CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1612|Reply: 2

Tidur Di Atas Lantai Boleh Undang Bahaya Pada Kesihatan - FMT

[Copy link]
Post time 5-1-2021 09:55 AM | Show all posts |Read mode

Terlalu lama tidur di atas lantai boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. (Gambar Rawpixel)


Apabila cuaca panas, ramai yang suka tidur di lantai kerana jubin lebih sejuk dan memberi kelegaan untuk tidur. Tetapi tahukah anda, tidur di atas lantai boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan?

Berikut adalah kesan negatif akibat tidur di lantai:

1. Gejala sakit punggung

Dalam satu kajian yang dilakukan kepada 313 orang dewasa, mendapati, permukaan keras pada lantai boleh meningkatkan rasa sakit pada punggung. Namun, ianya perlukan kajian yang lebih mendalam untuk mengetahui sebab ia terjadi.

2. Penyebab alahan

Lantai biasanya mempunyai debu dan kotoran yang paling banyak dari permukaan lain di dalam rumah. Permukaan lantai juga boleh menjadi tempat pengumpulan debu dan tungau.

Sekiranya tubuh anda sensitif atau alah terhadap debu maka, ia boleh menyebabkan badan menjadi gatal, anda kerap bersin, batuk dan sukar untuk bernafas.

3. Menyebabkan demam atau sakit

Permukaan lantai yang sejuk boleh menyebabkan risiko badan menjadi sakit dan demam lebih tinggi.

Sebenarnya, tidak menjadi masalah jika ingin sesekali tidur di atas lantai namun, jika dilakukan secara berterusan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Selain itu, orang-orang dalam kondisi tertentu juga tidak disarankan untuk tidur di atas lantai kerana mereka sangat mudah mengalami berbagai masalah kesihatan.

Kelompok tersebut adalah:

Warga emas atau orang lanjut usia

Bertambahnya usia, tulang cepat menjadi lemah, dan kita kehilangan banyak lemak. Ia boleh meningkatkan risiko patah tulang atau menurunkan suhu tubuh yang ekstrim ketika tidur di lantai.

Orang yang sensitif terhadap cuaca sejuk

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti anemia, diabetes jenis 2, dan hipotiroidisme sangat sensitif terhadap suhu sejuk.

Ketika tidur di lantai, mereka dengan kondisi tersebut akan mudah mengalami penurunan suhu badan sehingga mudah merasa dingin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2021 08:00 AM | Show all posts
tak elok tido atas lantai.. hard surfaces boleh cause decubitus ulcers, rosak tulang belakang dan also disturbed sleep lalu membawa kepada poor sleep hygiene
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Den mmg xleh tido atas lantai sesaja. Sensitif bdn den ni, mudah sakit. So glad to read that it is normal. Ingatkn den abnormal dah td . Thx for sharing tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.607956 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list