CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 779|Reply: 0

Wawasan Kim Swee - Harian Metro

[Copy link]
Post time 6-1-2021 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Ong Kim Swee

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiga penekanan khusus termasuk memperkasakan bidang kejurulatihan bakal dijadikan fokus utama buat Pengarah Teknikal baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee yang percaya misi untuk melahirkan lebih ramai pemain berbakat terletak di tangan jurulatih berpengetahuan.

Kim Swee, 50, berkata, selain aspek kejurulatihan, beliau juga akan menjalinkan kerjasama dengan pasukan luar negara bagi memberi peluang buat pemain dan jurulatih tempatan menimba ilmu dan pengalaman baharu dalam bola sepak.

Selain itu, keseragaman falsafah bola sepak negara juga antara agenda penting buat bekas pengendali skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda itu seperti digariskan dalam pelan tindakan F:30 yang menyasarkan untuk meletakkan Malaysia antara lima pasukan bola sepak terbaik di Asia menjelang tahun 2030.

"Semua ini memerlukan masa dan ia tak boleh nak dapatkan dalam sekelip mata. Untuk menjayakannya kita harus mengambil masa bukan sahaja dari segi pemain tetapi juga jurulatih. Sekarang ini kita kekurangan jurulatih muda yang terbabit dalam pasukan utama dan juga pasukan kebangsaan.

"Jadi, apabila saya menerima jawatan ini, saya ingin pastikan kita mempunyai ramai jurulatih berpengetahuan dari segi kejurulatihan termasuk menjadi instruktur untuk kursus yang kita kendalikan seperti lesen A, B dan C.

"Pembangunan jurulatih lebih penting sekarang bagi saya, di mana jika kita mempunyai jurulatih yang cukup baik pasti akan memberi kita kelebihan dan akan dapat cungkil pemain yang lebih baik.

"Dari sudut pasukan kebangsaan pula, kita berada dalam landasan cukup baik untuk layak ke Piala Asia secara merit. Aksi pasukan negara bertambah baik dengan keputusan positif dan pada masa sama, ramai pemain muda yang diserapkan ke dalam skuad kebangsaan dan juga berkelana di luar negara.

"Bukan sahaja memastikan semua peringkat bertambah baik tetapi mendapatkan kerjasama dengan pasukan ataupun kelab besar di Asia terlebih dahulu untuk memberi peluang kepada pemain muda kita dan juga pasukan kita mengadakan latihan lebih terperinci di luar negara," katanya kepada Arena Metro.

Beliau berkata, DNA bola sepak Malaysia yang sudah diperkenalkan tiga tahun lalu akan tetap diteruskan dengan setiap peringkat dalam sistem piramid bola sepak tempatan harus menggunakan falsafah sama.

"DNA takkan berubah, saya lebih mementingkan mengenai falsafah kita. Paling penting kita harus melihat apa kebaikan yang ingin kita lakukan dari segi corak permainan terutama mengikut apa yang dilakukan pasukan kebangsaan dan juga rata-rata pasukan kelab yang bermain di peringkat tinggi.

"Jadi ini untuk menyelaraskan semua pasukan supaya apabila pemain dipanggil untuk pasukan kebangsaan baik di peringkat senior mahupun remaja mempunyai falsafah yang sama. Jadi, kelab juga memainkan peranan penting untuk kita memastikan corak permainan kita sentiasa diselaras," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.410920 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list