CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 827|Reply: 0

Arsenal Terpaksa Buat Pinjaman - Berita Harian

[Copy link]
Post time 8-1-2021 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Perlawanan tertutup di Stadium Emirates turut menjejaskan kewangan Arsenal. - Foto AFP


LONDON: Arsenal terpaksa membuat pinjaman jangka pendek bernilai 120 juta pound (RM657.43 juta) daripada kerajaan British bagi membantu mereka menangani impak pandemik COVID-19, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pada Ogos tahun lalu, The Gunners mengumumkan pelan untuk memotong 12.5 peratus gaji pemainnya bagi memastikan kakitangan kelab mampu mengekalkan jawatan mereka.

Semalam kelab mengesahkan mereka terpaksa menggunakan skim daripada Bank England, bagi membantu kelab selepas perlawanan di Stadium Emirates terpaksa berlangsung tanpa penonton dan perintah berkurung kembali dilaksanakan.

"Ketika kami terus bekerja menangani kesan pandemik ke atas kewangan kami, kami boleh mengesahkan yang kelab memenuhi kriteria ditetapkan Bank England untuk Kemudahan Kewangan Korporat COVID (CCFF).

"Oleh itu, kami mengambil pinjaman jangka pendek 120 juta pound menerusi kemudahan ini bagi membantu menangani impak kehilangan pendapatan akibat pandemik.

"Ia pendekatan sama diambil organisasi besar lain dalam banyak industri termasuk sukan, dan ia akan dibayar semula pada Mei 2021.

"CCFF dirangka bagi memberikan bantuan kewangan jangka pendek kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kadar pelaburan yang kukuh dan memberi sumbangan besar kepada ekonomi British," kata Arsenal.

Situasi kewangan Arsenal bertambah meruncing apabila gagal layak ke Liga Juara-Juara untuk empat musim berturut-turut.

Skuad kendalian Mikel Arteta kini berada di tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris, enam mata di belakang kelompok empat teratas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.192604 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list