CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2035|Reply: 15

Jangan Pukul Rata Semua Pengayuh Basikal, Newbies Yang Bermasalah

[Copy link]
Post time 7-1-2021 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Jangan "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga". Itulah luahan beberapa pengayuh basikal tegar yang terkena tempias gara-gara tindakan kurang sopan segelintir pengayuh yang tidak menjaga aspek keselamatan dan mencetuskan kemarahan masyarakat.


Mereka menganggap sikap kelompok itu mencalar imej pengayuh basikal yang sejak sekian lama memperjuangkan hak pengayuh agar pihak berkuasa meningkatkan kemudahan untuk pengayuh basikal di negara ini.




Kredit foto: Firefox Bikes






Ada beberapa kategori pengayuh basikal iaitu kumpulan veteran terdiri daripada mereka yang sudah berbasikal lebih 10 tahun dan kategori beriadah yang sering berkayuh secara selamat di taman atau kawasan perumahan. Namun, yang menjadi perbualan hangat adalah kategori newbies iaitu kumpulan yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan.


Kewujudan mereka semakin dirasai sejak awal tahun ini ekoran penularan COVID-19 yang menghalang pergerakan masyarakat untuk melakukan aktiviti lain seperti melancong.


Golongan ini membeli basikal serta berpusu-pusu keluar ke jalan raya tanpa mempelajari peraturan asas iaitu isyarat tangan mahupun aspek keselamatan lain seperti keperluan lampu dan loceng.


"Yang buat hal ini kebanyakannya pengayuh basikal yang baru sertai aktiviti berbasikal. Mereka ini kayuh basikal sebab trend, bukannya sebab minat sejati.

“Memang benar Malaysia kurang lokasi sesuai untuk aktiviti berbasikal, tetapi pengayuh kena pandai merancang dan berkayuh dengan cara selamat.

"Menggunakan basikal mahal bukan alasan untuk bermegah di jalan raya tetapi harus ingat, jalan raya itu ada pengguna yang lain," kata Nazahiyah Mohd Hadzir, 35, yang mula berkayuh sejak tahun 2011 sebagai hobi.


Seorang lagi pengayuh, Arif Billah, 35, yang sudah lebih 12 tahun aktif dalam sukan berbasikal berkata, adalah lumrah untuk mengecam individu yang tidak bertanggungjawab dan bertindak salah namun pengguna jalan raya yang lain juga harus faham bahawa pengunaan jalan raya adalah hak bersama.


Anak kelahiran Kuala Lumpur itu menasihati pengayuh basikal untuk patuh undang-undang ketika berkayuh di jalan raya seperti berhenti di lampu merah, pakai topi keledar, pastikan ada lampu dipasang di hadapan dan belakang.  

"Banyakkan berkayuh dengan mereka yang lebih berpengalaman kerana banyak benda yang boleh dipelajari seperti isyarat tangan ketika berkayuh yang pelbagai jenis, etika berkayuh, cara berkayuh dalam kumpulan dan sebagainya. Ini semua boleh dipelajari oleh mereka yang berpengalaman," katanya.




Sumber: BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2021 11:38 AM | Show all posts
daripada kau melalak sana sini acah2 victim
baik kau org yg bajet otai  ni
g educate sikit barua2 nubis tu cmne nk berbasikal
ni sume pun nk sembang kencang je
apa jadah la
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 11:55 AM | Show all posts
yang biasa diviralkan / buat hal, geng roadbike (RB) jaaa..

geng2 mountain bike (MTB), folding bike (FB), touring bike (TB) semua aman-aman jaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau sekolah kan la diorg..
Da diorg fefiling entitle sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 12:15 PM | Show all posts
Themilo replied at 7-1-2021 11:55 AM
yang biasa diviralkan / buat hal, geng roadbike (RB) jaaa..

geng2 mountain bike (MTB), folding b ...

kannn...kebanyakkan yang buat taik semua roadbike..basikal dibawa ke lebuhraya...jalan raya persekutuan...lepas tu bawak basikal mcm jalan bapak dia punya.. kebanyakkan yang mountain, folder bike..semua maikan kat jalan2 taman je..takde masalah pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Abanggala sejak 10 tahun lepas rilek2 jah bawak basikal even kat jalan raya tapi bezanya abanggala tahu & faham toleransi antara road users yach takde dia nak cycle kat tengah-tengah jalan macam kau sorang hidup di dunia ini. Cyclist ni ingatkan sperm je x de khasiat rupanya brain cell pun dah destroyed kot kekdahnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2021 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergedik2 kan ummah yg baru kenal basikal ni
Padahal dulu2 xde hal pun berbasikal merata2
I gigih kumpul duit masa tgkatan 1 dulu pstu beli mountain bike LeRun Shimano pastu ke sana ke sini kayuh round2 Kulim tu
Jauh gak la jarak perjalanan dr umah ke sekolah and ke rumah kawan2
Lagi syiok dr naik bas
Kalau jatuh basikal , akan cek basikal dulu tgk calar ke tak padahal kulit sndri dah terkoyak meleleh darah

Memories

Skrg i cuma kayuh santai2 je dlm kawasan sndri jauh dr tempat ramai kenderaan etc
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 12:29 PM | Show all posts
dulu beskal bmx tayar span.. lama x ride.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2021 01:00 PM | Show all posts
renko replied at 7-1-2021 03:38 AM
daripada kau melalak sana sini acah2 victim
baik kau org yg bajet otai  ni
g educate sikit barua2  ...

ini statement sangat setuju
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 01:29 PM | Show all posts
Supersirap replied at 7-1-2021 01:00 PM
ini statement sangat setuju

yelah yang bajet otai ni pun
konfem2 ada grup sume
bagi la sakai2 yg baru join tu tazkirah sikit

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb tu ka ada pepatah krn nila setitik..korang nasihatkanla geng2 korang yg bbnuvaru. belajar nk kayuh tu kayuh flm tamn je, takyah mnyusahkan pngguna jalanrata lain, mngkin basikal korang 45k tapi nyawa tak ternilai, badikal mahal manapun kslau jatuh sakit silap2 ajal...berani buat berani tanggung la
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 01:32 PM | Show all posts
regardless, they all road users, kita sama2 hati2 lah elak kemalangan. tu je
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 02:10 PM | Show all posts
renko replied at 7-1-2021 05:29 AM
yelah yang bajet otai ni pun
konfem2 ada grup sume
bagi la sakai2 yg baru join tu tazkirah siki ...

Betul tu, sepatutnya yang tua didiklah yang muda
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 02:44 PM | Show all posts
Supersirap replied at 7-1-2021 02:10 PM
Betul tu, sepatutnya yang tua didiklah yang muda

ni tak, nak gak sembang kencang kayuh basikal belas2 tahun bla bla bla
tapi malaun setahun jagung hobi ikut2 orang pun xreti nk tazkirah kan
end up melalak play victim
bdk kecik pun kayuh basikal gak
xde haruk sangat pun nk poyo ckp bertahun2 ngayuh

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 03:58 PM | Show all posts
clarizsa replied at 7-1-2021 12:27 PM
Tergedik2 kan ummah yg baru kenal basikal ni
Padahal dulu2 xde hal pun berbasikal merata2
I gigih  ...

hahahahha sama la lerun shimano kaler yellow lagi.....gile bangga masa tu bru sek ren. zaman tu xde la kacau jalan raya sgt ...ikut jalan belakang je
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Newbies jugak yg salah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.053131 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list