CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 917|Reply: 0

Jurulatih Tempatan Bukan Cap Ayam - Harian Metro

[Copy link]
Post time 8-1-2021 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Zainal Abidin Hassan.


Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jurulatih tempatan bukan cap ayam, sebaliknya mempunyai kualiti tersendiri dan ia mampu membawa kejayaan kepada pasukan seperti yang dibuktikan beberapa pengendali tempatan sebelum ini.

Kejayaan Tan Cheng Hoe membawa Kedah menjulang Piala Malaysia pada 2016 selain pencapaian sama diraih Pahang pada musim 2013 dan 2014 yang diterajui Dollah Salleh serta Zainal Abidin Hassan jelas bukti anak tempatan memiliki sentuhan magis untuk membawa pasukan.

Begitupun, trend semasa menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini menyaksikan majoriti pasukan terutama di Liga Super lebih gemar memilih jurulatih import berbanding anak tempatan.

Daripada 12 pasukan Liga Super, hanya tiga pengendali tempatan bakal membimbing pasukan dengan selebihnya kepakaran luar.

Tiga tenaga tempatan iaitu Zainal Abidin Hassan dan Nafuzi Zain yang masing-masing masih diberi kepercayaan melatih Melaka United dan Terengganu FC selain P Maniam yang dilantik membimbing Petaling Jaya City (PJ City).

Menurut Maniam, jurulatih tempatan mempunyai standard sama dengan pengendali asing, apabila Lesen Kejurulatihan A dan Sijil Kejurulatihan Diploma AFC Pro adalah bukti kualiti jurulatih tempatan juga bagus.

"Standard kita bagus. Saya bukan mahu bezakan kita dengan jurulatih asing. Kadang-kadang kita tak tahu perjalanan karier mereka di negara asal di sana.

"Tapi kalau jurulatih tempatan perlu lepas beberapa peringkat untuk uji kualiti sebelum dapat sijil dan lesen. Sijil profesional ini bukan dapat dengan mudah, sebaliknya dengan usaha yang gigih.

"Jurulatih tempatan yang berpengalaman sepatutnya diberi peluang, sebab kalau Malaysia tak bagi peluang, siapa lagi nak bagi peluang untuk mereka menunjukkan potensi," katanya.

"Tapi pada masa sama, jurulatih tempatan juga kena sentiasa mengikuti kursus kejurulatihan bagi mendapatkan ilmu dan idea baharu dalam dunia bola sepak yang sentiasa berubah," katanya, semalam.

Nada sama turut diluahkan Nafuzi yang mengakui cabaran musim ini lebih sengit terutama dalam mengibarkan bendera jurulatih tempatan di Liga Super.

"Secara peribadi, ia cabaran kepada saya bawa pasukan Liga Super ini. Seperti musim lalu, musim ini sama tetapi cabarannya lebih tinggi.

"Maknanya saya antara jurulatih tempatan yang kena buat terbaik untuk tunjukkan kami mampu membawa pasukan," kata Nafuzi yang berjaya membimbing Terengganu FC menamatkan kedudukan di tempat ketiga Liga Super musim lalu sekali gus meraih tiket ke Piala AFC tahun ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.068828 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list