Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
383
View
0
Reply

Harimau Putih Jarang Ditemui Lahir Di Zoo Nicaragua - Berita Harian

[Copy link]

Author: Aking       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-1-2021 02:33 PM | Show all posts |Read mode

Nieve dilahirkan di zoo Nicaragua dengan berat di bawah satu kilogram. - Foto AFP


MASAYA: Seekor harimau putih yang jarang ditemui dilahirkan di zoo Nicaragua, dan dibesarkan oleh manusia selepas ibunya enggan membesarkannya, kata pengarah zoo itu.

Harimau diberi nama Nieve (bererti salji dalam bahasa Sepanyol) dilahirkan seminggu lalu dengan berat di bawah satu kilogram, kata Pengarah Zoo Nicaragua, Eduardo Sacasa.

Kumpulan pemuliharaan, WWF, menyifatkan harimau putih sebagai 'anomali genetik', dan tiada yang diketahui wujud di hutan.

Beberapa daripadanya hidup dalam kurungan.

Menurut Pusat Perlindungan Harimau Liar di Minnesota, harimau putih adalah harimau Bengal yang ibu bapanya memiliki gen resesif, dan bukan albino atau spesies berbeza.

Beberapa taman dan zoo melakukan pembiakbakaan dalam untuk harimau putih, berikutan haiwan itu menarik ramai pengunjung, namun perkara itu mungkin menyebabkan kecacatan dan masalah genetik lain, kata laman sesawang pusat perlindungan itu.

Menurut Zoo Nicaragua, Nieve adalah harimau putih pertama dilahirkan dari pasangan harimau Bengal di negara itu.

Ibu Nieve mewarisi gen yang jarang ditemui itu daripada datuknya, yang juga berwarna putih.

Nieve disusukan melalui botol oleh isteri Sacasa, Marina Arguello, yang membantu menguruskan zoo yang menempatkan kira-kira 700 haiwan dan pusat menyelamat.

"Nieve sentiasa kelaparan. Dia akan disusukan setiap tiga jam. Jika tidak, dia akan menjerit... juga jika susu terlalu sejuk," kata Arguello.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list