mengalir ke negeri2 sekitarnya lah ...l ...

Tadi kan i dgr kat berita , sorg bapa n anak2 bawa pindahkan kete ke tempat tinggi pastu jalan kaki nak balik umah redah air banjir pastu si bapa tu hanyut dan meninggal
Sedih betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 09:23 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 4-1-2021 09:24 PM
clarizsa replied at 4-1-2021 09:20 PM
Tadi kan i dgr kat berita , sorg bapa n anak2 bawa pindahkan kete ke tempat tinggi pastu jalan kak ...

itu dia cuba pindahkan dlm keadaan air dah naik ler tu .....perlu aware aras sungai , jgn tunggu dah banjir mula naik baru nak pindahkan kerana aras air akan naik cepat bukannya pelan2

Pahang sungainya luas2 ... lalu air yg mengalir ke sungai lebih sempit di negeri lain plak for sure akan naik ke dataran lebih pantas hingga jadi aras pingangg sat je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 09:26 PM | Show all posts

https://www.utusan.com.my/nasional/2021/01/615-mangsa-banjir-di-perak/

615 mangsa banjir di Perak

ANGGOTA bomba membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di Teluk Intan, Perak semalam. - IHSAN BOMBA


  • Oleh ASLIZA MUSA
  • 4 Januari 2021, 9:22 am


IPOH: Seramai 615 penduduk daripada 161 keluarga  dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini berikutan hujan berterusan sejak pagi semalam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, sehingga pukul 7.30 pagi ini, seramai 456 penduduk sekitar Slim River ditempatkan di tujuh PPS.
Katanya, sebahagian daripada mangsa di Slim River diselamatkan anggota bomba menggunakan bot.
“PPS yang dibuka di Slim River ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balun (171 orang), Pejabat Kemas Kampung Balun (100 orang), Sekolah Agama Slim Village (45 orang) dan Dewan Slim Village (42 orang).
“PPS Dewan Kampung Pasir pula menempatkan 38 mangsa, Surau An-Nur Hidayah Kampung Sungai Muda (32 orang) dan Dewan Kampung Pasir melibatkan 28 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, di Teluk Intan, seramai 85 penduduk dipindahkan ke PPS Majlis Perbandaran Teluk Intan melibatkan dua lokasi yang dinaiki air iaitu di Kampung SC Ayer Hitam dan Kampung Tengah Ayer Hitam.
“Seramai 53 penduduk Kampung Batu 20 dan Kampung Pasir Kuala Dipang di Kampar ditempatkan di dua PPS iaitu di Dewan Batu 20 dan Dewan Dato Azman Mahalan.
“Di Tanjung Malim, seramai 21 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Pauh,” katanya. – UTUSAN ONLINE







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga selamat & cepat berakhir bencana ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2021 09:33 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 4-1-2021 09:34 PM

6 sungai di pahang melepasi paras bahaya. Jadi semua air2 nih akan end up mengalir ke sungai2 di negeri2 berhampiran ya....



BANJIR | Situasi Banjir Di Pahang Lebih Buruk
•3 Jan 2021










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 09:48 PM | Show all posts

Mangsa banjir enam negeri meningkat lebih 16,500
•3 Jan 2021








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2021 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian betol. Banyak cerita sedih yg tiba2 pasal banjir kali ini. Korng bersedekahlah sebagai ikhtiar semoga Tuhan selamatkan kita masa2 susah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 10:00 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 5-1-2021 03:46 PM

Bandar kota tinggi lumpuh ...... tak pernah berlaku lagi sejak 15 tahun lepas.




KOTA TINGGI: Selepas 15 tahun dilanda banjir besar, pusat bandar ini sekali lagi ditenggelami air Sungai Johor yang melimpah sejak Sabtu lalu.


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal taun dh berita sedih bertimpa...semoga dipermudahkn..cpt la berakhir bencana  banjir ni.dgn covid lg..bermcm2 dugaan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 10:08 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 4-1-2021 10:10 PM
rosmahisham replied at 4-1-2021 10:01 PM
Awal taun dh berita sedih bertimpa...semoga dipermudahkn..cpt la berakhir bencana  banjir ni.dgn cov ...

Covid tu tak ada apa2 pun sekadar demam biasa tapi telah di jadikan alasan oleh kerajaan yg kejam utk tutup masjid2 di seluruh malaysia selama ni sesambil di halau yg nak solat melainkan 6 org AJK je ......itu sama mcm tutup teruih la tuuu
ada yg di buka semula plak cuma di benarkan hanya 40 org je bermakna yg selebihnya kena halau pulang ler.... punya dok guna alasan pandemik utk halang org pi ibadah di masjid2

Tup tup berlaku banjir luar biasa camni baru lah kalut nak soh org ramai2 berdoa itu ini ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 10:14 PM | Show all posts

12 federal, district roads closed in Kota Tinggi due to floods
•3 Jan 2021





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 10:17 PM | Show all posts

Pahang floods: Several roads closed, number of victims continues to rise
•3 Jan 2021




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 10:22 PM | Show all posts



Bas Sani Ekspress Redah Banjir di Raub Pahang
•4 Jan 2021









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 10:24 PM | Show all posts




air banjir dah mula naik di bus stand Kluang hati-hati semua
•4 Jan 2021








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2021 10:24 PM | Show all posts
Kejadian banjir kali ni banyak kejadian meragut nyawa, pemimpin masih lena, semua lambat bertindak...padahal ni bukan first time banjir. Tiap2 tahun banjir, yang mampu sediakan pusat banjir je. Semua gagal TOTAL...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kelate  banjir ko cakap sistem perburitan cikai..skrang what say you sis? Johor darul maju pun elohim cashkan dan meninggalkan kesan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 10:28 PM | Show all posts




Banjir Teruk di Johor 2021 - Sungai Sayong
•4 Jan 2021






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2021 10:31 PM | Show all posts
famri7 replied at 4-1-2021 10:26 PM
Dulu kelate  banjir ko cakap sistem perburitan cikai..skrang what say you sis? Johor darul maju pun  ...

Selangor tu akan banjir teruk gakk ....... berjaga2 semua rakyat selangor ....aware aras sungai kang keta tak sempat diselamatkan .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8786 Replies : 113
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 121693 Replies : 712
'Saya masih sayangkan Fazura'
maklukpenggoda'Saya masih sayangkan Fazura'
Views : 75223 Replies : 107
Che Ta berang org kutuk anak dia baju mcm pelacur, muka mcm jawa ada hati nak hantaran 900k..
ModngengadeChe Ta berang org kutuk anak dia baju mc
Views : 11688 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 99194 Replies : 5283
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 58921 Replies : 554
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 45524 Replies : 360
Ringgit Malaysia terus melonjak
maklukpenggodaRinggit Malaysia terus melonjak
Views : 78080 Replies : 16
[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko Jun, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra
Rahah[MBC 2024] BLACK OUT - Byun Yo Han, Ko J
Views : 27735 Replies : 43
Edisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysia 2024
telracsEdisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysi
Views : 32920 Replies : 67

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.067634 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list