CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1133|Reply: 0

EU Beri Kelulusan Terhadap Vaksin COVID-19 Moderna - Berita Harian

[Copy link]
Post time 7-1-2021 02:02 PM | Show all posts |Read mode

Vaksin COVID-19 Moderna adalah yang kedua dibenarkan oleh EMA untuk blok 27 negara itu selepas vaksin Pfizer-BioNTech mendapat lampu hijau pada akhir Disember 2020. - Foto AFP


THE HAGUE: Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) hari ini berkata, pihaknya telah memberi lampu hijau untuk vaksin COVID-19 syarikat Amerika Syarikat (AS) Moderna, vaksin kedua untuk penyakit itu dibenarkan untuk digunakan di Kesatuan Eropah (EU).

"EMA telah mengesyorkan untuk memberikan kebenaran pemasaran bersyarat untuk vaksin COVID-19 Moderna untuk mencegah penyakit coronavirus 2019 bagi orang ramai berusia 18 tahun ke atas," kata pengawal selia yang berpangkalan di Amsterdam itu dalam satu kenyataan.

Vaksin itu adalah yang kedua dibenarkan oleh EMA untuk blok 27 negara itu selepas vaksin Pfizer-BioNTech mendapat lampu hijau pada akhir Disember.

Kelulusan terhadap vaksin Moderna hadir selepas kritikan terhadap kelewatan EU untuk kempen vaksinasi, yang ketinggalan daripada AS, Britain dan Israel.

"Vaksin ini memberi kita pilihan lain untuk mengatasi keadaan darurat vaksin," kata Pengarah Eksekutif EMA, Emer Cooke, dalam satu kenyataan.

"Ini adalah bukti usaha dan komitmen semua pihak yang terbabit bahawa kita mendapat kelulusan vaksin kedua ini hanya dalam tempoh setahun sejak wabak itu dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," tambahnya.

Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, berkata ia adalah 'berita baik bagi usaha kami untuk membawa lebih banyak vaksin COVID-19 kepada orang Eropah!'.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.053723 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list