CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 841|Reply: 0

Syarikat Automotif Bakal Pemilik KDA FC - Berita Harian

[Copy link]
Post time 7-1-2021 02:43 PM | Show all posts |Read mode

Syarikat automotif bakal jadi pemilik baharu KDA FC.


M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@mediaprima.com.my

KUBANG PASU: Gabungan dua syarikat automotif tempatan dijangka membeli 80 peratus saham Darulaman FC Sdn Bhd (DFC) yang kini dimiliki Menteri Besar Incorporated (MBI) bernilai RM24 juta, sekali gus menjadikan mereka sebagai pemilik pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Go Auto Group dan Flumen Holdings Sdn Bhd akan menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang akan dimeterai dalam tempoh terdekat.

Jelasnya, SPV terbabit akan memegang saham majoriti DFC secara konsesi selama tempoh lima tahun dan dibenarkan menyambung selama lima tahun lagi tertakluk kepada perjanjian.

"Pemilihan kedua-dua syarikat ini berdasarkan rekod dan potensi kewangan, perancangan pembangunan perniagaan bola sepak yang membawa nilai dan aktiviti pelaburan berimpak tinggi kepada negeri.

"Pemilik syarikat ini juga adalah anak jati Kedah selain ada dalam kalangan mereka berpengalaman dalam pengurusan sukan bola sepak sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penghuni Perumahan Generasi Baharu FELDA di FELDA Laka Selatan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Go Auto mempunyai operasi kilang automotif di Gurun sejak 2015 bagi mengeluarkan kenderaan jenama seperti Haval dan Borgward dari China serta bas elektrik jenama Go Auto sendiri.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya sudah mengarahkan KDA FC melakukan perbincangan lanjut bersama syarikat terbabit bagi memuktamadkan pembelian berkenaan segera.

"Dia (syarikat) membuat penawaran tadi, selepas ini kita akan arahkan KDA FC yang dimiliki MBI untuk berunding, saya ingat satu rundingan sudah cukup kerana ada pihak sudah mahu membeli saham.

"Setelah diperhalusi dan dipersetujui dalam Mesyurat EXCO hari ini, kita bersetuju menjual saham bernilai RM24 juta berkenaan kepada mereka," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050890 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list