CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1622|Reply: 3

Kalau Anda Selalu Letih & Badan Menyusut, Itu Tanda Hormon Tak Seimbang - FM

[Copy link]
Post time 5-1-2021 03:29 PM | Show all posts |Read mode

Hormon yang tidak seimbang boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. (Gambar Rawpixel)


Ketidakseimbangan hormon boleh menjadi punca pelbagai masalah berkaitan kesihatan, tidak kira sama ada kepada lelaki mahupun wanita.

Dalam perkongsian ini, kita akan menjelaskan kesan hormon yang tidak seimbang kepada individu lelaki.

Keadaan kesihatan berkaitan perubahan hormon

Perubahan hormon sukar untuk dikendalikan, terutamanya jika anda tidak menyedari bagaimana bahan kimia dalam tubuh berfungsi.

Dengan pertambahan usia, terdapat perubahan pada fungsi tubuh, pola tidur dan tahap tenaga – yang biasanya dikaitkan dengan ‘penuaan’. Namun, apa yang tidak diketahui ramai adalah perubahan yang berlaku disebabkan oleh keadaan yang dikenali sebagai ‘ketidakseimbangan hormon’.

Apa itu ketidakseimbangan hormon?

Hormon adalah bahan kimia di dalam tubuh yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin. Hormon akan bergerak melalui aliran darah untuk mencapai organ dan tisu tubuh serta mengatur fungsi seperti:

Selera makan dan metabolisme
Kitaran tidur
Kadar degupan jantung
Fungsi seksual dan pembiakan
Pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan
Tahap mood dan tekanan
Suhu badan
Ketidakseimbangan hormon berlaku apabila tubuh menghasilkan terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon penting dalam aliran darah. Walaupun keadaan ini tidak mendatangkan bahaya, namun situasi ketidakseimbangan besar boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan diri.

Jenis hormon tidak seimbang kepada lelaki

Dalam kesihatan, testosteron dianggap sebagai hormon lelaki utama, selain hormon seperti kortisol, insulin dan tiroid.

Keadaan hormon yang tidak seimbang ini boleh menyebabkan salah satu daripada 4 jenis ketidakseimbangan hormon utama pada lelaki iaitu:

Andropaus
Tahap testosteron rendah boleh menyebabkan andropaus atau lebih dikenali sebagai ‘menopaus lelaki’.

Keletihan adrenal
Tahap kortisol yang rendah bergabung bersama hormon stres, boleh menyebabkan keletihan adrenal. Selalunya berpunca daripada pendedahan yang lama terhadap tekanan.

Hipotiroidisme

Kelenjar tiroid yang tidak aktif mengakibatkan pengeluaran hormon rendah, sekali gus menyebabkan hipotiroidisme.

Hipertiroidisme
Keadaan ini pula berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif, secara tidak langsung meningkatkan metabolisme dan menghasilkan hormon dalam jumlah yang tinggi.

Jika perlu, ia boleh dikeluarkan melalui proses pembedahan.

Punca hormon tidak seimbang

Terdapat banyak punca yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon pada lelaki. Sebab utama termasuklah:

Pendedahan yang berpanjangan kepada tekanan kronik
Diabetes jenis 1 dan jenis 2
Hiperglikemia dan hipoglikemia
Hipotiroidisme dan hipertiroidisme
Pemakanan dan pemakanan yang tidak seimbang
Berat badan berlebihan, gemuk atau anoreksia
Kawalan kelahiran atau ubat penggantian hormon
Penggunaan steroid secara berlebihan
Tumor hipofisis, tumor jinak, masalah kanser dan rawatan kanser
Tahap kortisol tinggi atau rendah (Sindrom Cushing atau Penyakit Addison)
Kekurangan iodin
Kecederaan kelenjar endokrin
Pankreatitis keturunan

Kenal pasti simptom ketidakseimbangan hormon

Setiap individu akan mengalami turun naik hormon sepanjang hayat mereka. Ia mungkin berlaku apabila sistem endokrin tidak berfungsi dengan optimum.

Kelenjar endokrin bertanggungjawab untuk menghasil, menyimpan dan melepaskan hormon ke dalam darah. Kelenjar endokrin yang berbeza akan mengawal pelbagai aspek fungsi tubuh dan boleh menunjukkan gejala seperti:

Penurunan berat badan secara tiba-tiba dan tidak dapat dijelaskan.
Berpeluh berlebihan.
Kesukaran tidur dan sakit kepala.
Perubahan kepekaan panas dan sejuk.
Kulit kering atau ruam kulit.
Perubahan degupan jantung dan tekanan darah.
Kerengsaan, kegelisahan, kemurungan.
Peningkatan dahaga dan kerap membuang air kecil.
Tulang rapuh atau lemah.
Keletihan yang tidak dapat dijelaskan dan berpanjangan.


5 cara kembalikan keseimbangan hormon secara semula jadi

Ketidakseimbangan hormon adalah keadaan biasa yang berlaku pada hari ini selari dengan peningkatan usia. Ia disebabkan oleh amalan gaya hidup yang serba pantas serta diet pemakanan yang tidak sihat, selain kurang melakukan aktiviti fizikal.

Walau bagaimanapun, ada cara untuk mengekalkan tahap hormon agar sentiasa seimbang secara semula jadi.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan oleh kaum lelaki:

1. Tambahkan protin yang mencukupi dalam makanan

Protin memberikan asid amino penting dalam tubuh yang membantu mengekalkan kesihatan otot, kulit dan tulang. Selain itu, protin juga

mempengaruhi pembebasan hormon ghrelin dan leptin, yang mengawal selera makan.

2. Lakukan senaman fizikal secara berkala

Aktiviti fizikal membantu mengurangkan kadar insulin di dalam tubuh dan bermanfaat untuk pengawalan hormon. Sudah tentu tabiat sihat ini secara tidak langsung dapat mengelakkan ketidakseimbangan hormon.

3. Elakkan pengambilan gula dan karbohidrat diproses

Pastikan kadar gula dan karbohidrat terkawal untuk mengelakkan penyakit diabetes, obesiti, dan penyakit lain.

4. Menguruskan tekanan dengan berkesan

Dua hormon utama yang dipengaruhi oleh tekanan adalah kortisol dan adrenalin. Cuba peruntukkan sedikit masa dalam sehari untuk melakukan perkara yang membantu mengurangkan tahap tekanan.

5. Pengambilan lemak sihat

Masukkan lemak semulajadi berkualiti tinggi seperti ikan berlemak, avokado, coklat gelap, telur, dan kekacang. Ini dapat membantu

mengurangkan daya tahan insulin dan selera makan serta menjaga hormon agar sentiasa dalam keadaan terkawal.

Kesimpulan

Pemakanan berkhasiat dan pilihan gaya hidup sihat dapat membantu menjaga kesihatan hormon anda. Walau bagaimanapun, berjumpalah dengan doktor dan bincangkan diet terbaik yang bersesuaian dengan anda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2021 04:02 PM | Show all posts
Info yang  sangat bermanfaat, terima kasih TT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 07:58 AM | Show all posts
TATT ie tired all the time, perlu di selidiki punca nya..usually, ada sesuatu dan docs out there do not ever ckp to your patients ah it will all go away.

of course jika ada berat susut tanpa sebab, jgn duduk diam2 but go to your docs .. byk causes nya including cancers
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ah, i see. Thx tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.068202 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list